Apa dah jadi dengan maxis / hotlink nih? (Review)

By | September 3, 2015

hotlink-maxis-review-basicfreeinternet

Maxis oh maxis. Apa dah jadi.. Apa dah jadi.. Sampai sekarang tak kawin lagi.. Apa nak jadi… ~ tiba2 menyanyi.

Korang sekarang guna penyedia telekomunikasi apa? Ni aku nak cerita pengalaman aku menggunakan perkhidmatan maxis. Dari zaman persekolahan (sekolah menengah) sampailah sekarang, agak-agak dah 8-10 tahun aku menggunakan perkhidmatan maxis/hotlink.

Masa masih belajar dulu, pelan maxis yang paling aku rasa seronok sangat ialah pelan Youth Club. Pasal tarikh luput bertahun lamanya. Tak payah nak topup selalu. Jimat duit aku. Dahlah zaman pokai masa tu. Poket sentiasa kosong je. Itu yang aku hairan. LOL.

Nak sambung cerita, masa belajar di kolej, internet bukanlah masalah sangat bagi aku pasal memang dah pakat ramai2 dengan kawan-kawan pasang streamyx kat rumah sewa. So far so good bak kata orang putih. Bila dah habis belajar, dah kerja tinggal pula sorang di bilik sewa nak guna internet memang susah betul. Wifi yang ada free kat luar pun kejap ada kejap takde signal.

Cun pula maxis mula mempromosikan pelan baru percuma internet asas. Yang mana sangat seronok aku dibuatnya. Mana tak, kalau dulu sibuk main dota, ragnarok rebirthro, sekarang Clash of clans (COC). Hohoho. Habis aku sibuk dok promosi dengan keluarga aku pasal diorang semuanya memerlukan internet. Nak pasang streamyx, tak dapat pasal apa aku lupa.

Dan sekarang hasilnya seluruh keluarga aku gunakan no.maxis kecuali kakak dan mak aku, Yang lagi 7 orang (termasuk aku) semua guna no. maxis. Dahsyat tak ? The power is in my hand. I mean from my mouth. Apa aku merepek ni hah? Ok, kembali ke cerita asal. Tapi… Tak kira macamana aku dok promosi kata kat kawan, keluarga semua maxis ni bagus ada free basic internet sampai ada juga beberapa rakan-rakan aku membeli dan menggunakan no.maxis, memang tak dapat apa pun, tak kisah. Pasal aku happy customer. 😀

Cuma maxis ni dah lebih mementingkan keuntungan semata-mata. Seolah-olah tak menghargai pelanggan. Ada sebab aku cakap macam ni. Antaranya:

  1. Pengguna lama maxis (macam aku) walaupun tukar pelan maxis free basic internet (kekal no. lama), topup macamana pun takkan dapat free call maxis to maxis macam no maxis yang baru aku beli.
  2. Takda penghargaan langsung. Balik-balik cerita kalau reload banyak ni banyak ni ko dapat bonus rm3, rm7. Sangat menyedihkan. Tu pun nak kena reload RM80-150 dan ke atas baru dapat. Seronokkan? Hampeh adalah. No improvement dari dulu sampai sekarang sama je. Lebih kurang. Lepas tu dihadkan lagi penggunaannya untuk tarikh / sms@call sahaja dan siap ada expiry date. Kedekut.
  3. Walaupun percuma internet asas, makin lama aku guna makin lambat je loadingnya. Tak macam mula-mula dulu masa pelancaran pelan baru ni.
  4. Promosi kuota internet semakin lama makin mengarut. Ada ke tulis promotion, tapi harga makin hari makin naik, kuota diturunkan. Patut tulis downgrade. Tu baru betul! Dah berapa banyak kali harga dinaikkan dan kuota diturunkan dalam tahun ni je. Memang brutal la.
  5. Dalam sebulan kadang-kala 2-3 kali signal internet hilang. Kalau seminit dua takpe. Ni tak, sampai sepanjang hari. Bila dah beli kuota jadi benda macam ni. Memang rasa nak dibakar je simkad ni. Kesian simkad, selalu jadi mangsa keadaan. LOL

Kesimpulannya, dalam bulan ni aku dah nekad nak beralih kepada penyedia telekomunikasi lain, samada magic sim (celcom) atau power prepaid pack (Umobile). Pasal rambang mata aku melihat pelan yang dijanjikan. Hohoho. Kalau korang ada cadangan boleh juga tinggalkan komen kat bawah.

P/s: Kepada syarikat telekomunikasi maxis/hotlink, jika pihak anda membaca artikel ni. Sebagai bekas pengguna setia aka happy customer (tapi tu cerita lama, sekarang ni dah unhappy). Sila perbaiki perkhidmatan yang diberikan. Jangan terlalu mengejar keuntungan, tahu la ekonomi tak stabil. Semua orang kalau nak berniaga memang nak untung, tapi jangan lupa. You are not the only telecommunications provider in Malaysia. Bila-bila masa pelanggan boleh beralih bila rasa perkhidmatan yang diberikan terlalu teruk. Tetapi, hotlink red memang satu app yang sangat memudahkan pengguna untuk akses perkhidmatan lain, pembelian promosi/kuota internet walaupun kadang2 “loading” makan masa.

P/p/s: Kalau korang yang tinggal di kawasan limbang & lawas (sarawak), sangat tak digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan maxis/hotlink. Signal memang ada (sms/call), tapi kalau internet kebanyakkan kawasan gprs je, paling seronok takde terus. Ini berdasarkan pemerhatian aku masa aku pergi beraya tahun ni 2015 di limbang – lawas. Kaciwa oh sia~bahasa sabah.

Yang benar,

Admin (unhappy customer)

One thought on “Apa dah jadi dengan maxis / hotlink nih? (Review)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *