Jalan kaki balik rumah sebab tertinggal bas

By | January 7, 2013

Kerja OT *over time, tu pasal tertinggal bas. Pejabat pos penuh sesak dengan pelanggan yang ingin melakukan urusan berkaitan JPJ & ASB. Letih tetapi berbaloi. Kerja walaupun ramai pelanggan, tetapi disebabkan rakan sekerja semua termasuk penyelia semuanya beri kerjasama yang baik dengan aku, senang hati bekerja. ;D

kesesakan-lalu-lintas-kuching-sarawak-2012

Takde nak pening kepala sangat kecuali bila pelanggan tanya soalan yang aku sendiri pun tak tahu nak jawab, yang tu lain cerita la. Teringat pulak aku waktu kerja sebagai sales assistant, dalam 4 bulan kot. Kerja yang diberi lain pulak, pi cuci rumah bos, mengecat, mengemas perabot, barang2. Ala2 kerja buruh, dibagi “Over time” pun gaji tak seberapa, asyik dipotong ikut suka hati bos je. Baru duduk sekejap dah kena *sound*, salah orang lain pun salah aku gak.

Waktu tu pulak kedai ada dua, satu dalam proses pembikinan, sebab tu la kitorang kena kerja ala2 buruh. Terpaksa kerja dari 7pagi-12 tengah malam gara2 disuruh menjaga pekerja2 indon yang bekerja sehingga lewat malam (ubahsuai kedai), khuatir barang hilang dicuri. Janji dua minggu siap, lepas dua minggu, janji lagi. Dua minggu lagi siap dan seterusnya. Janji hanya tinggal janji. ;D

Gaji pun sadis masa tu, kerja teruk2 dapat pun setakat Rm300+-Rm400+ ? Memang taukeh aka boss aku dulu jenis cekik orang darah nyer. Tapi takpe, sekurang2nya ada gak pengalaman kerja aku. Sebab tu la pentingnya ada pelajaran. Mak bapak suruh belajar tinggi2 supaya kita tak dipijak2, disuruh buat tu ini macam hamba. Teringat lak apa yang mak aku selalu cakap bila kitorang adik-beradik tersasul atau tersilap cakap pasal sesuatu. Mak aku selalu cakap “belajar je tinggi2 bertingkat2, tu pun tak tahu ke”.

Lebih kurang macam tu la, ala2 menyindir. Hahaha.

P/s: Aku dengar2 dari senior aku, 1 jam kerja lebih masa = Rm12. Bagi korang jumlah tu besar & berbaloi tak? ;o

Yang benar,

Admin

One thought on “Jalan kaki balik rumah sebab tertinggal bas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *