EBUKU …
Aku pernah terangkan dalam artikel sebelum nih pasal ebuku tapi memandangkan artikel tu dah kena culik ghaib sebab aku lupa buat “back up” . -.-” Tapi, takpe. Biar aku terangkan secara mudah pasal ebuku.
Maksud ebuku sebenarnya ialah buku elektronik atau dalam bahasa inggerisnya “electronik book”. Ianya digelar ebuku / ebook kerana buku jenis ini hanya boleh dibaca menggunakan alatan elektronik seperti Laptop, PC, PDA, dll tetapi mestilah mempunyai perisian yang membolehkan ebook itu dibaca mengikut jenis format seperti adobe reader (PDF), Microsoft word, dll.
Kebiasaannya, ebuku / ebook dalam bentuk format pdf, microsoft word, exe. Dalam perniagaan, ianya tergolong di dalam produk informasi.
Apa kelebihan ebuku berbanding buku?
Kelebihan;
– Dari segi bentuk & berat, ia tidak melibatkan bentuk fizikal & beratnya bukan berdasarkan gram, kilogram dan tak perlukan suatu ruang seperti rak buku untuk menyimpannya. Cuma perlukan ruang di dalam laptop,pc, pendrive dll.
– Boleh di “Print” jika mahu.
– Jika ada versi kemaskini ebook tersebut, biasanya penjual ebook akan berikan secara percuma tak macam buku, korang kena beli lagi sekali.
– Kalau korang tak faham sangat apa yang diterangkan di dalam ebook tu, korang boleh hubungi penulis ebook tu sendiri.
– Ebook biasanya ditulis dengan bahasa yang santai macam aku menulis sekarang, takde bahasa yang mengada-gada berbunga-bunga macam yang kita biasa tengok dalam buku teks sekolah, dll.
Apa impak ebuku terhadap perniagaan?
– Ebuku semakin popular, dan mendapat sambutan hangat hangat taik ayam di pasaran tempatan. Berlambak dah ebuku yang dihasilkan, dijual dan diedarkan secara percuma.
P/s: Pakar ebook salah satu produk berbentuk ebook di mana penulisnya sendiri iaitu saudara Jamal Abdillah yang berjaya meraih pendapatan mencecah 6 angka dengan menjual ebook. *Klik banner di atas untuk maklumat lanjut tentang perniagaan ebuku.
Pembaca Ebuku,
Admin