Errr.. apa itu ebuku?
Perkongsian kali ini dilakukan atas permintaan ramai oleh seorang rakan saya. Dia ingin tahu lebih lanjut tentang ebook/ebuku. Semoga dengan adanya artikel ini boleh memudahkan anda memahami hakikat sebenar apa itu ebook,dll.
Err.. Apa itu Ebuku?
Juga dikenali sebagai ebook merupakan apa-apa sahaja bahan bacaan yang boleh anda baca menggunakan alatan elektronik.
Biasanya, di dalam format apa?
Ebuku kebiasaannya di buat dalam format .pdf. Tetapi ia juga boleh didapati di dalam format lain seperti microsoft word, notepad. Bergantung kepada format yang telah penulis tetapkan.
Nama-nama ebuku yang selalu digunakan:
- Ebook - Electronik book (Dalam bahasa Inggeris)
- Buku elektronik.
Apa perbezaan antara ebukudengan buku biasa?
Terdapat banyak perbezaan yang sangat ketara di antara kedua-dua jenis buku ini. Antaranya;
- Ebuku hanya dapat dibaca menggunakan alatan elektronik seperti komputer, telefon bimbit yang mempunyai aplikasi tertentu seperti adobe reader, notepad, microsoft word.. Manakala buku biasa pula boleh dibaca tanpa menggunakan alat elektronik.
- Ebuku lebih mudah dibawa ke mana-mana kerana ia tidak mempunyai berat dalam bentuk kilo tetapi megabyte manakala buku biasa mempunyai beratnya tersendiri.
- Ebuku akan hilang/meletup musnah sekiranya tempat ianya disimpan rosak manakala buku biasa akan rosak jika terkena air, terkoyak dll.
Apa pengaruh ebuku ini dari segi perniagaan?
Dari segi perniagaan, ebuku dijadikan salah satu produk yang paling laris & sangat menguntungkan untuk dijual kepada umum menggunakan pemasaran internet.
Hal ini kerana :
- Kos menghasilkannya sekali sahaja & rendah/murah!
- Kebiasaannya dihantar menggunakan e-mail, tidak melibatkan kos penghantaran.
Contoh E-buku yang ada dijual di pasaran?
Memandangkan anda sangat berminat tentang ebook, saya sarankan anda membeli ebuku “Pakar ebook” di mana anda akan diajar langkah demi langkah bagaimana menghasilkan ebuku secara profesional & menjualnya di internet. Apa yang lebih menarik tentang ebuku ini adalah Penulisnya bukan sebarangan orang! Beliau telahpun menjana Rm100k + dengan menjual ebuku!
P/s; Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang ebook/ebuku, sila tinggalkan komen di bawah. Saya akan cuba membalas dengan secepat mungkin.
-Admin-