Kerja kaunter KFC & hospital vs pos – Emergency leave (part 1)

By | May 29, 2013

Emergency leave, aku terpaksa ambil hari ni lepas aku tengok kawan aku yang dok terbaring je sejak balik dari kerja, dan cun pulak semalam dia cuti. Memang terbaring je sepanjang masa. Seram pulak aku tengok. Oi, ko idup lagi x? Nasib hidup lagi. Fuh!

poliklinik-jalanmasjid-kuching-sarawak-tips-pergihospital

Seharian tidur takdak makan langsung,  disebabkan aku seorang kawan yang baik *baiklah sangat* aku pi purchase KFC – snack plate 2. Satu untuk engkau (bukan korang tapi kawan aku) , dan satu lagi untuk aku. Sebab kedai lain dah tutup waktu tu. Lewat sangat la. Dah tengah malam baru nak pi beli. Kedai makan yang bukak aku tengok banyak giler orang. KFC je la jawabnya. Ingat nak order percik rice, tapi end up pekerja kat sana bagitau dah habis lak. Kecewe saye.

Waktu dia cakap percik rice dah habis, teringat situasi kerja bila cakap dengan pelanggan pos ekspress saiz B4 dah habis. Bekerut muka diorang aku tengok. Haha. Takleh nak watpe, benda dah takde stok, nak jual guane? Kalaulah ada poket doraemon… (28/5/2013)

29/5/2013 – Selesai menelefon penyelia aku pasal aku nak mintak emergency leave, kitorang pun terus gerak ke poliklinik jalan masjid. Aku cadang nak pergi klinik yang terima kad pm care gak untuk ambil ubat, pasal gatal2 kat badan ni masih tak hilang2. Nak kata ada alergi, takkanlah… Dari hari kali pertama aku gi ambil sick leave sampai sekarang tak hilang lagi, kena mandi air bunga kot baru hilang… Haha

Sampai kat poliklinik jam 8.30pagi, terus ambil no.giliran kat kaunter pendaftaran. Dan OMG.H.I.J.K hingga Z. No.giliran sekarang 120. Tengok no.giliran yang kawan aku ambil, 327. Hahaha. Sempat pergi sarapan lagi kat Saujana, dalam 40minit kemudian baru tiba giliran kawan aku. Pandai juga dia timing pasal dah biasa pergi ambil ubat kat sana. Selesai mendaftar, ambil lagi no.giliran untuk jumpa doktor. Dari no. 40 – 58.  Dalam sejam lebih kot kitorang menunggu. Baru tiba giliran dia. Seriously..

Rasa nak tertidur2 aku menunggu mungkin sebab suasana kat sana, dengan bau ubatnya, dikelilingi lagi orang sakit kiri kanan depan belakang, paling best panas giler kat sana. Terasa seperti ayam yang sedang dipanggang. Syukur jugak waktu nak ambil ubat, perlu ambil no.giliran juga cuma dah agak lenggang berbanding waktu pagi. Macam sardin dalam tin je aku rasa.

Komen aku? Waktu nak mintak “sick leave” tu memang spoiler la pasal kawan aku dah awal2 bagitau yang dia perlukan “sick leave”. Biasalah orang bekerja, nak cuti ikut sesuka hati tu memang tak dapat la. Ianya end up dengan kawan aku diberi attendance slip. Bila ditanya kenapa? Pasal sick leave hanya untuk orang yang betul2 sakit sahaja. Aku pun cakap la kat kawan aku “Rupa-rupanya  ko ni pura2 sakit di depan mata diorang”. Dah kena ni berkali2. Walaupun bukan aku yang kena tapi kawan aku, tetap aku tak puas hati. Bagus tak payah jumpa doktor kalau gitu.

Total waiting time – 3 hours. Tips dari kawan aku, hari rabu bukanlah hari yang sesuai untuk korang pergi ke sana pasal hari rabu merupakan hari yang khas untuk orang yang sakit kencing manis, dll untuk pergi ambil ubat dan jumpa doktor. Tapi dia terlupa yang hari ni hari rabu. Hahaha. Pendek kata memang ramai giler la. Kalau boleh. bagi yang ada bajet tu terus pergi klinik swasta. Bayar memang mahal tapi tak perlu la tunggu lama2, dan khuatir korang yang bekerja dan mintak sick leave tak dapat pula slip sick leave dari doktor. Macam kawan aku.

Lepas kawan aku selesai dengan urusan kat hospital. Kitorang pun teruskan perjalanan ke simpang tiga. Sebab passport aku pun dah kojol. Cadang nak renew. Syukur gak dia boleh je berjalan macam biasa lepas makan panadol semalam. Bersambung…

P/s : Dari segi kerja, aku dapat rasakan kerja kat sana (hospital) lebih tertekan pasal orang memang sangat ramai, dan paling teruk ialah melayan karenah orang sakit. Bukan senang ooo. Nak layan orang yang sihat walafiat pun kadang2 demand tinggi, orang yang sakit apatah lagi. Tak boleh itu, tak boleh ini. Sakit situ, sakit sini. Wooo..

Itu kira standard la, kalau kerja yang biasa2 depan kaunter macam KFC pun aku tengok tertekan gak, pelanggan tak nak drumstick, nak gak wing. bla3. Tak nak air pepsi tapi nak revive. Banyak songeh tul la. Solute tul bagi korang yang berjaya mengekalkan senyuman walaupun kadang2 terpaksa, tapi nice. Senang hati aku sebagai pelanggan bila datang. Heh.

P.s.s: Aku tau kenapa diorang susah nak bagi sick leave sebab kes minta sick leave sekadar untuk lari dari kerja kerap kali aku dengar, tapi aku rasa benda ni kena ada tolak ansur gak. 3 jam menunggu untuk jumpa doktor, ambil ubat dan minta sick leave bukanlah sesuatu yang best. Ditambah lagi dengan keadaan persekitaran yang tak selesa. Sekadar pendapat.

Yang benar,

Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *