AWAS! Pelan HOT60 telah dikemaskini ke pelan SUPER70 (PERINGATAN UNTUK PENGGUNA TONEPLUS & TONE EXCEL)

By | November 2, 2016



 

pelan-hot60-toneplus-toneexcel-dikemaskinike-pelansuper70

Bagi pengguna toneplus ataupun tone excel, jangan hairan dan terkena kejutan budaya bila korang topup RM60 sekaligus tidak lagi dapat melanggan pelan HOT60 kerana pelan ini telah dikemaskini ke pelan SUPER70. Aku pun merasa agak kecewa dengan pelan baru ni, sebabnya promosi yang diberikan tidak jauh berbeza dari pelan lama, harga pula mencanak naik sebanyak RM10.

Ianya mengingatkan aku iklan TRIVAGO:

“Hotel yang sama, bilik yang sama,

tetapi dua harga yang berbeza… Kenapa bayar lebih?”

Itu masih dapat terima kerana semua telco melakukan perkara yang sama, yang paling aku tak dapat terima ialah tiada sebarang notis yang mengatakan pelan HOT60 akan ditamatkan pada sekian tarikh, bila aku topup je hairan tengok kredit tak ditolak langsung. Tiada sebarang free data mahupun free call diberikan. Sekurang-kurangnya kalau ada notis, tak perlulah aku topup RM60 sekaligus, mungkin aku akan topup RM30 + RM30. Dapat jugak 3gb internet percuma, tapi yang dapat habuk semata-mata. Kecewa saye. >_<

PELAN-SUPER70-TERBARU-UNTUKPENGGUNA-TONEPLUS-TONEEXCEL

Harap jelah pihak tonegroup tak membuat kesilapan seperti MAXIS sebelum ini, menaikkan kadar caj, menukar pelan yang sedia ada tanpa sebarang notis. Hasilnya lebih sejuta pelanggannya lari ke telco lain, termasuk aku. Zaman sekarang, tak macam dulu. Ada banyak pilihan, bila2 masa pelanggan boleh bertukar arah.

P/s: Ini sekadar pendapat aku, korang punya pandangan mungkin berbeza, tak apa. Simkad toneplus masih antara terbaik, lebih-lebih lagi apabila melibatkan pembayaran komisen. Setakat ni, tak pernah lambat. Sentiasa “on time”. ;D

 

Yang benar,
Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *