Selamat menyambut tahun baru 2016

By | January 1, 2016

Tak terasa waktu berlalu, tup tup dah masuk tahun baru 2016. Macam-macam yang terjadi sebelum nih, yang baik, buruk, pahit manis, tapi itu cerita lama. Cerita tu sampai situ je lah ek. Wahaha. Kepada pelawat sekalian, aku ucapkan terima kasih daun keladi sebab sudi singgah kat sini.

Terima kasih sebab sudi like & komen apa je benda merepek yang aku taip dalam blog. Bila nak masuk tahun baru ni gak banyak benda kelakar yang orang sekeliling ucapkan / kongsikan. Antaranya yang paling sengal dan lawak;

  1. Bila kawan ko nak ke tandas (buang air) lagi 1-2 minit nak 12 tengah malam, pi cakap kat dia “Oi, jangan masuk dalam tandas sekarang. Kang tak pasal-pasal tahun depan baru ko keluar dari tandas tu”. Hahaha. ;D
  2. Atau waktu nak sambut tahun baru, pi kedai mamak, gerai ke. Order roti canai ke apa jam 11.59 malam. Bila order dah sampai, cakap kat pelayan tu “Ape nih? Tahun lepas order, baru sekarang sampai?” Wahahahaha. *Gelak sambil guling-guling*

Tahun baru ni juga banyak orang kongsi azam baru, nak bini barulah, kereta baru, motosikal baru, rumah baru, macam-macam nak baru. Aku? Hmmm. Aku pun tak tahu apa azam baru aku.. Hahaha. Satu benda je aku nak, jadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya dalam perkara yang baik-baik sahaja. Aminn.. ;D

Apapun, aku doakan korang semua sihat-walafiat selalu, walaupun aku tau ada di antara kita tak pernah bersemuka, kenal di fb atau blog sahaja. Ketahuilah, kerana dirimu begitu berharga. Wahaha. Giler merepek aku pun tak faham.. ;D

nuffnang-payingornot-nuffnang-earning-cashout2015

Akhir kata, aku sedang menunggu cek dari nuffnang. Bulan 2 baru dapat ni. Come on babeh.. Ada gak bajet untuk tampung kos blog untuk tahun nih. Hehehe.

Yang benar,

Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *