Tugas kerani pos c2 / NC1

By | September 30, 2012

Sedar tak sedar, sudah 3 bulan aku bekerja sebagai kerani c2 / nc1 di pejabat pos satok. Namun, masih banyak benda yang belum aku pelajari. Dan terlalu banyak urusan sehingga aku pun kadang2 terkeliru dengan kod, borang, dll. Pening kepala dibuatnya, pelanggan pun pening kepala tengok aku. Hahaha

kerja-kerani-pos-pejabat-c2-nc1

Mesti korang tertanya2 apa sebenarnya tugas kerani c2 / Nc1 ni? Aku pun tak pandai sangat nak menerangkan mengenai tugasan sebenar sebagai kerani kaunter di pejabat pos. Sebab? Terlalu banyak urusan boleh dilakukan di pejabat pos. Secara mudahnya, yang aku boleh katakan;

Tugas kerani c2 / Nc1 (kerani kaunter pejabat pos)

  1. Menerima urusan pembayaran bil seperti astro, air (seperti LAK & JKR), elektrik (sesco), court mammoth, MARA, PTPTN, Yayasan Sarawak dan banyak lagi.
  2. Menerima urusan JPJ seperti perbaharui cukai jalan, lesen belajar memandu (L), lesen memandu.
  3. Menerima urusan penghantaran barang menggunakan khidmat parcel mahupun pos laju bagi penghantaran domestik mahupun luar negara.
  4. Menerima urusan pembaharuan insuran kenderaan.
  5. Menerima urusan Amanah Saham Berhad (ASB), dari penjualan balik & pelaburan serta mendaftar/membuka akaun saham baru.
  6. Mempromosikan segala produk yang dikeluarkan oleh POS MALAYSIA BERHAD & anak syarikat serta rakan kongsi dan seumpamanya, seperti setem perayaan, pos insuran, wang pos, iEMO dll.
  7. Menerima urusan mendaftar sebagai pengundi baru serta penukaran alamat mengundi.
  8. Menerima urusan perbankan seperti MAYBANK, RHB, Western-union.
  9. Menjual produk keluaran POS MALAYSIA BERHAD dan seangkatannya seperti sampul surat, sampul pos ekspress, kotak pos niaga pack, pizza box, setem biasa/hasil dan berlambak lagi.
  10. Memastikan serta mengamalkan 5S sewaktu bekerja, dll.

Memang dulu aku sangkakan kerja kerani kaunter di pejabat pos ni nampak macam senang dari luar, rilek je. Taip tu taip ni, dah! Selesai satu urusan! Sekali aku sendiri rasa, ambik ko… Jauh dari imaginasi aku.. Nampak “kacang” dari luar kaunter, bila sendiri dah duduk kat dalam dan buat kerja, rasa nak meletup otak ni nak ingat itu ini.

Yang paling giler lagi, aku tak tahu la samada semua kerani mengalami nasib yang sama seperti senior2 aku dan aku sendiri, kitorang di “training” secara terus ke kaunter dan berdepan dengan pelanggan. Dah la tak tahu apa2, terus disuruh ke kaunter, duduk dan ikut je apa arahan yang senior katakan. Kalau apa yang dikatanya betul, betul la apa yang korang buat. Kalau salah, hmmm.. Nasiblah.. Hahaha

Dan sememangnya, pasti korang akan terkena / takkan terlepas dari “sort” duit kaunter. Maksudnya, duit kaunter korang kurang dari jumlah yang sepatutnya. Aku takat ni dah Rm500+ dah kena ganti cash, korang lak? Keh3.. Bila aku fikir balik, kalau begini la tiap2 hari, bila la nak kaya. Apapun, berhati2 bila kira duit tu. Jangan terberi lebih, terkurang pun jangan.

Sudah2, beta letih mahu tidur. Besok, nak turun kerja lagi. Nanti la sambung cerita, banyak lagi beta nak kongsikan tapi apakan daya, masa mencemburui kita. Sekian.

Yang selesai menaip,

Admin

19 thoughts on “Tugas kerani pos c2 / NC1

  1. Natasha

    hai shahrol..saya bru dpt pgilan dri pjabat pos serikei..dorang cakap..sy plu tunggu offer letter je lagi..adakah saya dikira sudah berjaya?

    Reply
    1. saharol Post author

      @Natasha, Ya. Dari pengalaman saya sendiri, diorang sendiri yang call. Kalau diorang dah cakap macam tu, tinggal tunggu surat tawaran melapor diri yang mana disertakan sekali borang perlu diisi dengan segera dan dihantar semula sebagai tanda menerima jawatan tersebut. Apapun, saya ucapkan tahniah & welcome to the club! ;D
      Untuk persediaan awal, sila-silalah melawat ke pejabat pos dan melakukan urusan di sana supaya tak la blur sangat bila masuk kerja nanti. Dan of coz selamat bekerja. Hehe

      Reply
  2. Natasha

    thanks..sbb sy bru je nak submit surat resign dri tempat saya bekerja skrg 🙂 na kena pindah dah..skrg sy kerja kat kuching..thnks

    Reply
  3. Natasha

    hye…shahrol..bdsar kan pglaman awak..dulu awk tinggu offer letter brapa lama ..n yg kol awak org drik satok or org drik kl.sory byk brtanya

    Reply
    1. saharol Post author

      @Natasha, dalam masa dua minggu macam tu kot, tak ingat sangat. Yang kol tu tak pasti dari mana, tapi yang penting orang pos gak. ;O

      Reply
  4. Natasha

    sy dpt kerani pos laju..apa prbezaan nye?n apa kerja yg di buat ea?sama mcm kerja shahrol jugak?

    Reply
    1. saharol Post author

      @Natasha, kalau ditempatkan di pejabat poslaju kurier, ertinya kita di jabatan yang berlainan. Kalau ditempatkan di pejabat pos lak sama la. Sebab POSLAJU merupakan anak syarikat Pos M’sia. Kalau poslaju kurier nyer pejabat, apa2 yang berkaitan dengan penghantaran barang sajalah. Takde ambil bil, jpj dll.

      Reply
  5. ziman

    sy pun dapat gak kat poslaju. tp pnempatn bukan tmpt sy sndiri..jdik mungkin dpt ke saya memohan bpindah atau transfer bila da 2 3 tahun bekerja?

    Reply
  6. ziman

    sy pun dapat gak kat poslaju. tp pnempatn bukan tmpt sy sndiri..jdik mungkin dpt ke saya memohan bpindah atau transfer bila da 2 3 tahun bekerja?? 🙂

    Reply
  7. natadha

    shahrol..kalau kita dbrik kursus ke kl..adakah pjalanan kta d tgong oleh pihak pos? ataupun kta sendiri..tiket flight?

    Reply
    1. saharol Post author

      @natasha, tiket pe semua memang ditanggung sepenuhnya oleh pihak Pos seperti tiket dan penginapan kalau perlu. Kecuali ada gak yang perlu guna duit sendiri macam naik teksi dari terminal airport ke tempat kursus guna duit sendiri pastu claim balik. Belanja beli barang2 tu sendiri2 pun bajet la.. Hehe

      Reply
  8. kushakina

    Saya ada interview kerani esok. Nervous gila. Agak2 soalan macam mana dia tanya. Doakan saya yek.

    Reply
  9. YANG DAPAT TEMUDUGA

    NAK TANYA GAJI STARTING DIA BERAPA? SAYA BARU DAPAT TEMUDUGA 24 /12 NI… SHARE SOALAN YANG DITANYA PLIS…

    Reply

Leave a Reply to saharol Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *