Kisah lawak sewaktu nak renew passport – Emergency leave (part 2)

By | June 3, 2013

Cerita ni sambungan artikel kerja kaunter kfc & hospital vs pos, kitorang meneruskan perjalanan ke batu 3, dengan menaiki bas dan berhenti kat The Spring. Kitorang pun mula mencari2 kat mana Jabatan Imigresen ni. Sebelum kitorang keluar tadi, aku ada try google map. Menurut google map, ianya terletak kat dalam Bangunan Iskandar.

meme_VS_real_BlogYangSiot_02

Napa google map? Pasal aku sendiri pun menghadapi masalah ingatan. Cam sama je aku tengok kawasan kuching ni. Pening kepala. Hahaha. Belum pergi ke Kuala Lumpur nih. Lau dah pergi, tak tau la. Sesat kot. Kawan aku pun baru je beberapa bulan kat kuching, jadi dia lagi la tak tau sangat. Terpaksa pi tanya orang. Tetiba rasa macam orang asing lak., kalau korang faham maksud aku la. ;D

Rupanya Jabatan Imigresen terletak di bangunan yang sama di mana Jabatan Pendaftaran, tempat orang dok buat IC. Aiseh, tetiba rasa bengong. Haha. Kitorang pun berjalan menuju ke destinasi. Sampai je kat sana, aku pun terkial2 nak carik mana tempat ambil no.giliran dan terbaca satu notis “no.giliran bagi waktu pagi telah habis dan akan dibuka pada jam 2 petang”.  QMS… QMS. ;D

Sempat bertanya dengan pekerja kat sana, rupanya kena bawa gambar gak. Lagi sekali aku terasa noob. Kah3. Waktu tu jam dalam 12.30tghri. Baru je sampai ke luar bangunan, terdengar bunyi azan. Solat jap. Nasib ada surau berdekatan. Lepas selesai je, kitorang pun mula menyambung perjalanan, kayo-kayo bak kata orang kuching. Mencari kat mana ada tempat ambil gambar ni. Turun naik dalam bangunan The Spring, tak jugak jumpa.

 Lepas tu singgah lagi bangunan di seberang The Spring yang ada jejantas tu.. Cam bangunan baru. Sempat beli wafel bagai, sebab lapar giler. Dan ada part yang lebih bangang lepas tu terjadi.. Kawan aku pi la tanya2 lagi pekerja2 kat kedai dalam bangunan tu, dan diorang bagitau kat dalam bangunan yang sama di mana Jabatan Imigresen tu memang ada tempat ambil gambar. Ahhh! Siot. ;D

Kitorang cuma mampu gelak. Terus pergi balik ke sana, dan jumpa kedai tempat ambil gambar yang dimaksudkan. Ramai gak la. Korang nak tau tak apa yang kelakar pasal ambil gambar untuk renew atau buat passport nih? Pertama, baju kena gelap. Ok, biasa je tu kan. Takpe, sebab diorang ada sediakan. Kedua, kaca mata takleh nak pakai. Ok, yang ni pun boleh terima.

Tapi yang aku tak leh nak terima, nak gelak je rasa tapi aku tahan… GIGI pun takleh nampak. Hahaha. Siot. Dah habis sesi bergambar, tak sampai 5 minit aku rasa, bayar Rm10 je. Kitorang pun pergi balik ke sana untuk ambil no.giliran. Tengok2, ada notis baru. No.giliran untuk petang ni sudah habis, sila datang keesokkan hari. Hahaha

So, aku pun pergi je la tanya pekerja yang duduk bersebelahan dengan tempat ambil no.giliran. Dia bagitau kena juga datang awal pagi esok, sebab ada lebih 100 orang lagi tengah tunggu giliran. Aku pun tak nak cerita panjang, aku ucap tq je dah tu berambus. Hehe. Tak nak aku persoal benda2 yang berkaitan QMS nih. Dah sebati dalam kehidupan aku sejak kerja pos.

Aku banyak tanya benda2 yang simple2 ni bukan apa, ni kali pertama aku nak renew passport selepas 5 tahun berlalu. Pertama kali renew pun my daddy yang tolong urus. Tau apa je time tu. Tau makan, minum, berak dan tidur bak kata cikgu aku. Hahaha. Pasal QMS lak untuk pengetahuan korang, bagi yang biasa pergi pejabat pos. Kebiasaannya kitorang kalau no. giliran dah habis, pelanggan akan disuruh terus ke kaunter untuk selesaikan urusan. Kecuali urusan tertentu seperti insuran sebab khuatir kalau tiba2 ada masalah, benda ni ambil masa untuk diselesaikan.

Kalau kat Jabatan Imigresen ni aku tak tau la, tapi mungkin sebab urusan buat passport ni mengambil masa yang lama jadi kalau dah 100 lebih orang menunggu giliran, tak payah cerita panjang la. Aku pun faham. Haha. Lain kali je la pi renew passport. Dah la, nak pi makan. Lapar giler.

Yang benar,

Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *