Itu ucapan aku buat rakan sekerja yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan baru-baru ini dan yang bakal berlangsung. Tahniah! Aku tak tahu bila lagi, jangan tanya. Bwahahaha. Sedikit cerita tentang apa yang aku buat baru-baru ni, blog pun baru je di renew semula untuk setahun lagi. Selamat tinggal RM100.00 macam biasa.
Lesen motosikal pun tak tahu bila aku nak ambil test. Aku pun tak pasti. Bulan depan dah masuk bulan puasa. Paling teruk pun mungkin selepas raya. Tengok la macamana. Betul-betul tak sabar rasanya nak balik kampung berjumpa ayahanda & bonda… fuh ayat! Hahaha. Adik-beradik lagi.. Dan ahli keluarga terbaru iaitu anak buah aku (anak kepada kakak aku) yang telah selamat dilahirkan dua bulan lepas.
Dan selebihnya, ermmmm… Banyak lagi benda yang aku cuba nak laksanakan cumanya kerajinan itu aku tertanya-tanya, di manakah ia? LOL
Yang benar,
Admin