Selamat Tahun Baru 2015 & Maulidur Rasul!

By | January 4, 2015

Rasanya agak terlewat sedikit nak mengucapkan selamat tahun baru 2015 & Maulidur Rasul. Aku harap korang semua dalam keadaan yang sejahtera, bersama keluarga yang tercinta. Phewit! Bwahaha. Biar aku kongsikan serba sedikit apa yang aku lakukan sepanjang bulan disember yang lepas.

Sebenarnya agak sibuk dengan kerja syif malam, kadang-kadang dari pagi ke malam sebab terpaksa ganti rakan sekerja lain yang cuti. (Kerja sementara di pos utc). Biasanya pada hari sabtu paginya aku sibuk pula pergi belajar memandu. Baru ada lesen L untuk motokar. Tak tahu bila lagi nak ambil test JPJ. Kalau lulus je test JPJ untuk motokar ni, nak sambung ambil lesen motosikal pulak.

Dalam kesibukan aku yang tak seberapa nih, rasanya korang pun ada tengok berita pasal banjir kat Semenanjung Malaysia. Teruk jugak aku tengok keadaannya melalui gambar di facebook, dll. Kat kuching, Sarawak ni pun hujan je memanjang. Tapi ok la, sejuk juga. Kang kalau panas sangat disebabkan ketiadaan hujan, susah juga. Terasa banyak dosa. Wait, what?

 Tapi kalau korang yang terkena musibah banjir ni, banyakkan bersabar. Yang penting nyawa korang selamat sebab ianya satu je tiada ganti, harta pula boleh ditukar ganti. Sambung balik cerita asal, baru-baru nih raja kamil (internet marketer) dengan kerjasama IM yang lain-lain menyumbangkan produk-produk mereka (kesemuanya dalam bentuk softcopy, bukan produk fizikal) dan membuat jualan amal secara besar-besaran selama 7 hari berturut-turut.

Dan hasilnya, berjaya menyumbang sebanyak RM92,436.15, boleh rujuk pada fb.com/rajakamil. Dan menariknya aku merupakan salah seorang yang terawal yang membuat pembelian. Kenapa? Sebab produknya dari segi harga tersangatlah murah. Kualiti tak payah cerita, pasal pemilik kepada setiap produk yang ditawarkan memang dikenali dalam dunia IM. Memang tip top!

Tapi betul-betul rasa nak muntah aku mendownload kesemua produk-produk tu. Satu demi satu, isi borang lagi. Dalam masa yang sama rasa seronok, sebab duit pembelian aku 100% diberikan untuk kegunaan membantu mangsa-mangsa banjir dan dapat upgrade ilmu pemasaran online dengan RM97 sahaja. Murah giler… Sebelum ni dah berbelanja ratusan ringgit untuk beli produk tu produk ni, nasib balik modal. Fuhh!

firesale-amal-2014(Sebahagian yang telah berjaya didownload)

Cumanya sampai sekarang tak habis lagi download pasal banyak sangat. Yang aku download setakat ni pun dah cecah 3 gigabytes dalam laptop aku! Bak kata kawan sekerja aku yang selalu melatah; “mak datuk!” Bila nak habis? Jawapannya: Of coz, hanya tuhan yang tahu…

Terima kasih aku ucapkan kepada semua IM yang terlibat atas sumbangan produk dalam firesell amal 2014 yang baru je lepas. Tinggal aku je nak menelaah segala ilmu yang diberikan. Sebelum aku akhiri artikel nih, nak cerita sikit. Pada 1 januari 2015, berlaku kes curi barang pulak kat tempat aku tinggal sekarang.

Sedang aku tidur dengan nyenyak, tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi orang tengah berbual pasal banyak barang kena curi. Aku pun keluar dari bilik dan bertanya apa cerita sebenarnya dalam keadaan yang masih mengantuk, dan mereka pun bercerita. Alkisah kasut, seluar jean, baju mereka dibawa lari aka (also known as) dicuri dan tak terkecuali seketul sehelai baju aku pun kena bawa lari.

Sabor je la.. Nasib seluar dalam aku tak kena bawa lari sama, kalau tak lagi sakit aku nak beli baru. Apa? ingat seluar dalam tak mahal ke? Hahaha. Sekecil-kecil seluar dalam, harga boleh cecah berpuluh yo seketul! (Belum tolak diskaun) Pasal aku tak main la seluar dalam takde jenama. Hahaha (teringat pulak aku cerita kawan aku pasal seluar dalam), nanti-nanti la aku cerita kalau korang nak tahu sangat. Lawak gak la. Kisah benar.

saharoldotcom(ni gambar aku, bukan gambar si penculik. Haha)

Ni gambar baju yang dibawa lari, sengaja aku tunjuk sebab ye la baju ni selama aku memilikinya sebelum dibawa lari,  tak pernah aku tengok orang lain pakai sama pattern dan warna macam baju nih. Kira “rare” lah kot kat kawasan aku tinggal (satok). Lagipun masa aku beli, memang tu je satu-satunya yang ada. One & Only.

Tujuan aku satu je, nak jejak & kesan serta tamatkan kerjaya penculik tersebut. Mana tahu dengan kerjasama korang benda ni dapat dibendung sebelum pisang berbuah banyak 2 kali. Menculik je kerja. Cuba bawak mengail ke apa. cuba main 7 eyes ke, kan lebih baik? Tengok hasil yang aku dapat masa guna kaedah 7 eyes! Terlajak dasat. (eja pun tak betul dah)

lawak-hasil-pancing-guna-kaedah-7eyes

Itu je hasil selepas beberapa jam mengail. Tak sengal ke tu? hahaha. Balik ke cerita asal…

Apa yang aku nak sampaikan ialah, kalau ada orang jual lelong ke, murah ke atau ada orang yang disekeliling korang tetiba pakai baju macam ni, ada kemungkinan itulah baju aku. Tolong jangan beli dan awas kerana ada juga kemungkinan tu la dia penculik baju aku. (Amaran ni untuk yang tinggal di kawasan kuching, Sarawak sahaja). Ni kalau cikgu yang mengajar bahasa Malaysia baca artikel aku, konfem geleng kepala dengan gaya penulisan aku. Sabor je la. ;D

Dan sebagai mengakhiri artikel ini, jom baca kisah lawak penculik kasut yang kantoi menjual barang yang dicuri di fb. Hahaha

Klik sini:

  1. Part 1 : Kantoi!
  2. Part 2 : Akhirnya menyerah…

 Yang benar,

Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *