Hari ni kitorang ditugaskan untuk melaksanakan 5s. Masing-masing sudah awal-awal lagi diberikan tugasan dalam kumpulan. Aku pulak tolong senior yang menguruskan biro bekalan. Dalam erti kata lain bermulalah satu episod di mana aku didedahkan serba sedikit tugasan senior aku nih. Senang? Hahahaha.
Aku cuma mampu gelak & geleng kepala. Bagus jugak 5s ni, dalam mengemas apa bagai semua, boleh belajar memahami kesukaran tugas yang dihadapi oleh rakan sekerja yang lain. Asyik komplen pasal kerja sendiri, sekarang ni aku rasa aku patut kurangkan komplain tapi cari cara menyelesaikan atau mengurangkan masalah kerja yang dihadapi.
Tapi agak letih, sempat singgah ke MCD. Belanja rakan-rakan sekerja makan selepas selesai waktu kerja. Bukan selalu, pasal kalau selalu alamat bangkrap la aku. Terpaksa declare muflis. Hahaha.
Yang benar,
Admin