Makan seafoods beramai-ramai di Top spot Kuching

By | January 27, 2013

 25 Januari 2013 yang baru je lepas, bersamaan hari jumaat, malam sabtu.. Ceh… Dan hari poket penuh pasal gaji dah masuk.. Wahahaha.. Aku dan rakan2 sekerja pi makan seafood di Top Spot Kuching. Ni bukanlah kali pertama mahupun kali ke-2 aku ke sana, dah berkali2 dah. Tapi kali ke berapa aku tak ingat.

Makan free, sapa tak nak kan? Sanggup kononnya tahan lapar dari petang.Tapi, endingnya aku surrender dulu pasal dah kenyang. Hahaha.. Nak wat camane, perut ni kecik je, tak sebesar peti sejuk kat rumah korang. Rasanya, siapa yang tinggal lama di Kuching memang tau sangat tempat nih.

Tiap kali aku pergi memang sesak giler, tak pernah tak sesak. Umpama di dalam tin sardin. Makanannya memang boleh tahan  la, sedap hingga menjilat pinggan! Tapi jangan risau, aku tak jilat pinggan yang aku guna. Korang, insya’Allah. Hahaha *Gurau je.

Aku cuba jadi “cameraman”, tapi memandangkan ianya bukan bidang aku, terciptalah satu karya seni seperti yang korang boleh tengok kat bawah. Semuanya rakan sekerja di Pejabat Pos Besar Kuching. ;D

Makanseafoods-beramai-ramai-rakansekerja-pejabatposbesar-di-topspot-kuching2013

P/s: Pendek kata dari aku, puas hati la gak makan kat sini. Lagi2 bila ianya percuma. Hehehe. Korang pernah pergi tak tempat nih?  Pernah ke pernah? ;p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *