Dead by daylight – (horror gaming on steam 2016 )

By | July 12, 2016

dead-by-deadlight-gameterbarusteam-2016-horror

Bagi yang gamerz tu, mungkin ada yang masih belum tahu DEAD BY DAYLIGHT ni game terbaru yang boleh didapati dalam steam (online gaming). Terus terang aku katakan, walaupun aku sendiri tak pernah main, tapi selalu gak tengok orang upload kat youtube.

Memang mendebarkan jugak, di mana 4 orang pemain (maksimum) yang terperangkap di dalam kawasan pembunuh bersiri (seorang sahaja) dan cuba melarikan diri dengan cara menghidupkan generator (penjana eletrik) untuk membuka pintu keluar dari kawasan tersebut.

P/s: Salah seorang pemain akan bermain sebagai pembunuh bersiri.

Sambil dikejar dan cuba untuk bersembunyi dari dikesan pembunuh, semua pemain perlu saling tolong-menolong antara satu sama lain lebih-lebih lagi apabila ada di antara mereka yang ditangkap dan digantung pada cangkuk (untuk dikorbankan), rebah / cedera, atau terkena perangkap.

Game dead by daylight ni memang bagi aku cukup seram jugak, dan lawak. Hahaha. Korang boleh tonton video gaming di bawah. Memang seram dan lawak giler. Hahaha. Semoga terhibur! ;D

Rujukan: http://www.deadbydaylight.com/

Yang benar,

Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *