Lamanya tak kemaskini blog!

By | September 3, 2012

Lama pula aku tak kemaskini blog, nak kata malas. Hmmm.. Entahlah, mungkin gak. Nak kata tiada idea? Ade je. Aku baru je beli Pakej Eidulfitri 2012 yang ditawarkan oleh Saudara Amirol Zolkifli, salah seorang otai dalam bidang perniagaan internet.

 

mengantuk-sleepy
Belum habis download, sebab internet kat tempat aku ni asyik putus2, lambat giler lagi tu. Nak bukak facebook? Blog? Hahaha. Berjanggut menunggu loading. -.-” Ditambah dengan tekanan kerja yang entah apa2, karenah pelanggan yang bermacam ragam. Kalau aku raksasa, dah lama aku telan diorang. Hahaha (Diorang patut bersyukur aku bukan raksasa, Keh3).

Kawan baik aku, dari Limbang datang bertandang tinggal sebilik dengan aku, dia cadang nak cari kerja sementara menunggu peluang untuk ambil “Safety course”. Aku lak, entah. Dengan gaji bersih Rm1,400. Korang rasa ok ke? Aku rasa macam tak berbaloi lak. Macam tak terasa duit gaji lepas tolak makan minum, sewa, dll.

Atau, mungkin gak aku boros orangnya. Hahaha. Entahlah, nanti aku pantau2 kemana duit gaji aku habis. Adakah habis sebab makan minum, atau berjoli. Wahahaha. Merepek sungguh. Entah apa tah maksud berjoli tu, aku pun tak tahu. ;p

Setakat ni, selama aku kerja dua bulan, dah Rm500 macam tu la duit kaunter aku hilang entah pergi mana. Sakit hati aku, kena ganti sendiri dengan duit gaji. Huhuhu. Dah la, mengantuk betul. Esok nak pergi kerja lagi, bekerja selamat.

Yang benar,
Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *