Teknik mudah bagaimana mengurangkan kos syarikat / perniagaan anda menggunakan toneplus?

By | September 4, 2016

simkadtoneplus-review-tipu-scamataumembayar

Idea ni aku dapat masa memikirkan cara nak promosikan simkad toneplus semalam. Jangan risau, sebabnya idea ni memang menarik yang mana akan memberikan keuntungan dalam jangka masa panjang kepada pemilik syarikat / perniagaan sendiri baik ENTERPRISE mahupun SDN BHD dll, dan tidak lupa juga kepada pekerja korang.

Bahkan menjamin memudahkan jualan simkad dilakukan. Pertama, wajibkan penggunaan simkad toneplus kepada pekerja anda. Cara ini boleh dilakukan dengan 3 cara:

  1. Pekerja baru – Potongan gaji sebanyak RM98 bagi harga simkad (untuk pendaftaran),wujudkan / tukar elaun lain kepada elaun topup simkad toneplus. RM50 untuk bulan-bulan seterusnya.
  2. Pekerja lama – Ubah polisi syarikat, bagi yang ada menawarkan insuran, boleh ubah kepada elaun pendaftaran & topup simkad toneplus (RM98 untuk pendaftaran, RM50 untuk bulan-bulan seterusnya).
  3. Pekerja lama – Bonus (rm) juga boleh ditukar dalam bentuk pendaftaran simkad secara percuma untuk pekerja tersebut mahupun keluarganya.

P/s: Semua ini perlulah mendapat persetujuan pekerja terlebih dahulu. Jangan risau, ianya win-win situation. Kejap lagi aku terangkan.

Dalam perniagaan ada naik turun. Macam air pasang dalam, surut pukul 5, nyonya bangun pagi siram pokok bunga… Aiseh, menyanyi pulak. ;D

Pendek kata, korang perlu fikirkan macamana nak kurangkan kos dan meningkatkan keuntungan serta menjaga kebajikan pekerja. Toneplus ada menawarkan 3 perkara ni. Nak tahu lebih lanjut? Teruskan membaca. Jangan risau, tiada gst dikenakan!

Pelan pemasaran toneplus ada menawarkan keuntungan sebanyak RM20 untuk setiap simkad yang dijual (bagi ahli biasa). Contoh:

Katakan korang ada 30 pekerja, elaun pendaftaran telah disertakan sekali dalam gaji setiap pekerja.

  • Harga jualan setiap simkad RM98 x 30 = rm2940.00
  • Untung setiap simkad yang dijual RM20x30 = RM600.00
  • RM2940 – RM600.00 = RM2340 (kos yang sebenarnya dikeluarkan untuk gaji pekerja). Ini untuk bulan pertama, bulan pendaftaran.

Itu baru untung pendaftaran simkad, belum habis kat situ lagi. Pelan pemasaran toneplus membolehkan korang menerima komisen setiap kali orang yang didaftarkan topup, serendah 3% (bagi pendaftaran kurang dari 4 orang), 13% bagi pendaftaran melebihi 4 orang, dan lebih tinggi % jika anda naik pangkat. Bahagian tu, kita tolak tepi dahulu. Fokus dalam cerita ni ialah 13% komisen.

Setiap simkad disertakan RM30 kredit (dan dianggap sebahagian daripada topup), makanya RM30 x 13% = RM3.90 (seorang) x 30 orang = RM117.00 (komisen yang korang akan terima).

RM2340 (Kos asal tadi) – RM117 = RM2223.00 (kos sebenar yang dikeluarkan. Jimat RM117.00

Kedua-dua penjimatan di atas belum termasuk lagi bonus tahunan, bonus yang diberikan syarikat dan kumpulan kaizen (kempen bulanan) dll. Ok, boleh faham rasanya kan? Kita cerita pula untuk bulan seterusnya.

Bulan ke-dua, potongan wajib / elaun dalam bentuk topup sebanyak RM50.00 untuk setiap pekerja. RM50.00 x RM30 = RM1500.00

Katakan komisen masih kekal 13% untuk setiap topup, RM50.00 x 13% = RM6.50 x 30 orang = RM195.00 – RM1500.00 (elaun yang diberikan kepada setiap pekerja) = RM1305.00 sahaja kos elaun yang sebenarnya dikeluarkan.

RM195 mungkin kecil jumlahnya, tetapi bayangkan kesemua pekerja tersebut bekerja dalam tempoh yang lama misalnya 5 tahun? Jom kira jumlah kos yang boleh dijimatkan:

1 tahun = 12 bulan, maka 12 x 5 tahun = 60 bulan.

  •  RM195.00 x 60 = RM11,700.00

Terkejut? Tapi itu memang realiti. Jumlah sebanyak tu boleh buat berjoli tau! Err, maksud aku simpan ke, beli kelengkapan pejabat ke. RM11,700 itu pun belum kira topup yang dilakukan sendiri oleh pekerja korang.

Belum masuk komisen sistem reverse-up bila setiap kali pekerja korang berjaya mendaftarkan 4 orang ahli baru. Ok ok. Sekarang, lap dulu air liur yang meleleh tu. Macam tau2 je.. Hahaha. Pantang tengok RM++++, sekarang aku nak terangkan kenapa RM50 setiap bulan?

Mudah, jawapannya ialah insuran kemalangan diri. Setiap ahli toneplus yang melakukan topup sebanyak RM50 (sebulan) akan mendapat perlindungan dibawah syarikat Etiqa Takaful bernilai RM50,000.00 pada bulan seterusnya. Contoh, topup pada bulan April, perlindungan akan bermula pada bulan Mei. Tetapi, bagi ahli baru ada tempoh 60 hari tanpa perlindungan bermula pada tarikh didaftarkan.

Kalau pekerja berhenti macamana?

Jangan risau, kebarangkalian mereka tukar simkad lain 50=50, lagi-lagi bagi yang port-in (kekal no.lama). Kalau mereka tukar sekalipun, pekerja baru akan ada. Bahkan, sebahagian mereka ada potensi akan melakukan kerja-kerja promosi untuk mendapat komisen toneplus. ;D

*Simkad toneplus juga memberi peluang kepada ahli mengumpul big points untuk ditukarkan kepada tiket penerbangan percuma menggunakan air asia, tiket wayang atau tebus barangan, banyak juga aktiviti / kempen yang dibuat untuk ahlinya*

P/s: Whatsapp saya 012-8719348 jika menpunyai sebarang soalan atau ingin mendaftar sekarang juga.

Rujukan:

  1. http://www.tonegroup.net/toneplus/getting-started-with-us.php
  2. http://www.tunetalk.com/my/aboutus/whyTTPAinsurancheck

 

Yang benar,

Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *