SEWA IKLAN DI...

WWW.SAHAROL.COM

Dari: Mohd Saharol
Pemilik/Penulis (www.saharol.com)

Terima kasih saya ucapkan kepada anda yang berminat untuk menyewa ruangan iklan di blog www.saharol.com ini. Ruangan ini dibuat khas untuk membantu anda dalam memilih produk / perkhidmatan yang sesuai untuk diiklankan dalam blog ini.

Hal ini kerana, tanpa kaji selidik samada iklan tersebut sesuai atau tidak, anda berkemungkinan akan membuang masa, duit dan tenaga anda. Untuk memudahkan pemahaman anda, saya berikan satu contoh mudah untuk anda.

Jika anda penjual susu kambing, dan anda beriklan di blog mengenai kereta, anda rasa akan ada orang beli susu kambing tu? Mungkin ada, jika bernasib baik. Tapi secara logiknya memang takde orang nak beli. Pasal, takde kaitan pun. Kalau jual spare-part kereta memang berebut orang nak beli. ;D

Sama juga kesnya untuk blog ini. Walaupun blog ini hanyalah blog peribadi, tetapi dengan kaji selidik yang telah dilakukan, anda boleh memilih iklan yang paling sesuai diletakkan. Lebih mudah untuk produk / perkhidmatan anda terjual. Win-Win situation.

Kaji selidik menggunakan nuffnang pool.
(screenshot diambil pada 08.09.2014)





Jika merujuk kaji selidik di atas, seramai 320 orang yang terlibat. Kebanyakkan pelawat di blog ini ialah perempuan. Tak pasti kenapa, dan jarak lingkungan umur bagi pelawat ialah 19-23 tahun yang mana hampir separuh pelawat / pembaca blog ini ialah pelajar.

Ini pula statistik pelawat ke blog ini pada tahun lepas 2014;




Saranan saya?

Iklan / blog post yang setakat ini menarik ramai pelawat untuk klik / baca ialah :
(menurut pengalaman saya sendiri dan statistik pelawat like di fb)

Download ebook, dll secara percuma.

Tutorial renew roadtax & insuran di pejabat pos

Kaedah rawatan ulser mulut.

Buat duit online melalui blog, affiliate, dll.

Cerita seram, gambar lucu, dll.

 

P/s: Maksudnya, jika anda mempunyai produk / perkhidmatan yang berkaitan dengan topik saranan di atas sangat-sangat dialukan untuk beriklan di sini. Kalau tiada, pun tak mengapa. Tetapi kurang digalakkan kerana dikhuatiri kurang mendapat sambutan.

Contoh: Produk yang paling sesuai dipromosikan ialah ubat ulser mulut seperti bonjela, atau jika anda mempunyai blog yang penuh dengan cerita / gambar seram atau lucu, juga sesuai untuk menarik lebih ramai pelawat. Atau anda ejen insuran kenderaan, pemberi khidmat runner, dll.

P/S: SILA RUJUK BAHAGIAN JENIS IKLAN & PASTIKAN ANDA MEMBACA DAN MEMAHAMI TERMA DAN SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN.


Yang benar,
Admin (www.saharol.com)


© Copyright 2015 www.saharol.com - Hakcipta terpelihara