Rajin betul aku, baru sekarang nak kemaskini blog. Bwahaha. Cuma nak cerita sikit pasal PROTON PCC atau juga dikenali sebagai PROTON IRIZ. Dari pembacaan aku, asal nama yang diberi ialah Proton Global Small Car (GSC) tapi entah kenapa kemudiannya ditukar kepada nama baru iaitu Proton Compact Car (PCC). Kalau nak tahu kenapa, tanyalah pihak proton sendiri. Tanya aku buat pe. 😀
Apa yang menarik keluaran terbaru nih… Jeng jeng jeng…
- Enjin yang cukup bagus dan ekonomi (jimat minyak) dan rendah pengeluaran emisi CO2.
- Dilengkapi dengan kompenen sistem baru yang dikenali sebagai EPS, VVT, Smart alternator dan Maniverter.
- Yang paling menarik, ianya dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan yang biasanya didapati pada model yang berharga lebih mahal seperti enam beg udara, EBD, ABS, ESC, TCS, HBA dan HHA.
- Banyak lagi sebenarnya tapi malas pula aku nak menaipnya. Dah bagitahu, nak cerita sikit je. Ngeh ngeh ngeh.. ;D
Yang ni pulak harga rasmi untuk proton pcc ni.
Kedua-dua gambar diculik dari mysumber.com
Reka bentuk model ni dan warna kereta yang boleh dipilih cukup menarik. Aku tak tahu koranglah, tapi ni menurut firasat aku je. Kembali ke zaman pak pandir. Guna firasat je.. Aku sarankan korang baca juga pasal proton pcc ni kat blog-blog lain seperti:
- Keretamoto.com
- Selebihnya google je. Wakakaka. 😀
P/s: Tak rugi kalau baca, lagi-lagi yang tengah fikir nak beli kereta tu. Elok sangatlah buat kaji selidik.. Dah beli tetiba rasa nak tukar lagi kan ke nayo.. Bak kata orang putih, small the matter. Aik! Apa kaitan?
Yang benar,
Admin