PENGALAMAN BERBEKAM UNTUK PERTAMA KALINYA..

By | November 12, 2017

Aku rasa korang pun selalu dengar istilah bekam @ berbekam ni. Aku dah lama dah ingin nak berbekam sebab dari apa yang aku dengar dan baca, berbekam ni ada banyak faedahnya. Bukan sekadar mengeluarkan darah kotor dalam badan, tapi banyak lagi faedah lain sebenarnya.

pengalaman-berbekam-kelebihan-keburukan-info

Dan seperti mana kita tahu, Bekam @ Hijamah adalah satu proses mengeluarkan darah kotor dari kulit, dan kaedah ini sangat digalakkan dalam ISLAM, sebabnya macam yang aku bagitau tadi bukan darah kotor je akan dikeluarkan, tetapi memberi kelebihan lain seperti:

  • Meringankan otot / badan yang kaku.
  • Menambah daya tahan tubuh.
  • Menajamkan penglihatan.
  • Menajamkan kemampuan berfikir dll.

Dipendekkan cerita aku dah pun mencubanya sendiri. Rasa takut, ragu-ragu? Tertanya-tanya sakit tak? lama tak? Macamana kaedah berbekam ni dibuat? Selesa tak? Bahagian badan mana nak dibekam ni? Haha. Macam-macam dalam kepala otak aku masa tu.

Klik Sini Untuk Miliki Peralatan Bekam Sendiri (berbekam di rumah)

But dont worry.  *tiba2 speaking* Korang tak perlu risau sangat, semuanya tak sesusah mana pun, bekam ni mudah je sebenarnya. Untuk korang yang kali pertama berbekam macam aku, biasanya disarankan berbekam pada bahagian belakang badan (tidak semestinya wajib, terpulang kepada diri sendiri), untuk membuka saluran darah, melancarkan saluran penafasan dll (ini menurut apa yang aku dengar, kalau tak silaplah *tapi kalau silap nasiblah. Haha*)

P/s: Masa bekam dibuat, bahagian sedut darah tu je rasa paling tak selesa. Sebab yelah kulit badan disedut, rasa macam korang pakai pakaian sendat / ketat, nak duduk nak baring rasa tak selesa. Macam tu la perasaannya. Oh ya, bagi korang yang tak tahu, sebelum berbekam biasanya bahagian yang dibekam akan diurut terlebih dahulu. Kalau korang penggeli macam aku ni sabar je la. Memang rasa nak gelak guling-guling. 🙂

A. BAHAGIAN BADAN UNTUK DIBEKAM

Korang boleh juga memilih bahagian badan lain seperti:

  1. Bahagian depan badan – Seperti perut (khas untuk yang mudah gastrik),
  2. Bahagian kepala – Bagi yang selalu sakit kepala, migrain.
  3. Bahagian kaki – Lebih-lebih lagi yang selalu kebas kaki atau menghidapi gaut.
  4. Bahagian anak mata  *ko nak mampus?*

B. KADAR CAJ BEKAM

Kadar caj berbeza dari apa yang aku dengar / baca dari pengalaman orang lain, ada yang kena caj RM20 per cup, ada yang caj ikut pakej macam yang aku ambik RM50 untuk 11 cup + 2 cup percuma. Lain orang, lain kedai lain caj. Macam tu la al-kisahnya. Kena selidik dahulu.

C. TEMPOH MASA BERBEKAM

Dari pengalaman aku masa tu cuma 20-30 minit macam tu je. Bergantung juga jumlah cup yang digunakan masa berbekam kot.

D. KESAN SAMPINGAN (BURUK)

  • Pening kepala selepas selesai sahaja berbekam (normal je tu jangan risau)
  • Dua tiga hari rasa letih / lemah. Lepas tu badan rasa segar.
  • Kesan tompokan lepas berbekam ambil masa seminggu untuk hilang (macam kes aku).
  • Rasa tak selesa dengan kesan tompokan, dan apabila mengerakkan bahagian badan yang dibekam terasa sakit sedikit / sengal.

E. PANTANG LARANG BEKAM

  • Hanya dibenarkan mandi selepas 2 jam selesai bekam. Pasal apa, aku luper. 😛
  • Boleh berbekam selepas dua tiga hari untuk bahagian yang sama (tidak digalakkan), sebaiknya sebulan atau tiga bulan sekali bagi bahagian yang sama.

F. WAKTU PALING SESUAI UNTUK BERBEKAM

  • Yang ni korang kena cari sendiri, sebab yang aku tahu tarikhnya memang berbeza setiap bulan. Hehe. Biasanya tukang bekam akan bagitahu korang bila tarikh yang sesuai. Tapi tak semestinya korang datang pada hari tu je, hari-hari lain boleh je takde masalah.
  • Sebaiknya datang berbekam apabila ada keperluan (sakit), kalau suka-suka tak digalak. Macam aku sendiri selalu rasa sengal-sengal badan. Pasni mungkin nak bekam bahagian kaki sebab selalu rasa kebas.

Sebelum aku terlupa, bagi perempuan yang nak berbekam khasnya, jangan takut jangan khuatir itu kentut bukan petir, ada je tukang bekam perempuan, tak perlu risau sangat.

 

Rujukan :

  1. https://uwoholistik.wordpress.com/waktu-terbaik-untuk-berbekam-tahun-2011m-1432-h/
  2. My own experience. speaking lagi tetiba. 

Bagi korang yang berminat untuk dapatkan peralatan bekam sendiri, boleh dapatkannya di sini: Peralatan Bekam. Sekarang semua boleh buat kat rumah je. Tak perlu keluar bajet setiap kali berbekam. 🙂

 

Yang benar,

Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *