Tips memilih nama domain yang baik

By | April 30, 2012

Kesemua tips2 ni aku dapat dari hasil pembacaan di blog2, ebook dll. Aku harap, tips2 nih memudahkan kerja korang nak memilih nama domain yang terbaik. Kalau ada tips lain, sudi2 lah kong ci fatt chai kat bahagian komen. 😉

Korang pun mesti dah selalu dengar atau mungkin boleh fikir sendiri, kalau memilih nama domain tidak boleh sesuka hati kerana ia akan memberi kesan yang besar kepada jumlah pelawat & perniagaan (kalau ada) korang.

Tips memilih nama domain yang baik

Antaranya;

  1. Pilih nama domain yang pendek – Tujuannya agar orang mudah ingat. Contohnya, yahoo.com atau google.com .
  2. Jangan beli nama domain yang mengelirukan – Supaya korang tak kehilangan pelawat atau bakal pelanggan. Contohnya, andai kata nama domain korang sukanon9.com . Katakan si Abu ada seorang rakan yang minat pasal sukan, jadi memandangkan si Abu pernah/pelawat setia blog korang. Jadi, si Abu pun cadangkan rakan dia supaya layari blog korang. Bayangkan waktu dia cadangkan tu, diorang tengah bercakap. “Ali, aku cadangkan ko cek la kat internet, ada satu blog nama dia sukanonline.com, macam2 info pasal sukan kat sana, Memang mantop la!”.Nampak kan di sana, berkemungkinan si Ali sangkakan perkataan on9 ialah “online”. Ni terlampau la merugikan lagi2 kalau ada orang dah tibai beli domain sukanonline.com. Percuma je dia dapat pelawat & mungkin jadi pelanggan dia.
  3. Pilih nama domain berkaitan produk/perkhidmatan yang korang jual/tawarkan – Sebagai contoh, kalau korang menjual baju kebaya, jadi nama domain yang sesuai ialah bajukebaya.com. Jangan lak pilih keretasorong.com . Jual baju kebaya, tapi nama domain kereta sorong? Ape kes?;)
  4. Pilih domain yang berbentuk Branding / Bina jenama korang sendiri – Ini sesuai bagi yang serius untuk berblogging. Contoh nama domain menggunakan kaedah “branding” ialah Smarthusaha.com .Kebiasaannya, orang menaip di google termasuk diri sendiri perkataan smartusaha kerana nama itu sudah dikenali dan mempunyai ramai pembaca. Blog tu berkaitan perniagaan internet. Penggunaan nama sendiri mungkin agak kurang sesuai bergantung kepada nama korang dan sebaiknya berkaitan juga dengan “niche” blog korang. Hehe
  5. Kalau korang masih tak terfikir nama domain apa yang terbaik untuk korang, guna je nama sendiri – Macam aku, saharol.com .Bagi aku, nama domain itu penting tapi kalau dah susah sangat nak fikir, baik guna nama sendiri. Sebab, berdasarkan pengalaman aku berblogging & melihat perkembangan blogger lain, yang paling penting untuk menjadi blogger berjaya ialah sentiasa kemaskini blog & pastikan blog korang banyak informasi yang berguna. Baru ramai peminat pembaca!;)

P/s: Sekian saja tips memilih nama domain yang baik dari aku, kalau korang belum baca artikel sebelum ni yang aku taip pasal domain gak, boleh baca kat sini:

a. Apa itu domain?

b. Apa itu dot com? dot biz? dot info? Segala jenis dot kecuali dota

Yang sengal menaip,

Admin

4 thoughts on “Tips memilih nama domain yang baik

Leave a Reply to Maria Firdz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *