Lawak insurans – Ter! Termasuk, tak sengaja!

By | August 29, 2012

ketawa-macam-orang-gila-kena-histeria

Bila kerja kerani kaunter kat pejabat pos ni, ada je benda merapu & merepek terjadi, dan memang tertekan sebab sibuk layan karenah pelanggan, layan karenah senior lagi. Tapi, disebalik semua tu sempat gak aku terfikir satu lagi lawak pasal insuran. Entahlah, bagi aku boleh la tahan lawaknya. Kalau korang, tak tau lagi la. Apapun, baca dulu..

Di suatu petang yang tak berapa sangat petangnya, dalam kul 1 ptg macam tu la. Datang seorang pelanggan ke kaunter aku, ikuti perbualan kitorang berdua.

Pelanggan : Adik, akak mahu renew insuran kereta dengan roadtax sekali, boleh tak?

Aku            : Boleh je.

Pelanggan :  Ni dia insurans lama (sambil memberikan insuran lama & greencard sekali kat aku).

Aku            : Kak, nak sambung insuran lama ke nak tukar insuran lain?

Pelanggan : Sambung insurans lama je la.

Aku            : Ok.

**5 minit kemudian…..**

Aku            : Kak..

Pelanggan : Ye?

Aku            : Insuran ni termasuk PA (Personal Accident)..

Pelanggan : PA? Oh!

Aku            : PA termasuk ek. Ter….masuk. Ter… Dia tak sengaja masuk. sebab ter..

Pelanggan : Huh?

………………. Tamat*……………..

Yang benar,

Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *