Adakah anda ingin BERNIAGA?

Mempunyai modal serendah RM30.00?

 Teruskan pembacaan anda kerana perniagaan ini sesuai dilakukan oleh pelbagai peringkat umur, lebih-lebih lagi 
pelajar yang ingin mencari duit poket lebih!



Nama: Mohd Saharol

Penulis & pemilik (www.saharol.com)

Terima kasih kerana sudi meneruskan pembacaan anda Tanpa membuang masa, biar saya terangkan mengenai perniagaan ini iaitu menjual topup!

1. Handphone konfem ada kan? 

Biasanya reload / topup berapa? Saya ambil contoh diri saya sendiri. Perbelanjaan untuk topup sahaja biasanya sebanyak RM100. Ya, mungkin ada sesetengah daripada anda mungkin kata biasa atau banyaknya belanja! Tak kisahlah, masing-masing berbelanja mengikut keperluan dan kemampuan masing-masing.

Itu baru saya seorang. Dalam keluarga saya, 6 orang adik-beradik (tidak termasuk saya) + bapa saya juga pengguna handphone dan secara puratanya berbelanja RM30 sebulan setiap seorang. Maksudnya; RM100 + ( 7 x RM30 ) = RM310 dibelanjakan untuk topup sahaja setiap bulan! Dalam setahun pula ialah sebanyak RM3,720.00. Macam tak percaya je kan? Bila dikumpul banyak tu pulak jadinya. 

Jadi, sebelum saya meneruskan penerangan secara lebih terperinci tentang perniagaan ini. Saya ingin bertanya kepada anda. Pernah tak anda pergi ke mana-mana ejen atau penjual topup di luar sana untuk membeli topup dan mereka memberi anda diskaun? Contohnya untuk reload celcom RM10. Berapa yang anda perlu bayar? RM10 juga kan? Hehehe. 

Nak tak nak terpaksa la terima kerana memang realitinya begitu. Setakat ni saya sendiri pun belum pernah mendapat diskaun walaupun seposen. :D 


"Tapi, anda tahu tak jika anda mendaftar sebagai ejen topup, anda boleh beli topup dengan harga kurang dari nilai yang sepatutnya anda bayar?"

Dalam contoh ini, saya menggunakan telco celcom untuk memudahkan pemahaman anda kenapa anda perlu menjadi ejen topup. Untuk topup celcom, sebanyak 0.047% diskaun diberikan. Bermaksud, untuk RM10.00 topup celcom, anda hanya perlu membayar RM9.53 sahaja. Jimat 0.47 sen. alahai, kecilkan nilainya?

Tapi, jangan silap! Nilai 0.47 sen mungkin nampak kecil bagi anda tetapi ingat! Itu baru untuk topup Rm10. Kita ambil contoh saya dan keluarga saya, anggap sahaja kami semua pengguna telco celcom dan berbelanja sebanyak Rm310.00 untuk topup setiap bulan bermaksud.

RM100.00 x 0.047 = RM4.70

RM30.00   x 0.047 = RM1.41 x 7 (bapa + 6 adik beradik saya) = RM9.87

Jumlah keseluruhan penjimatan / keuntungan : Rm14.57 (sebulan) / RM174.84 (setahun)


Nampak tak keuntungannya? Langsung tak menganggu duit belanja untuk hal lain. Sebab suka tak suka, nak tak nak terpaksa juga topup kalau nak guna untuk menelefon, sms, beli kuota internet dll. Dan itu adalah perbelanjaan biasa setiap bulan.

Kalau diikutkan kiraan di atas, untuk topup sebulan (saya sendiri) dah tak perlu keluar modal langsung. Siap ada lebih lagi! ;D


2. Tak perlu cari pelanggan, biasanya mereka sendiri akan cari anda!

Ya, ini bukan gurauan! Walaupun memang telah tersedia perkhidmatan membeli topup secara online melalui perbankan online, namun tak semua pandai menggunakannya. Kadang-kala isi dalam bank langsung takde, dalam dompet je ada. Macam maner? Nak kena pergi bank-in dulu, takpun terpaksa pergi ke kedai untuk membeli topup!

Bayangkan anda sebagai ejen, anda juga adalah pelanggan. Lagi-lagi bagi anda yang tinggal menyewa bersama rakan sekerja, sekolej yang lain. Ini dari pengalaman saya sendiri, golongan pelajar yang paling banyak membeli topup. Sebab apa? Nak tahu tak?


Untuk menelefon @ topupkan awek/pakwe. (kebiasaannya)

Untuk melanggan caller ringtones, dan seumpamanya. (Hiburan)

Untuk menghubungi keluarga. (Biasanya ibu bapa, utk minta duit belanja. :D)

Untuk online. Dan lain-lain.
 

Jadi, kenapa tak ambil peluang sebegini? Apa yang anda rugi? Rakan anda dah tak perlu nak risau kalau terlupa beli reload/topup walaupun tengah malam, sebab dia boleh beli dengan anda sahaja. Betul tak? Guna handphone je. Anda tidak perlu bekerja penat lelah macam kat kedai makan dan seumpamanya. Bak kata orang hanya di hujung jari sahaja!

3. Siapa kata sebagai ejen kita cuma boleh jual topup?

Bukan sahaja topup anda boleh jual, pembayaran bil seperti maxis, celcom, digi, astro, redtone, syabas, unifi dan lain-lain juga boleh. Saya sendiri pun terkejut pada mulanya, ingatkan topup je boleh jual! ;D

4. Sangat mudah dan jimat!

Bagi yang pernah menjadi ejen topup untuk syarikat lain, mesti dah biasa dengan teknik jualan lama dengan cara menghantar mesej ke no.gateway secara manual. Dan setiap sms akan dicaj. Mana tak makin kecil untung dibuatnya! Cara lama ini masih boleh digunakan namun sebagai ejen, laman web khas dan aplikasi android turut disediakan untuk memudahkan jualan dilakukan tanpa caj. Asalkan ada internet! 

OH YA!! Hampir terlupa....

Bonus Di Bawah Adalah Milik Anda
Jika Anda Daftar Sekarang Juga!!!

 

Ketiga-tiga ebook di atas turut diberikan secara percuma! 

  • Operasi affiliate super - Mengajar anda cara menjana pendapatan melalui program affiliate dan cara melakukan promosi.
  • Panduan bisnes gayapos - Mengajar anda kaedah perniagaan secara pos yang biasa kita lihat pada iklan akhbar. Sangat mudah & menguntungkan!
  • Clickbank Step by Step - Mengajar anda cara menjana pendapatan melalui clickbank. 
P/s: Nilai ketiga-tiga ebook di atas ialah sebanyak RM70.00 dan anda boleh mendapatkannya secara percuma jika mendaftarkan diri sebagai ejen sekarang juga! ^_^


Apa kelebihan lain yang perlu anda tahu.

  1. Minima bank-in modal serendah RM10.00 - Saya sendiri pernah menjadi ejen topup bagi syarikat lain dan mereka hanya membenarkan saya bank-in modal serendah RM200/-. Jadi agak sukar bagi saya untuk melakukan jualan dengan modal sebanyak tu, cun pula masa tu masih belajar. Mana ada bajet. -.-"
  2. RM30 sahaja untuk mendaftar sebagai ejen - RM20 yuran (sekali seumur hidup) + RM10 modal permulaan.
  3. Panduan turut disediakan - Setelah anda berjaya didaftarkan sebagai ejen, panduan bagaimana menjalankan perniagaan topup ini akan diberikan kepada anda samada melalui whatsapp, fb, email, dll.

Kelemahan
- Tidak dapat mendaftarkan ejen lain. (Namun jangan risau, nanti saya kongsikan macamana caranya anda boleh menambah pendapatan extra!). Nantikan!

Yang benar,
Mohd Saharol

© Copyright 2014 www.saharol.com - Hakcipta Terpelihara.