Sebenarnya, ianya sms “scam” yang aku terima baru-baru nih. Yang paling kelakar, dua no.telefon aku terima sms yang sama. Jadi, “double winning” lah kan.. Kah kah kah. Dan selepas melakukan beberapa carian di google, aku dapati ramai juga yang dapat sms yang sama. Dulu pun pernah dapat jugak beberapa kali sms yang lebih kurang sama.
Cuma yang menjadi persoalannya…
- Macamana aku boleh menang cabutan bertuah secara tiba-tiba, takde daftar apa. Tiba-tiba je. Nampak tak keajaiban berlaku di situ? Tetibe je. Poof! Well, keajaiban kadang-kadang berlaku. ;D
- Dari mana scammer ni dapat no.telefon aku dan orang lain? Setakat ni, aku rasa sms dihantar secara mengkhinzir buta.
- Kenapa RM30,000 je? Cuba RM1 juta ke, RM1 Billion ke. Alang-alang betul la. Hahaha
Kes penipuan macam ni selalunya berakhir dengan dialog yang sama, dimana korang (pemenanglah sangat) perlu bank-in duit kepada penipu ni sebagai bayaran untuk urusan pembayaran hadiah kemenangan atau penipu ni akan meminta maklumat peribadi seperti no.pin akaun bank anda, kad kredit dan lain-lain atas alasan yang sama. Kesimpulannya, berhati-hatilah di jalan raya. Hehe.
Rujukan lain:
- https://www.facebook.com/video.php?v=830166157026991&comment_id=833322343378039&offset=0&total_comments=1119
- http://mycuteshoppe.blogspot.com/2015/02/dapat-rm30000-dari-shellalhamdulillah.html
- http://whocallsme.com/Phone-Number.aspx/01114002858/2
Yang benar,
Admin