SEMOGA KITA BERJAYA MENGHIDUPKAN SUNNAHNYA, BUKAN SAHAJA DARI SEGI PUASA, SOLAT BAHKAN CANDANYA (GURAUAN)

By | January 13, 2020

Aku suka bergurau. Tanya saja sesiapa yang rapat lebih-lebih lagi adik-beradikku, memang dah masak dengan perangaiku. Walaupun majoriti kalau orang melihat mukaku jenis yang serius *muka yang susah nak senyum*. Bwahahahaha. ๐Ÿ™‚

Gurauan bagi aku mampu menghiburkan hati diri sendiri bahkan orang sekeliling lebih-lebih lagi apabila berada dalam masalah dll. Hidup jadi seronok. Aieee… Namun, agak sedih melihat keadaan di sekelilingku apabila gurauan tidak lagi membawa makna sebenar gurauan kerana terlalu banyak diselitkan dengan penghinaan, lucah, dusta terhadap seseorang, kaum, agama mahupun bangsa, warna kulit dll.

Sehinggakan satu tahap pada zaman ini budak kecik berumur 3 tahun sudah pandai mencarut, menipu, menghina, mungkin bagi orang tuanya mahupun segelintir masyarakat merasakan benda itu lucu dan tidak mengapa kerana ianya masih kecil (belum tahu apa-apa). Di situlah kesilapan besar yang ramai tidak sedar. Apa yang menjadi kebiasaan itu akan menjadi tabiat.

Kalau ianya baik, maka baiklah hasilnya dan begitu juga sebaliknya. Dan percayalah, tabiat sangat sukar diubah lebih-lebih lagi tabiat yang buruk seperti mencarut, menipu dan seumpamanya. Ibarat menyiat kulit / daging sendiri *kerana telah menjadi sebahagian dari dirinya*.

Gurauan yang bersifat menghina, memfitnah bukanlah sesuatu yang boleh dianggap ringan kerana impaknya mampu menggugat keselamatan negara sehinggakan di Malaysia sendiri telah diwujudkan beberapa akta demi menjaga kepentingan peribadi, masyarakat dan negara. Antaranya;

  1. Akta perlindungan data peribadi (2010) *klik pada link untuk membaca mengenainya*
  2. Akta body shaming (seksyen 233 (1) (b) akta komunikasi dan multimedia Malaysia (SKMM)
  3. Akta fitnah 1957 – Tindakan merosakkan reputasi baik seseorang, tertakluk kepada akta ini.
  4. Akta komunikasi dan multimedia (AKM) 1998, seksyen 233 – Penyebaran berita palsu menggunakan media sosial seperti fb, whatsapp dll.

 

Di bawah akta yang dinyatakan, si tukang fitnah, penghina dan seumpamanya boleh dikenakan tindakan undang-undang, saman / denda serta penjara (tertakluk kepada akta). Jika korang melihat perkara ini berlaku di depan mata, laksanakanlah tanggungjawab korang dengan melaporkan kepada pihak berkuasa dan bantu orang yang difitnah dengan berkongsi maklumat agar pihak yang tidak bertanggungjawab mendapat balasan yang setimpal atas perbuatannya serta mengelak orang lain menjadi mangsa.

Kemungkinan mangsa seterusnya adalah diri sendiri mahupun saudara-mara terdekat. Jangan dibiarkan kerana mungkin bagi korang benda ini lucu, tapi fikirkan sejenak, muhasabah diri, mampukah korang ketawa jika orang lain melakukan fitnah ke atas diri sendiri, adik, ibu bapa mahupun saudara mara terdekat? Masih mampu ketawa?

Anyway* tiba-tiba speaking london,

Dalam sejarah sebelum kedatangan Islam, Nabi Muhammad SAW. telah mengajar satu perkara iaitu adab / akhlak yang hebat. Sehingga baginda digelar dengan nama yang hebat iaitu al – amin (orang yang dipercayai). Gelaran tersebut diberikan kerana seumur hidupnya Nabi SAW tidak pernah berdusta walaupun dalam gurauannya. Hebat bukan? Tetapi itu tidak cukup hebat, yang paling hebat ialah apabila gelaran itu diberikan / diiktiraf oleh masyakat jahiliah yang terkenal dengan akhlak buruk (tidak bermoral), yang mana secara tidak langsung menonjolkan /mengangkat kemuliaan Nabi SAW.

Untuk pemahaman, apabila kita bercerita tentang masyarakat jahiliah yang sifatnya keji yakni suka berdusta, menghina dan seumpamanya, mana mungkin masyarakat tersebut akan memberi gelaran sebegitu baik kepada seseorang melainkan ia benar-benar baik? Mudah untuk difahami bukan?

Seperti mana orang lain, aku suka bergurau tapi agak sukar untuk bergurau mengikut cara yang Nabi SAW ajarkan, pergi ke mana saja dari aku kecil sehingga besar benda yang sama saja menjadi bahan gurauan, kalau tidak warna kulitnya, kaumnya, agamanya bahkan terlalu banyak dustanya hanya untuk buat orang ketawa. Yang paling menakutkan orang yang melakukannya adalah orang yang disegani, ahli agama, ahli masjid.ย ย Sehinggakan benda itu menjadi kebiasaan orang lain yang belajar daripadanya (murid dan seumpamanya). Mungkin mereka lupa;

Tercatat dalam sebuah hadis yang sahih dari ABu HUrairah r.a bahawa baginda bersabda :

ุฃุชูŽุฏู’ุฑููˆู†ูŽ ู…ูู† ุงู„ู’ู…ููู’ู„ูุณู ู‚ูŽุงู„ููˆุง ุงู„ู’ู…ููู’ู„ูุณู ูููŠู†ูŽุง ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู…ูŽู†ู’ ู„ูŽุง ู„ูŽู‡ู ุฏูุฑู’ู‡ูŽู…ูŽ ูˆูŽู„ูŽุง ุฏููŠู†ูŽุงุฑูŽ ูˆูŽู„ูŽุง ู…ูŽุชูŽุงุนูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ู’ู…ููู’ู„ูุณู ู…ูู†ู’ ุฃูู…ู‘ูŽุชููŠ ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู’ู‚ููŠูŽุงู…ูŽุฉู ู…ูŽู†ู’ ูŠูŽุฃู’ุชููŠ ุจูุตูŽู„ูŽุงุฉู ูˆูŽุตููŠูŽุงู…ู ูˆูŽุฒูŽูƒูŽุงุฉู ูˆูŽูŠูŽุฃู’ุชููŠ ู‚ูŽุฏู’ ุดูŽุชูŽู…ูŽ ุนูุฑู’ุถูŽ ู‡ูŽุฐูŽุง ูˆูŽู‚ูŽุฐูŽููŽ ู‡ูŽุฐูŽุง ูˆูŽุฃูŽูƒูŽู„ูŽ ู…ูŽุงู„ูŽ ู‡ูŽุฐูŽุง ูˆูŽุถูŽุฑูŽุจูŽ ู‡ูŽุฐูŽุง ููŽูŠูู‚ู’ุนูŽุฏู ููŽูŠูŽู‚ู’ุชูŽุตู‘ู ู‡ูŽุฐูŽุง ู…ูู†ู’ ุญูŽุณูŽู†ูŽุงุชูู‡ู ูˆูŽู‡ูŽุฐูŽุง ู…ูู†ู’ ุญูŽุณูŽู†ูŽุงุชูู‡ู ููŽุฅูู†ู’ ููŽู†ููŠูŽุชู’ ุญูŽุณูŽู†ูŽุงุชูู‡ู ู‚ูŽุจู’ู„ูŽ ุฃูŽู†ู’ ูŠูู‚ู’ุถูŽู‰ ู…ูŽุง ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฃูุฎูุฐูŽ ู…ูู†ู’ ุฎูŽุทูŽุงูŠูŽุงู‡ูู…ู’ ููŽุทูุฑูุญูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุซูู…ู‘ูŽ ุทูุฑูุญูŽ ูููŠ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑู

ERTINYA : Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: โ€œTahukah kalian siapakah yang disebut dengan orang yang MUFLIS?โ€ Para sahabat menjawab; โ€œOrang yang muflis menurut kami wahai Rasulullah, adalah orang yang tidak punya dirham dan dinar serta harta benda.โ€ Baginda bersabda: โ€œSeorang muflis daripada kalangan umatku ialah seorang yang datang pada hari Kiamat dengan pahala solat, puasa dan zakat, namun (pada masa yang sama) dia juga membawa dosa MENCELA orang ini, MENUDUH keji (zina tanpa saksi) orang itu, memakan HARTA orang ini, menumpahkan DARAH orang itu dan MEMUKUL orang ini (dan seumpamanya), lalu diberikan kepada orang ini sebahagian daripada pahala-pahala kebaikannya dan diberikan kepada orang itu pula sebahagian pahalanya, hinggalah akhirnya HABIS PAHALANYA namun belum lagi terbayar dosa-dosa yang tertanggung atasnya, lalu DIAMBIL DOSA-DOSA mereka tadi dan ditanggungkan ke atasnya hingga akhirnya dia dihumban ke dalam neraka (kerana banyak dosa)โ€ (Riwayat AT-Tirmidzi & Ibn HIbban) Status: Hasan Sahih

Berikut adalah rakaman siaran langsung tersebut. Semoga bermanfaat

https://www.youtube.com/watch?v=V2LFlZmEb8E

kredit : fb DR. Zaharuddin

Daripada Bahz bin Hakim (bin Muawiyah bin Haidah al-Qusyairi) berkata: Ayahku menceritakan kepadaku, daripada datukku, yang berkata: Aku mendengar Nabi SAW bersabda:

ูˆูŽูŠู’ู„ูŒ ู„ูู„ู‘ูŽุฐููŠ ูŠูุญูŽุฏู‘ูุซู ุจูุงู„ุญูŽุฏููŠุซู ู„ููŠูุถู’ุญููƒูŽ ุจูู‡ู ุงู„ู‚ูŽูˆู’ู…ูŽ ููŽูŠูŽูƒู’ุฐูุจูุŒ ูˆูŽูŠู’ู„ูŒ ู„ูŽู‡ู ูˆูŽูŠู’ู„ูŒ ู„ูŽู‡ู

Maksudnya:ย โ€œCelakalah bagi orang yang bercakap suatu percakapan agar orang ramai tertawa dengan pembohongan. Celakalah baginya! Celakalah baginya!โ€

Riwayat al-Tirmidhi (2315)

Syeikh Abu al-Ala al-Mubarakfuri (w.1353H) dalamย Tuhfah al-Ahwaziย (6/497-498) mensyarahkan hadis ini: โ€œWailย bererti kecelakaan yang besar atau lembah yang dalam;ย li yudhikaโ€ฆ yang daripada kata terbitanย idhakย (membuat orang tertawa);ย bihiย yakni tertawa dengan perkataannya atau pembohongannyaโ€ฆ. Mafhum daripada hadis itu bahawa jika seseorang bercakap dengan perkataan yang benar untuk berlawak dengan satu kaum maka tidak mengapa hal itu seperti mana yang berasal daripada kisah Umar RA bersama Nabi SAW tatkala baginda marah terhadap beberapa orang Ummahat al-Muโ€™minin (isteri-isteri Nabi). Berkata al-Ghazzali: โ€œJusteru, perlu diketahui bahawa sisi jenaka Rasulullah SAW tidak berlaku melainkan dalam bentuk kebenaran, tidak menyakitkan hati, dan tidak juga melampaui batas.โ€

Nabi SAW sendiri mengatakan celaka ke atas orang tersebut. Engkau rasa? Untuk korang memahami cara Nabi SAW. bergurau senda, lihat contoh bagaimana nabi menggunakan kebijaksanaannya dalam gurauannya:

Kebanyakan gurauan Baginda adalah bersifat kiasan dan permainan kata-kata.

Rasulullah SAW pernah bergurau dengan seorang wanita. Pada satu hari wanita itu datang menghadap Baginda dan berkata, โ€œWahai Rasulullah. Mohon bantu saya menaiki unta.โ€

Rasulullah SAW menjawab: โ€œSaya akan bantu kamu menaiki anak unta.โ€ Wanita itu hairan dan berkata, โ€œApa yang dapat saya buat dengan anak unta? Anak unta tidak mungkin dapat saya tunggang.โ€

Rasulullah SAW pun menjawab: โ€œBukankah setiap unta itu asalnya anak unta?โ€

Selain itu, pada lain kesempatan, ada seorang wanita tua daripada kaum Ansar menghadap Rasulullah SAW dan berkata, โ€œWahai Rasulullah, saya mohon tuan berdoa kepada Allah SWT supaya saya masuk syurga.โ€

Rasulullah SAW menjawab: โ€œTidakkah kamu tahu syurga tidak dihuni orang-orang yang sudah tua?โ€

Mendengar sabda Rasulullah SAW itu menyebabkan wanita itu menangis. Melihat keadaan itu, Rasulullah SAW tersenyum dan bersabda yang bermaksud: โ€œBukankah kamu pernah membaca firman Allah SWT: โ€˜Sesungguhnya Kami menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh). Yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya umurnya.โ€ (Surah al-Waaqiโ€™ah, ayat 35-37)

Maksudnya; di dalam syurga kelak orang tua akan menjadi muda semula.

kredit : hmetro

Prinsip inilah yang aku gunakan dalam gurauan. Di mana gurauan Nabi SAW itu bukan sahaja menghibur hati, benar, membuatkan kita berfikir *menajamkan akal fikiran* dan berhikmah *ada maksud tersirat*.

Aku bergurau dengan kawan, apabila ia bertanya kenapa muka aku dengan muka adik aku sama? Adik beradik kah? Ya, bungsu inilah kembarku. Maksud kembar ini kalau dirujuk dalam kamus, korang akan dapati bukanlah kembar itu maksudnya mesti lahir serentak sahaja, tapi muka yang sama / seiras juga sama. Tidak lupa juga bukankah dalam dunia ini dari dahulu lagi orang sering berkata setiap orang ada 7 orang kembar dalam dunia?

Apabila aku bergurau sedemikian, aku dapati ramai orang terkejut kerana tidak percaya yang aku ada kembar. Yang paling mengejutkan apabila mereka dapati bukan sorang tapi dua orang sepasang muka dengan aku. Hahaha. Tergelak besar diorang. Kalau dah namanya adik-beradik itu normallah muka hampir sama. Adui2. Gurauan seperti inilah yang Nabi SAW ajarkan kepada kita yakni umatnya, ia benar tapi berkias, dan gurauan seperti ini bagus untuk minda *menajamkan akal fikiran. Bahkan pada masa yang sama menyangkal fitnah yang ditujukan kepadaku dan membuktikan orang itu pendusta / pemfitnah. Ingat akta yang dinyatakan sebelum ini? ๐Ÿ™‚

Lihat video di atas, bagaimana Nabi Muhammad SAW menghadapi penghinaan terhadap baginda.

Islam itu tidak mengajar kita untuk jadi sempurna kerana hakikatnya manusia itu tidak sempurna (sering melakukan kesilapan), namun Islam mengajar kita untuk terus memperbaiki diri dan saling ingat-mengingati. Janganlah korang lupa, sebelum kedatangan Islam itu masyarakat nya dikenali sebagai masyarakat jahiliah (paling buruk akhlak) kerana banyak melakukan perkara yang teruk seperti membunuh, merogol, menanam anak perempuan hidup2 kerana kepercayaan membawa sial dan seumpamanya, tetapi selepas kedatangan Islam, masyarakat yang sama menjadi orang terbaik dalam sejarah walau apa bidang. Sehinggakan 2/3 dunia berjaya dikuasai umat Islam.

Masyarakat yang sama, hasil yang berbeza. Kenapa tak percaya? *baca dengan nada iklan trivago untuk hasil bacaan yang lebih baik.

Ada sebahagian manusia pernah mengatakan dalam hidup ini jangan jujur sangat, namun ia lupa apabila orang menipunya. Ia akan berkata, memang apa tiada lagi orang yang jujur kah dalam dunia ini? *akhirnya orang yang jujur juga yang engkau cari, bila jumpa engkau maki / sindir*. Keajaiban sikap manusia yang tiada tolok bandingannya yusuf taiyoob.

Dari pemerhatian aku, didapati sikap masyarakat yang terlalu mudah tekan butang share (berkongsi maklumat) tanpa mengetahui sesuatu isu itu dengan jelas menyebabkan kejadian fitnah dan cerita palsu tular dengan mudah.

Selain itu, ada beberapa sikap masyarakat kita yang juga perlu diubah antaranya;

  • MEMULAU / MELABEL ORANG – Sikap majoriti masyarakat kita suka melabel seseorang itu tidak “sporting”,ย  tidak “open minded” dan memulaukannya bila orang tersebut tidak bersetuju dengan cara serta apa yang diucapkan mereka, misalnya lucah, menghina dll.
  • BILA BERKATA BENAR DIKATA DUSTA – Lihat sendiri bagaimana “MR. Bean” yakni pelakonnya ROWAN ATKINSON menceritakan sewaktu ia terserempak dengan orang yang separuh mengenali dirinya. Semakin ia cuba meyakinkan dialah pelakon untuk watak tersebut, semakin ia dipertikai. Begitulah kehidupan kini, apabila yang benar dikatakan dikatakan dusta, dan begitu sebaliknya. [Klik sini] untuk melihat videonya.
  • SHOOT FIRST ASK QUESTION LATER – Maksudnya apabila datang satu fitnah ke atas seseorang, orang yang difitnah itu disumpah, dicaci, dan dikeji tanpa usul periksa.
  • TANYA PADA YANG LAIN BUKAN PADA ORANGNYA – Apabila fitnah itu datang kepada si A misalnya, yang menerima berita pergi bertanya si B atas alasan mana mungkin si A akan mengatakan yang benar mengenai fitnah tersebut. Persoalannya, apabila soalan ditanyakan kepada si B, apa jaminan kata-katanya benar? Kalau si B ada kebencian, kedengkian terhadap si A, bukankah si A akan difitnah si B dengan mudahnya? Belum lagi apabila si B dan yang lain-lainnya mengada-adakan cerita sekadar hiburan menurut mereka, yang mana akhirnya menjadi fitnah kepada si A. Di mana logiknya?

Bahkan, aku sendiri telah menyaksikan bagaimana layanan masyarakat terhadap orang yang difitnah itu sangat buruk. Tiada usul periksa, tanya pun tidak. Teruk memaki, memulau dan paling menakutkan ianya dilakukan oleh ahli masjid, orang beragama. Sikap ini bertentangan dengan ajaran Islam.

Allah SWT memerintahkan supaya menyelidik serta mendapat kebenaran berita yang disampaikan seseorang. Ini kerana bagi mengelak daripada terjadinya perkara yang tidak diingini berlaku. Allah SWT menjelaskan perkara ini di dalam al-Quran, firmannya:

ูŠูŽุง ุฃูŽูŠู‘ูู‡ูŽุง ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ุขู…ูŽู†ููˆุง ุฅูู† ุฌูŽุงุกูŽูƒูู…ู’ ููŽุงุณูู‚ูŒ ุจูู†ูŽุจูŽุฅู ููŽุชูŽุจูŽูŠู‘ูŽู†ููˆุง ุฃูŽู† ุชูุตููŠุจููˆุง ู‚ูŽูˆู’ู…ู‹ุง ุจูุฌูŽู‡ูŽุงู„ูŽุฉู ููŽุชูุตู’ุจูุญููˆุง ุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ู…ูŽุง ููŽุนูŽู„ู’ุชูู…ู’ ู†ูŽุงุฏูู…ููŠู†ูŽ

Maksudnya: โ€œWahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukanโ€

Ibn Jarir berkata:ย Hendaklah kamu tabayyun dengan makna tangguh seketika maklumat atau berita yang sampai kepada kamu sehingga kamu makrifah dan yakin akan kebenarannnya. Jangan sekali-kali kamu gelojoh untuk menerimanya. (Lihatย Jami’ al-Bayan fi Ta’wil al-Quran, 22/286)

Ibn Kathir berkata: Allah perintahkan supaya kita thabitkan dahulu perkhabaran orang fasiq sebagai ihtiyat. Ini kerana supaya seseorang tidak berhukum dengan ucapannya menyebabkan dalam keadaan begitu boleh membawa kepada dusta atau tersilap. (Lihatย Tafsir al-Quran al-‘Azim, 7/370)

Syeikh al-Maraghi dalam mentafsirkan ayat ini menyatakan bahawa Allah SWT telah mengajar hambanya supaya beradab mulia dalam soal agama ataupun dunia. Dan berhubung dengan perkara itu, apabila seseorang yang fasik datang memberitahu sesuatu berita yang bertentangan dengan syiar agama. Oleh itu jangan mempercayai beritanya itu melainkan dengan menyelidik serta menelitinya dahulu. (Lihatย Tafsir al-Maraghi,ย 26/126)

Syeikh Ali al-Sobuni di dalam tafsirnya menyatakan jika datang kepada kamu seorang lelaki fasiq yang mana ia tidak boleh dipercayai dengan kebenaran dan keadilannnya, dengan apa yang diberitakan, maka hendaklah kamu menyemak akan kesahihan beritanya itu. Ini supaya kamu tidak menghukum atau menuduh sesuatu kaum sedangkan kamu jahil tentang hakikat sebenar. Ketika itu, jadilah kamu menyesal tak sudah atas perbuatan kamu. (Lihatย Sofwah al-Tafasir, 3/216)

kredit: muftiwp

Ingatlah wahai saudara mahupun saudari, dalam kita bergurau senda, keperibadian seseorang juga dapat dinilai. Apabila gurauannya lebih kepada menghina agama, bangsa, warna kulit dan seumpamanya, maka ia rasis manakala jika gurauannya lebih banyak dustanya, maka ia seorang yang sukar dipercayai (pendusta). Do you understand?* tiba-tiba speaking london. Tiber…

Artikel ini aku hasilkan bertujuan untuk mengingatkan kepada semua yang membaca, tidak semua benda boleh dijadikan bahan gurauan, perlu ada batasnya. Seperti mana kita makan / minum perlu ada had, kalau tidak akan menyebabkan sakit perut terberak. Begitu juga dalam gurauan. Apabila bergurau isu sensitif lebih-lebih lagi isu perkauman misalnya, boleh menyebabkan perpecahan / perbalahan antara kaum.

Pada masa yang sama untuk menerangkan kenapa gurauan seperti ini aku lakukan dan menepis segala fitnah ke atas diriku, serta saling ingat-mengingati agar kita semua memperbaiki diri menjadi lebih baik dari sebelumnya. Insyaallah di masa hadapan, kita mampu mewujudkan generasi sehebat generasi Islam terdahulu sewaktu zaman kegemilangannya dan berjaya menghidupkan sunnah Nabi Muhammad SAW, bukan sekadar dari segi puasa, solat bahkan jandanya candanya (gurauan).

Dan tidak lupa, bersama kita membanteras jenayah siber. Ini baru isu candanya (gurauan), belum lagi masuk isu solat, riba *Allah istihar perang ke atas orang yang mengambil riba* dll. Sakit alak edek mak. mak.

P/s:ย  Renung-renungkan Jangan direnung saja, selamat beramal. Peace yo! Assalamualaikum (May peace be upon you).

Rujukan;

  • https://pts.com.my/berita/undang-undang-fitnah-secara-ringkas
  • https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/02/389709/pindaan-akta-lindungi-semua-pihak
  • https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/posts/2735141816496108
  • https://www.facebook.com/notes/koleksi-hadis/antara-sifat-ketawa-dan-gurauan-rasulullah-saw/314992541865164/
  • https://www.hmetro.com.my/addin/2018/06/346329/rasulullah-jaga-tutur-kata-gurauan
  • https://www.maskulin.com.my/gurau-senda-gaya-rasulullah-ini-garis-panduan-adab-dalam-islam/
  • https://ppuu.upm.edu.my/article/tular_dan_risiko_undang_undang-46675
  • https://www.studocu.com/en/u/3812634
  • https://www.pdp.gov.my/jpdp/akta-709/akta-perlindungan-data-peribadi-2010/
  • http://jaik.gov.my/wp-content/uploads/2019/khutbah/Khutbah%20Jangan%20Jadi%20Orang%20Muflis%202019%20Rumi.pdf
  • https://www.pdp.gov.my/jpdp/assets/2019/09/SENARAI_KESALAHAN_DAN_HUKUMAN-1.pdf
  • https://www.malaysiakini.com/news/488804
  • http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=kembar
  • https://alumnismkashoaw.wordpress.com/2010/12/04/teladani-cara-rasulullah-s-a-w-bergurau/
  • Dan selebihnya tanya pakcik google..

 

Yang benar,

Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *