Belajar blog – Istilah blog yang asas je..

By | May 16, 2012

Kenapa aku cerita pasal istilah blog lak ni? -.-” Aku masih ingat waktu aku mula2 blogging dulu, satu apa pun aku tak tahu. Terpaksa tanya, google sana, sini, baca itu ini. Percuma kena kata noob. Wakakaa.. Tapi apa boleh buat, aku memang noob lagi masa tu. Kalau korang tak nak dipanggil noob, ingat istilah blog kat bawah ni. Walaupun korang yang baru belajar blog, tahu je benda ni dah cukup untuk elak orang pandang senget rendah kat korang. Macam aku dulu. Hahaha

Dan yang lagi penting, untuk mengelak korang tak faham bila istilah ni digunakan dalam artikel di blog lain. Antara istilah blog yang asas ialah:

  1. Blogging – Aktiviti mengemaskini, mengurus blog.
  2. Blogger   – Pemilik blog / Penulis blog.
  3. Post          – Artikel yang ditulis di dalam blog.
  4. Avatar    – Gambar / Foto kecil blogger.
  5. Categories – Kategori artikel yang ditulis.
  6. Comments – Komen yang ditinggalkan oleh pelawat.
  7. Emoticon – Gambar kecil berbentuk riak muka yang menunjukkan perasaan / emosi penulis atau orang yang meninggalkan komen.
  8. Domain – Nama atau url blog. Contohnya, blog ini saharol.com
  9. Favicon – Logo laman web / blog.
  10. Dashboard – Halaman utama ruangan admin blog untuk mengurus, mengemaskini, mengubah setting, dll.
  11. Link Exchange – Pertukaran link antara blogger & blogger lain. Contohnya, si A meletakkan link blog si B di blognya & si B pula meletakkan link blog si A di blognya.
  12. Link / Url – Merujuk alamat blog seperti saharol.com
  13. Pagerank (PR) – Satu penanda aras yang diberikan oleh google yang berfungsi menunjukkan bertapa bagusnya sesebuah blog.

Ada berlambak lagi, tapi aku malas nak taip. Wahahaha.. Nanti kalau aku rajin aku tambah lagi kat sini. Cuba hafal istilah blog yang aku bagi tu kalau korang terer. ;p

Yang nak berehat,

sah

2 thoughts on “Belajar blog – Istilah blog yang asas je..

    1. saharol Post author

      Ya, tapi untuk revision balik pun boleh juga walaupun dah otai. Sebab kadang2 boleh jadi terlupa. ;p

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *