2 cara mudah sediakan hadiah untuk pertandingan di blog korang

By | May 9, 2012

hadiah-pertandingan-blog

Sejak aku mula aktif balik blogging nih, baru aku perasan. Makin ramai blogger yang membuat pertandingan di blog diorang. Tujuannya tak lain tak bukan nak tarik pelawat la datang berkunjung. Bagi aku, ni salah satu cara terbaik dapatkan barang atau duit percuma di internet.

Jadi, aku buat la kajian serba sedikit macamana cara diorang nak sediakan hadiah2 untuk pertandingan yang diorang buat. Setakat ni, ada 2 je aku dapat kenalpasti, antaranya;

Minta sponsor dari orang lain tetapi dengan syarat pihak sponsor juga mendapat keuntungan pada masa yang sama – Cara ni aku tengok makin ramai blogger yang guna, diorang cari penjual2 barang online kat facebook atau blogger lain yang ada tawarkan perkhidmatan, dll kemudian sebagai balasan kalau diorang sudi sponsor bagi pertandingan yang dibuat, penganjur pertandingan akan mewajibkan peserta samada like page facebook pihak sponsor, meletakkan link blog/fanpage sponsor dan seumpamanya.

Tapi, baru2 ni kecoh pasal sponsor tak hantar/bagi hadiah yang dijanjikan kepada pemenang pertandingan.  Contohnya, korang boleh baca kat:

  1. Blogshop Penipu! Jangan minta sponsor dari blogshop ini!!

Jadi, korang hati2 lah ye bila cari sponsor. Nanti dengan korang2 sekali kena tuduh “SCAMMER” / Penipu kalau pihak sponsor buat hal. Sebaiknya, kalau korang pilih cara ni, pastikan korang meletakkan kenyataan seperti “Hadiah disediakan oleh www.namadomainataufbsponsor.com, dan segala maklumat berkaitan dengan hadiah, perlu dirujuk pada pihak sponsor secara terus. Pihak kami tidak terlibat dalam sebarang aktiviti menghantar, mengurus hadiah yang dijanjikan”. Bila buat macam ni, selamat la korang dari sebarang pertanyaan, tuduhan dll jika terjadi penipuan dari pihak sponsor.

Diorang sponsor sendiri – Bab sponsor sendiri ni ada 2 cara, cara pertama perlu keluarkan duit, cara kedua tak perlu.

  1. Cara 1 – Bagi hadiah wang tunai, atau apa2 yang melibatkan penggunaan duit pihak sponsor. Cara ni termasuklah duit yang digunakan untuk membeli hadiah seperti handphone, laptop, kamera,dll.
  2. Cara 2 – Memberikan perkhidmatan / barang percuma yang pihak sponsor tak perlu keluarkan duit. Biasa cara ni sesuai bagi orang yang ada menyediakan perkhidmatan seperti membuat banner, jadi boleh la hadiahkan banner percuma khas untuk pemenang. Boleh juga bagi iklan percuma di blog korang selama sebulan, manakala barang percuma seperti ebook korang boleh cari kat google. Ada berlambak, ada yang diberi hak jualan semula dan macam2 lagi.

P/s: Ada lagi ke cara lain? Entah, aku tak terfikir lagi.. Korang ada idea ke? Ce citer. Ce citer…

Yang kehabisan idea,

Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *