Terma & Syarat

 Anda tertakluk dengan terma & syarat ini selagi mana anda melayari laman ini atau telahpun melakukan pembayaran untuk mendaftarkan diri sebagai ejen topup. Anda perlu tahu, pihak saya:
  1. Tidak memberi jaminan pulangan wang, setelah wang tersebut dibank-in ke akaun saya, maka dalam masa 48jam saya akan menguruskan pendaftaran anda sebagai ejen, dan memberikan panduan untuk mula berniaga topup. 
  2. Jika berlaku sebarang kesilapan sewaktu bank-in, contohnya tersilap  bank-in ke no.akaun orang lain, maka wajiblah anda merujuk dengan pihak bank. Pastikan juga anda mengisi borang pengesahan pembayaran dengan betul dan lengkap untuk memudahkan proses pendaftaran sebagai ejen.
  3. Sebarang perubahan yang dilakukan oleh syarikat ejen topup adalah diluar kemampuan saya. Anda perlu merujuk dengan pihak syarikat sendiri untuk bantuan atau jika terdapat sebarang persoalan, dll.
  4. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau komen, anda juga boleh menghubungi saya. Klik pada link hubungi saya di bahagian bawah laman ini.
  5. Ruangan terma & syarat ini akan sentiasa dikemaskini jika dirasakan perlu.
 


Rujukan :
  1. Saya  = Merujuk kepada admin (pemilik/penulis) blog ini www.saharol.com
  2. Anda = Pelawat & pembaca laman ini.
  3. Syarikat Ejen Topup = Bukan syarikat saya (admin), kerana saya hanya salah seorang ejen cuma bezanya berpangkat dealer (mempunyai kelebihan untuk mendaftarkan ejen baru).

Yang benar,
Mohd Saharol

BLOG   |   HUBUNGI SAYA

© Copyright 2014 www.saharol.com - Hakcipta Terpelihara.