Apa itu dot com?dot biz?dot info? Segala Jenis dot kecuali dota.

By | April 30, 2012

Apa itu dot com?dot biz?dot info?

bezadotcomdandotnet-dotinfo

Sambung cerita pasal dot com pulak. Ni sambungan artikel lepas pasal Apa itu domain? Mesti korang dah biasa tengok ada laman web yang .com, .net, .info, tapi korang tahu ke maksud di sebaliknya? Dulu memang tertanya2, maklumlah dulu “masih noob” orang bilang satu dua tiga. 😉

Kesemua jenis dot ni digelar sebagai “domain name extension”. Dicipta khas bertujuan untuk mewujudkan kesesuaian penggunaan laman web yang dibina. Maksud kesesuaian di sini ialah tujuan dan fungsi sesebuah laman web.

Dot dan makna di sebaliknya…

.Com  – Merujuk kepada (commercial). Aku lebih galakkan korang guna dotcom kerana mengikut apa yang aku pelajari tentang seo, dot com lebih mudah mencangkul mendapat tempat terindah teratas bagi kata kunci tertentu. Paling sesuai digunakan bagi orang yang menjalankan perniagaan internet, blog peribadi pun tiada masalah.

.Net    – Merujuk kepada (Networks) dan kebiasaannya digunakan oleh syarikat-syarikat besar berkaitan IT.

.Info   – (Informasi). Lebih kepada menyampaikan informasi dan bukannya untuk tujuan menjual atau mengiklan.

.Org     – Merujuk kepada organisasi. Sesuai digunakan untuk organisasi bebas seperti NGO, kelab, persatuan dll.

.Gov    – Merujuk kepada (Government) atau kerajaan. Domain jenis ini hanya digunapakai oleh Kerajaan. Korang takleh la nak menggunakannya. Dalam mimpi boleh. Wakakaka

.biz      – (business). Memang khas untuk perniagaan. Tetapi kebanyakkan orang lebih suka menggunakan .com kerana mungkin kerana pengaruh atau terbiasa melihat/mendengar .com berbanding .biz.

Ada lagi yang lebih ganjil. Contohnya, mudah.com.my  .Pernah nampak tak? Selepas dotCom ada tambahan .my di belakangnya? Itu merujuk perkataan yang melambangkan negara Malaysia dan juga hanya boleh digunakan oleh syarikat yang berdaftar dan jenis domain ni pula lebih fokuskan kepada pasaran tempatan atau di dalam negeri/negara. Setiap negara mempunyai tambahan perkataan yang berlainan merujuk kepada negara masing2.

Contohnya; .jp – Jepun , .uk – United Kingdom , .id – Indonesia dan berterabur banyak lagi.

P/s:  Tips memilih nama domain yang baik aku ceritakan di artikel seterusnya. Terjumpa lagi!

Yang benar,

Admin

2 thoughts on “Apa itu dot com?dot biz?dot info? Segala Jenis dot kecuali dota.

  1. John

    saya buta2 igt dot com tu computer, dot net tu internet, rupanya bukan.. hahaha.. thanks for sharing

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *