Aku mabuk..

By | May 8, 2012

mabuk-pemabuk-gayamabuk

Aku tak minum arak pun rupa dah macam orang mabuk bila naik kenderaan seperti kereta, van, bas dan sewaktu dengannya. Spesies penyakit mabuk kenderaan, kes yang sama terjadi waktu aku masih kecil, naik feri pergi mana tah, aku pun lupa.

Hari jumaat yang lepas, terpaksa balik awal dari Expo Mara Uptown sebab sesuatu yang sengal terjadi (aku tak nak cerita, sebab memalukan aku je. Hahaha). Sabtu lak, aku terpaksa balik sebab pening kepala sangat, Ahadnya lak, tak jadi diorang nak berniaga. Aku lak kena suruh gi ikut ke brunei, saudara-mara kahwin?

Aku pulak bila lagi? -.-” *Soalan bonus*

Dengan penuh seksa, mabuk tak tentu pasal dalam kereta sepanjang perjalanan, nasib tak muntah. Wakakaka. Sempat menyinggah rumah nenek. Aku pun tak pasti nenek belah mana tah, bukan sengaja lupa. Tapi, keluarga kiorang memang cukup besar sebab moyang dulu kahwin 4? Tu belum anak, cucu & cicit yang berkahwin. -.-”

Boleh aku katakan aku langsung tak tahu / tak ingat 80% saudara & sepupu aku. Wew.. Ada yang langsung tak pernah jumpa kot. Entahlah, aku tak tahu mende. Apapun, salahkan korang yang membaca ni walaupun korang tak bersalah. Hahaha

Yang sengal,

Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *