Aku pun baru balik dari Digi Store di Plaza Merdeka, kuching. Alang-alang lalu kat sana singgah celcom centre, bertanyakan hal port-out dari Maxis yang dah kena reject 5-6 kali oleh maxis. Sambil-sambil tu singgah sebentar untuk membuat pertukaran simkad digi lama aku ke simkad baru yang boleh sokong 4g LTE internet. Caj dikenakan sebanyak RM10.60 (Termasuk GST). Tapi aku memang dah sedia maklum. Jadi, ok la. Petugas pun mesra pelanggan, jadi memang takde masalah.
Tak banyak sangat prosedur, cuma perlu berikan no.digi dan tunjukkan kad pengenalan. Tunggu petugas print out IC dan borang, taip dalam sistem dan pooof! Jadilah koko crunch.. Aku gurau je la. Wakakaka. Ada la dalam 10-15 minit, sebab ada masalah sistem. Dan siap. Katanya, dalam setengah jam prosesnya akan siap. Tapi, tak. Sebabnya, ia ambil masa beberapa jam untuk selesai.
Tapi tak kisah, yang penting hajat aku kesampaian. Lagi 10 minit jam 4 petang, tengah aku syok sendiri melayari internet menggunakan no.digi aku (simkad lama), tiba-tiba takde line internet. Tengok-tengok.. Satu bar line pun takde. Dalam jam berapa 9 malam ke apa lepas aku pasang simkad baru dan reboot hp aku, baru ada line.
Dan yang menariknya, tahukah anda.. *Ayat-ayat poyo*
Disebabkan aku rasa seronok sebab proses pertukaran simkad dah berjaya, aku cuba la online (beli kuata 1gb =RM5/sehari). Dan fuhhh! Laju giler internet. Marvelous bak kata orang putih… aku pun tiba-tiba rajin untuk meronda laman web digi. Dan aku terjumpa satu info yang lebih marvelous. Iaitu… Action kamen. Tak, aku tipu je. Wakakaka. Aku jumpa pelan terbaru DIGI SMART PREPAID.
Ok, apa yang menariknya pasal pelan baru ni?
- Percuma LTE internet asas (dengan kelajuan 64kb), takkan telan kredit korang tanpa beli kuata internet.
- Percuma sms dan call ke 3 no.digi yang didaftarkan sebagai your favourite digi numbers. Tanpa had. Tengah berak pun kalau call pun orang tak peduli, tiada caj dikenakan. Sampai telinga korang pekak pun aiman tak kisah. Kesimpulannya, carilah awek yang guna no.digi. Wakaka. Bergayutlah sampai pengsan. 😀
Dan yang seronoknya, aku (pengguna digi pelan prepaid lain) pun boleh dan telah pun tukar ke pelan ni. Caranya cuma taip *128*1*4# dan hantar. Caj RM3 dikenakan. Tapi berbaloi. Sebab internetnya tanpa beli kuata pun jauh beza dengan internet asas maxis. Laju. Aku tak nak cakap banyak, walaupun aku hanya menaip sebenarnya. Biar you cuba test try sendiri.. ;D
P/s: Ingat tak aku ada cakap yang aku ada beli kuata internet 1GB = RM5 /sehari. Yang ni tak bestnya, aku beli sebelum aku tukar ke pelan DIGI SMART PREPAID. Nak tahu apa yang berlaku? Kuata internet yang aku beli dibatalkan…NO REFUND. Baru pakai sikit dah abis macam tu je. Kalaulah aku tau. Hahaha. Nasi dah jadi bubur. Tu je la aku nak ingatkan. Korang pun boleh beli simkad baru untuk pelan ni dengan harga RM10 je (termasuk gst).
Rujukan;
- http://new.digi.com.my/Page/products/default/all_prepaid
Hampir terlupa, masa korang nak upgrade simkad, boleh je minta simkad mikro dan nano sim (2 in 1). Aku saran ambil yang (dual sim) macam ni, senang kalau hp rosak dan terpaksa pakai hp lain. Sebab tak semua handphone guna nano sim.
Yang benar,
Admin
Yang 3 ringgit tuh dya cas everday?
@pinky, tak. Caj sekali sahaja sewaktu pertukaran pelan dilakukan.
Kalau pakai ni , call dgn buddyz pon takde limit ke? , mmg dia smpai bila2 unlimited ea?
kalau pakai digi smart prepaid than tertukar ke digi best mcm mna nk tukar balik ?
@UmAsyahh, setahu saya kalau digi new best tak boleh lagi tukar ke digi smart prepaid. Pihak DIGI tak benarkan. ;D
Kalau dari tunetalk nak tukar ke digi,boleh tak?tp nak kekalkan no lama.
@Collete, sepatutnya takde masalah.
pakej ni terdapat internet data ke tidak? beli ngan harga 10 lebih tp kena add on tok internet data, rasanya x brpe berbaloi je
apa!!! LTE dgn 64kbps saje?! load fb pn bleh tido dah…
lebih baik i ambea xpax magic sim, ade free waze dan unlimited call lagi,haha
haaizzzzzzzzzzz, percuma ke 3 nombo jeeeee, kupit sgt loooooooooooo
tgk celcom xpax, bleh free call ke smua org yg pakai celcom,better than you!!!!!!!!!!!!!
Masalah sy sekarang ini sy dah langgan 2.25GB rm30,belum sampe sehari tiba2 sms digi cakap deactive 2.25gb gila kah apa kah
digi ni bgus bagi org yg nk jimat, jike rumah atao ofis dah ade wifi, pakai lah digi ni. jimat byk
Sim ni data basic ke
@Siti nur aisyah, ya. Dulu, ada free high speed internet setiap kali topup. Sekarang dah takde lagi. ;D
aslm sya pkai digi easy…bokeh tk tukar ke digi smart prepaid….
Cmne nk transfer kredit guna digi smart????
macam nak tukar ke digi live balik ? sebab sya trtukar ke digi prepaid best 2016 p2p ..
saya pun hadapi masalah yang sama. 🙁
digi live nak tukar ke digi smart blh x?cm mana cara nye?
Bangg..kenapa saya mahu tukar di *128*1*4# takda pun plan boleh tunjukkan ke bang..
@Harold Hanson, Ada sesetengah pelan memang tak boleh ditukarkan ke digi smart prepaid. Apa-apa, boleh rujuk kat sini:
https://new.digi.com.my/ms/tnc/digi-smart-prepaid
Mcm mna nk tkar plan prepaid live p2p kepada smart prepaid
digi smart prepaid ni untuk 4g ke dik..bg kelajuan fon 4g,
@azie, pelan digi smart prepaid ni takde kaitan dengan 4G. Kelajuan 4G bergantung kepada Smartphone / Tablet tu support atau tak 4G dan simkad itu sendiri (boleh upgrade simkad 3G ke 4G, cuma perlu pergi ke cawangan digi yang berdekatan). Maksudnya, kalau smartphone atau simkad tak support 4G, kelajuan 3G akan digunakan tak kisah pelan apa digunakan dan sebaliknya. ;D
Macam mana kalau kita dah type *128*1*4# tapi dia keluar p2p? Apa maksud dia?
saya pernah jadi salah oprrater tukaq prlan sya.. mmg sya maki habis.. sebulan followup masslah sya.. dan dri easy dpt tukar kpdlive.. smart mmg xde dah
Boleh tukar sim cart celcom menjadi sim cart Digi
@Alinkz dirga, boleh je takde masalah. Tapi kena pergi ke cawangan digi yang terdekat.
Saya asalnya pengguna sim digi smart tetapi saya telah tertukar ke digi live, boleh ka saya tukar semula ke plan digi smrat.
sapa bole expalin ckit,kurang paham mn prpaid lg okay?
tapi digi ni line sllu problem..
Betul ke ada org ckp digi kuat makan kota..add data utk sebulan tapi blm smpai sebulan dh dpt sms bg tau kota dah ab???
@Qas, tak juga. Bergantung kepada jenis penggunaan, kalau hp dan simkad support 4g lebih cepat makan data. Lagi2 kalau tengok video atau gambar.
nk renew balik 64kbps tu cod apa eh?adeh lupa
Salam,
Dulu sy terjumpa untuk topup dari baki wang di DiGi. Apakah arahan atau situs tersebut?
Terima kasih
Kenapa sye tukar pelan lepastu nak buat buddyz semula kena caj rm10.. baru buat buddyz yg pertama
tipu punya orng mana boleh tukar palan Saya punya sim CAD digi smart prepaid tapi Saya tukar palan digi live boleh lapastu Saya nak tukar balik digi smart tak boleh knpa.. mcm mana boleh tolong bagi tahu
Mcmcn a nak aktifkan blik free internet 12pm hingga 8 am ya. Plsss help. Sbb saya trtekan unscreber