Jenis-Jenis domain name yang mungkin korang tak pernah tahu..

By | May 2, 2012

Mesti korang tertanya2 kenapa aku cerita pasal domain nih sedikit demi sedikit. Tujuannya untuk membuatkan korang tak mengantuk / tiada “mood” nak membaca kalau buat artikel yang terlalu ranjang panjang. Biar pendek, asalkan maklumat yang disampaikan berkualiti. Eh, ada kualiti ke artikel yang aku tulis ni? Hehe. Tu terpulang kepada pandangan masing2.

Berbalik kepada tajuk di atas, domain ni terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:

Jenis-jenis domain

Parked domain –  Domain yang korang beli lepas tu tumpangkan pada domain utama korang. Contoh, nama domain utama aku saharol.com kemudian aku beli lagi 1 lagi domain “belajarblogginglagi.com”. Lepas tu, aku tumpangkan domain yang baru dibeli ni ke saharol.com. Bila orang taip atau jumpa di google blog “belajarblogginglagi.com”, secara automatik diorang akan dibawa ke domain utama “saharol.com”.

parked-domains-example-penerangan

* Tengok contoh dalam gambar rajah kat atas kalau masih tak faham.

Add on domains – Domain tambahan di dalam hosting yang sama. Benda yang membezakannya dengan parked domain ialah addon domain ada laman web / blog tersendiri. Andaikata domain tambahan bagi blog ni adalah www.gilakentangkoni.com . Bila korang taip di google www.gilakentangkoni.com dengan www.saharol.com, ianya akan membawa korang ke blog berasingan.

Sub domains – Tambahan link/url di hadapan atau di belakang nama domain. Contohnya, www.download.saharol.com atau www.saharol.com/download/. Korang boleh letak la apa2 nama selain perkataan “download”. Untuk membuat sub domains, pastikan terlebih dahulu hosting korang ada sediakan benda nih, dan korang boleh mula membuatnya di dalam cpanel hosting korang.

Sotong kurita domains – Yang ni tak pernah wujud, aku saja je tambah. Hahaha

Yang kadang2 keliru pasal domain,

Admin

4 thoughts on “Jenis-Jenis domain name yang mungkin korang tak pernah tahu..

  1. zulfikal

    salam
    nak minta tolong skit nni…aku dah register domain dan url aku sperti dia atas cuma aku xtau la nak bagi org cari aku punya web mcm mana…web aku buat sendiri …ade tak tip2 ke ape ke yg blh bagi web aku dok ranking yg best skit kat muke depan google ke yahoo ke….kalau tuan blh ejaskan ok gak cuma bagitau la cost yg kena bayar kat tuan brapa hehehe jgn mahal sgt baru nak start bizz ….
    tq

    Reply

Leave a Reply to faten Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *