Jom turut serta dalam give away ke-2 dari blog Cik Tom

By | August 12, 2012

 Jom turut serta dalam give away ke-2 dari blog Cik Tom

Hari ni cuti, jadi masa yang ada ni aku nak gunakan untuk ikut serta Giveaway ke-2 dari blog Cik Tom. Antara blogger yang tak kurang hebatnya dalam dunia blogging. Aku kenal Cik Tom pun sewaktu mengikuti pertandingan review & pengomen tegar di blog Bro Nal.

Aku taklah rajin macam orang lain selalu melawat blog Cik Tom, tetapi memang banyak artikel berguna kat sana. Sewaktu aku nak pergi temuduga kerani c2/NC1, aku memang blur habis. Maklumlah, pertama kali pergi temuduga secara formal.

inikah-yang-orang-panggil-seni-saharoldotcom

Kakak aku yang dah biasa pergi temuduga, suruh aku cari info serba sedikit pasal kerja ni, sebab menurut dia nanti sewaktu temuduga, soalan berkaitan pekerjaan yang dipohon akan ditanya. Dan, itu sememangnya benar. Cari punya cari, terjumpa pulak artikel kepunyaan Cik Tom kat google.

Artikel yang menceritakan pengalaman Cik Tom sendiri pergi temuduga jawatan kerani admin & deskripsi kerja kerani. Situasi yang Cik Tom hadapi lebih kurang je yang macam aku alami sewaktu pergi temuduga, memang disuruh perkenalkan diri dalam bahasa Inggeris. Terkial2 aku cuba menerangkan. Lama dah tak praktis.

Kang praktis depan cermin, cakap sorang2, mesti ada je yang gelakkan aku dari tepi, tak lain tak bukan adik2 aku.  Cett. Kurang asam. Bukan nak bagi semangat. Melemahkan semangat ada la. Hahaha.

Bagi korang yang nak tahu, artikel terbaik yang pernah aku tulis kat blog nih (aku rasa je la) iaitu 5 Situasi yang buat aku geram bila bercakap dengan orang. Geram tu memang geram tahap babun la, walaupun aku tak tahu tahap babun tu tinggi macamana, tapi nak buat macamana.

Kalau masa boleh direverse, takpe la. Boleh gak aku elakkan diri daripada bercakap dengan orang yang berkelakuan seperti yang aku ceritakan dalam artikel tu. Hehehe. Dah2, aku tak nak cerita panjang lebar sangat, nak kemas bilik. Pakaian pun berterabur + extra hangit sebab belum cuci.  Ades, kantoi. ;o

Artikel ini penyertaan bagi giveaway Cik Tom ditaja oleh JebengOtai, Papa Mifz, Amna, Kak Mahh, Dania Eryati, Onlajer, Nazri, Hatiputera, Eiela, Rina Avail, Akhiyy, Hafizul, Puanbee dan KeretaHitam.”

P/s: Bagi korang yang nak tutup turut serta dalam give away ni, masih sempat sebab tarikh tutup give away ni 31 Ogos 2012. Masih ada masa, tapi tu pun tengok mood Cik Tom la, mungkin gak dia akan tutup lebih awal giveaway ni. Jadi, cepat2 la korang ikut serta. Jangan tunggu lama2, nanti lama2, giveaway dah takde~ Hancur lagu orang dikerjakan aku. >_<

Klik sini untuk pergi ke artikel berkaitan giveaway ke-2 dari blog Cik Tom.

Yang benar,
Admin

2 thoughts on “Jom turut serta dalam give away ke-2 dari blog Cik Tom

  1. Pingback: Senarai Peserta Giveaways Kedua dari Blog Cik Tom - Ciktom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *