Tips temuduga kerja kerani pejabat pos!

By | February 22, 2013

Disebabkan ramai peminat yang nak sangat tips temuduga kerja kerani pejabat pos, aku usaha la google serba sedikit pengalaman orang lain yang pergi temuduga untuk jawatan kerani pos tapi jumpa seketul je. Soalan2 yang ditanyakan ada yang sama je, ada juga yang berbeza. Waktu aku temuduga dulu, memang sama je la diorang tanya pasal latar belakang, kelemahan & kelebihan diri, kenapa patut diorang tawarkan pekerjaan ni kat aku berbanding orang lain.

tips-temuduga-kerja-keraniposmalaysiaberhad

Pastu, tak cukup tu diorang tanya aku soalan yang berbentuk situasi, cara menangani masalah yang timbul contohnya, diorang suruh bayangkan aku penyelia atau ketua pos, pekerja waktu tu tak cukup tangan, pelanggan pulak ramai dah mula komplen pasal menunggu terlalu lama, apa yang aku perlu buat? Aku dengan yakin tahap tinggi gunung santubong cakap pi la tolong buat kerja jugak depan kaunter. Bla.bla.bla..

Yang ni pulak pengalaman salah seorang blogger sewaktu pergi temuduga/interview untuk jawatan kerani pos. Kita panggil akak Elly je la senang citer. Aku kopi & pasta je dari : http://sayepunyerciter.blogspot.com/2012/10/interview-jawatan-kosong.html

Interview Jawatan Kosong

Assalamualaikum =)Alhamdulillah semalam selamat menjalani temuduga yang sangat ohsem ye, ohsem sangat. =.=Macam biasa,setiap kali ada interview kerja memang ayah yang hantar. Memang rasa disayang sayang sejak kakak dah kawen. hikhik*pause*sambung cerita

semalam temuduga kerja kosong dekat Pos Malaysia Berhad. tempat temuduga dekat Dayabumi Complex, memang besar lah tempat dia kan. sampai aku sesat dalam bangunan tu sendiri,kihkih

ok nak cerita pengalaman semalam. temuduga tu ada DUA PERINGKAT. Di ulang. dua peringkat.

peringkat pertama :
1st test adalah test komputer.dia bagi 3 task untuk kau selesaikan dalam masa SETENGAH JAM .ye diulang lagi sekali. setengah jam. oh jangan cuak. 3task itu sangat senang bagi mereka yang sangat pro dalam kerja2 kerani.and paling penting yang terel bahasa english.

task number 1 dia suruh buat satu essay menggunakan microsoft word. semalam aku dapat essay “Journey To Pos Malaysia” minimum 100 patah perkataan. buat dua paragraph.double spacing and so on. bla bla blaaaa.

task number 2 dia suruh guna microsoft excel. dia ada bagi satu jadual,and kena tiru bulat bulat seperti yang ditunjukkan. see ? tak susahkan =p

task yang terakhir dia suruh guna microsoft power point. dia suruh buat dua slides tulis pos Malaysia dengan dia punya objectives. oh jangna risau. objectives tu memang dia dah siapkan sekali.kita cuma perlu tiru ayat dia dan ubah ikot kreativiti nak tulis macam mana.

SENANG KAN ? -____-susah wei kalau time tengah nervous. dengan nak buat essay nya. memang rasa nak bunuh orang yang buat soalan tu je.hahah
Peringkat 2 : ok peringkat kedua ni lah kena temuduga dengan org Pos.ok nak kongsi soalan soalan yang selalu ditanya.

Ceritakan latar belakang anda.

Latar belakang ni maksudnya dia suruh korang bagitahu dia nama,umur,asal, keluarga,pendidikan dan pekerjaan terakhir.

apakah kelebihan/kelemahan anda

semalam aku dapat soalan apa kelemahan aku. and aku just beritahu aku tak boleh kena tegur,tapi tegur elok2 insyaAllah boleh.hikhik.

beri satu nama menteri kabinet.

ok soalan ni aku gantung diri.oleh kerana dah lama tak tengok tv.asyik tgk youtube running man je so aku jawab TAK INGAT =.= gila teruk. aku ingat sammy velu sorang je. tapi apakan daya dia dah tak jadi menteri kabinet. hHAHAH.

ni antara soalan yang ditanya kepada aku semalam. selebihnya lebih banyak berborak dengan orang tu.sebab dorang sangat peramah. hensem dan cantik belaka,hoho, oh soalan menteri kabinet dia tanya kat aku sebab dia kata anak polis mesti tahu. haha maaf saya tak amik port tentang menteri. =p

insyaAllah kalau ada rezeki dapat lah. kalau tak dapat,mintak mintak dapt jugak lah.hikhik. oh sorryy tak warning awal awal ni entry panjang. btw terima kasih sudi baca. Tata !

P/s: Aku harap ianya dapat membantu walaupun tak banyak, tapi sekurang2nya korang bolehlah kurangkan tekanan nak pergi temuduga untuk jawatan ni. Ya, aku tahu perasaan korang. Pergi temuduga ni macam nak pi perang, tak pun macam orang nak ambil EXAM SPM. Tak gitu? ;D Macam kawan aku cakap “hidup sogan, mampus tak mahu” *mende aku merapu ni*.

P/s/s: Beza aku ngan kak Elly ni, aku ditemuduga terlebih dahulu sebelum disuruh mengambil ujian komputer, taip menaip. Lagi satu tips aku untuk korang, walau apapun soalan yang ditanya & korang betul2 blur tahap cipan, jangan kata tak tahu atau diam mahupun geleng kepala. Lebih baik korang berusaha memberikan jawapan walaupun jawapan tu tak betul atau kelakar, contoh orang yang menemuduga korang meminta korang berikan nama salah seorang pihak atasan Pos Malaysia Berhad (orang penting la), jawab je la Pak Mat Melur, Kak Siti Nurhaliza ke, Amitabh bachan. Pandai2 korang la. *Study sendiri*

Sebab memberi respon itu penting, nampak sikit korang berusaha nak menjawab soalan & serius dengan jawatan yang dipohon. *Tapi serius la, jangan la dengan selamba cakap Pak Mat Melur, tu nak mampus ke apa? Contoh je kat atas tu* Aku pun pernah disuruh ceritakan apa yang aku tahu pasal Pos Malaysia Berhad, aku jawab je la bla.bla.bla. Ingatkan betul, sekali penemuduga tu pun terangkan kat aku. Sebenarnya, bla.bla.bla. Nak je aku gelak masa tu pasal jawapan aku berikan 100% tersasar. Kah3. Takpe2. Kiter2 je tahu.

Yang benar,

Admin

90 thoughts on “Tips temuduga kerja kerani pejabat pos!

  1. saharol Post author

    Lupa pulak nak bagitau, waktu aku disuruh memberikan sebab kenapa diorang patut ambil aku bekerja. Aku pi la jawab, aku ni minat hal2 perniagaan. Aku ingin belajar sendiri cara berdepan dengan pelanggan pasal kalau nak berniaga, memang tak dapat lari dari terpaksa berdepan juga dengan pelanggan. Selain tu, aku pun ada cerita gak, aku ni blogger, dan kira tau jugak la promosikan sesuatu/produk. Aku rasa dah tercapai kot Rm1k lebih dari internet. Tapi semua dah aku belanjakan. Wakakaka. ;D

    Lagi, al-maklum la Pos Malaysia ada macam2 perkhidmatan & produk, jadi rasanya aku boleh membantu melariskan kot produk atau berkongsi info pasal urusan2 di pejabat pos. Supaya lebih ramai orang mai ke Pejabat pos. Hohoho. Tu je kot.

    P/s: Pendek kata, cakap la apa aja yang menunjukkan korang benar2 berminat dengan jawatan kerani pos dan bagitau je apa kelebihan korang yang korang rasa boleh membantu memajukan Pos Malaysia. Pasal, kerani sekarang tak leh duduk setakat ambil urusan je, kena belajar promosi produk/perkhidmatan, pandai menarik perhatian pelanggan dll.

    Reply
    1. xiennelee

      Kerja ni kalau posting kerja memang dapat kat negeri tempat interview tu ke orang ke campak seluruh malaysia

      Reply
      1. saharol Post author

        @xiennelee, biasanya ikut kekosongan jawatan. Misalnya, tempat interview di Pulau Pinang, tapi kekosongan kat KL. Jadi ada kemungkinan kena bertugas kat KL.

        Reply
    2. saharol Post author

      Lagi, bagi yang nak tahu. Kerja depan kaunter ni tak semudah yang korang sangka. Jangan terkejut beruk bila dah mula bekerja lagi-lagi 3 bulan pertama hingga 6 bulan. sebab first impression kalau korang tengok dari luar sebagai pelanggan nampak kacang je kerja kerani ni, tunggu korang dah kerja nanti. Tertekan sebab banyak benda nak kena belajar, ingat, nak layan karenah pelanggan. Tapi, chill out. Sebab aku dah rasa dulu. Wahahaha 😀

      Reply
    3. Mieza

      As salam.. hai saharol.. slmt berpuase☺
      Sorry..nk tnye sikit ni.. klu open intv utk Kerani (warehouse) pos m’sia klia , soaln2 mcm yg u bgi tips tu ke.. n ade 2 section?

      Reply
      1. admin (saharol) Post author

        @Mieza, wkslm. Selamat berpuasa juga. Tak pasti pulak, sebab setakat ni dengar dari pengalaman kawan-kawan yang baru join service, ada yang cakap santai2 je macam jumpa kawan masa interview, hahaha. Tapi, sebaiknya buat persediaan je, tak susah mana. Jangan risau. Boleh godek2 maklumat mengenai POS M’sia Berhad kat pos.com.my

        Cuma jangan kata tak tahu atau diam masa ditemuduga, jawab je. Salah betul belakang kira, yang diorang nak tengok respon kita macamana. Itu yang penting, bila disuruh cerita tentang diri sendiri, fokus pada kelebihan yang ada pada diri, contohnya ada kereta/motosikal sendiri untuk pengangkutan sebab kerja dengan Pos M’sia ni selalu tukar2 pejabat. Pastu kemahiran contoh pakar dalam menggunakan microsoft word, akaun, dll yang mana rasanya boleh membantu melancarkan operasi.

        Tu je la kot. ;D

        Reply
  2. Siti

    Hai shahrol nk tye..task 1 tue..kite kne krg sendiri ke esei tue..atau dorg siap bg..lpstu kita taip..tq

    Reply
    1. saharol Post author

      @siti, rasanya kena bagi je. Cuma perlu taip balik.

      Reply
      1. Siti

        Oh yker so kita retaip blik ek..hee
        …so skrg shahrol dh dpt kjer ke..

        Reply
          1. Siti

            Ohh..shahrol dpt peneptn kt mne ye..coz next interview ni dkt Klia…sush tk interview..ader kne speak B.I tak..heee..gaji pulk cmner yer..tqvm kongsi…

          2. Siti

            Shahrol sory Tnye lg..ape kmudhn yg diberikan ye jika kita dpt kje tue.tqvm..please share..tq2

          3. saharol Post author

            @Siti, dari segi kemudahan.. Hmm.. kadang2 macam aritu ada promosi jualan setem, kitorang boleh dapat harga diskaun 50%. Ni memang berita baik la bagi yang suka kumpul setem. Selain tu, dari segi kemudahan medical, ada diberikan kad pm care. Boleh dapatkan perkhidmatan di klinik yang menerima kad tersebut jika sakit, dll. Banyak kelebihan lain sebenarnya, insentif jualan insurans, dinner, kursus serta sijil diberikan percuma, dll.

            Kalau dari segi work experiences, macam saya dulu waktu kali pertama masuk bekerja, saham, insuran kenderaan dan nyawa, bil2, dll semua benda tak tahu. Memang blur giler. Bila dah kerja ni banyak benda kita tahu, macam urusan JPJ. Walaupun kita tak kerja dengan JPJ, tapi kita tau bagaimana urusan perbaharui cukai jalan dan lesen dilakukan. Begitu juga dengan saham. Insurans. Jadi, kalau nak buat perbandingan dari segi harga insuran kenderaan untuk ahli keluarga, sanak saudara, senang la. Bukan tu saja, boleh elak dari diri ditipu dan dapat berjimat. Bolehlah guna duit lebih untuk pergi berjoli ataupun belanja saya makan. Haha ;D

            Nak bayar bil, hantar barang, buat insuran, renew lesen, kemaskini buku saham semua senang je. Tak payah nak ke hulu mahupun ke hilir, semua buat je kat sana. Jimat minyak kereta, motosikal. Hehe. Apa lagi ek.. Pendek kata banyak benefits la. Apapun, gud luck sewaktu interview nanti.

          4. Siti

            Oh yker..shahrol peneptn kjer dimana ye..atau shahrol bolh bgi email add..bleh tyer byk..coz sy Lau dpt peneptn di sepang..mner nk duduk..huwa.n lps tue after interview brpe lme pulk dia bgitau whether past or faile..tqvm still blurr..hee

  3. ayu

    hai shahrol nak tanye mase time intrview tu bnyk speaking ke???or cmpur2??

    Reply
    1. saharol Post author

      @ayu, waktu saya kena interview disuruh speaking sikit. Kemudian, disuruh cakap je dalam BM. Tapi ada rakan sekerja yang baru2 ni diambil bekerja tak kena pulak. Ikut nasib la kot siapa yg interview korang. ;D

      Reply
  4. aku pian

    assalam. kau punya entry sangat mengimbau kenangan aku bersama POS malaysia. sejujurnya, aku pernah interview di pos daya bumi ni pada mei 2007 dan terima tawaran sebulan selepas itu. aku mulakan kerja pada jun 2007. oleh sebab aku punya markah interview top 4 maka aku dan tiga lagi rakan2 ditempatkan di unit berlainan bukan kaunter. aku duduk di unit MPC. sekarang yg aku tahu MPC dah bubar. aku cuma bekerja selama 4 bulan sahaja kerana aku dapat offer gov plak. aku memang suka makan kat kantin POS pasal murah dan berpatutan dengan gaji pokok masa tu adalah Rm 720 + elaun perumahan Rm 120.

    Reply
  5. MissMila

    Hye Saharol .. bagus sgt tips ni .. nak tanya sama tak kalau temuduga untuk jawatan kerani poslaju malaysia ?
    Terima kasih 🙂

    Reply
    1. saharol Post author

      @MissMila, rasanya tak jauh beza. Cuma dari segi tugas je la berbeza sedikit. Poslaju takde yang ambil bil apa semua. Semuanya fokus kepada penghantaran barang termasuk parcel. Dan ada gak menjual produk seperti pos ekspres, dll. Kena tanya orang yang betul-betul kerja sebagai kerani poslaju untuk tahu lebih lanjut. ;D

      Reply
  6. nokni

    salam.. saya nak g temuduga terbuka untuk kerani pos laju..
    saya nak tanya untuk temuduga pos laju pn ada 2 peringkat juga ke?

    Reply
      1. asnawi

        slm saya nak temuduga operator gudang dpos laju, apakah anda boleh membantu terutama sekali apa tugas tugas operasi gudang tq

        Reply
        1. saharol Post author

          @asnawi, wkslm. Menurut senior saya sendiri, tugas operasi gudang ni melibatkan kerja menjaga stok, mengagih dan seumpamanya. Maaf, saya takde deskripsi penuh untuk tugas operasi gudang. Pengalaman pun takde. Apapun, semoga berjaya. ;D

          Reply
    1. Anne

      Hai… nk tnya…intrview dulu,bm ke english? Apa soalan yg ditanya?? Ada 2 peringkat jgk ke?

      Reply
  7. noor izzah

    assalamualaikum. saya izzah dari Sabah. Nak tanya, jika untuk temuduga terbuka pula, ada ka ujian berperingkat itu atau hanya temuduga sahaja memandangkan bilangan yang datang untuk ditemuduga agak tinggi nanti. terima kasih.

    Reply
    1. saharol Post author

      @noor izzah, wkslm. Setau sia teda ujian berperingkat, sekadar temuduga ja. Kalau semalam kat kuching, diorang cuma buat dua bahagian. Hantar resume dan yang layak saja baru dibenarkan ditemuduga. Apapun, cuba ja. Mana tau dapat kerja yang dipohon. Buleh ba kalau kau.

      P/s: Good luck! 🙂

      Reply
      1. noor izzah

        Lancar writing sabahan ya. Oh, begitu. Saya ada cuba call JMC KK tapi line busy. Then, kelmarin tetiba JMC kata kena isi online di website JobsMalaysia tapi beritahu sebab apa. Nak mengamuk orang-orang yang tanya sebab nak tahu temuduga masih jalan ka tak. Rasa-rasanya kena terus terang tak beritahu ada degree sebab past interview mesti kena tanya soalan itu masa interview jawatan spm. anyway aramaiti! 🙂

        Reply
  8. amelia

    esok ada temu duga kat pos malaysia… now blur sesagat… sebb terima pagilan di suruh hadirkan diri.. x tahu untuk jawatan apa… ermmm ape nak buat ni, tolong saya

    Reply
  9. aznur

    Bsok dpat tmuduga dkat pjabat pos kuantan…debar plak rasanya hope baik-baik saja…doakan saya…:):):):)

    Reply
    1. saharol Post author

      @aznur, maaf lambat sangat reply. Semoga berjaya mendapat jawatan yang ditemuduga.;D

      Reply
  10. eta

    salam saharol, nk tnya kerani di unit setem mcm mna ek….isnin kna p interview dkt kl blurrr….blh bgi info x cikit2

    Reply
    1. saharol Post author

      @eta, wkslm. Biasanya kerani kaunter bahagian setem menguruskan pembelian setem biasa dan setem hasil, mengambil pesanan kerajaan *LPO* untuk pembelian setem, mengurus dan menjual sampul surat hari pertama *biasanya di pejabat pos besar sahaja*, pos daftar dan paket kecil.

      Reply
  11. kaybee boyz

    hai shahrol saya dapat temuduga 24 disember ni d kota bharu… so just nak tahu kadar gaji sekarang dan elaun yg disediakan.. kalau sy dapat job ni… and then ada peluang tak nak dapat jawatan lain dlm pos malaysia kalau kita ada certificate such as dip or deg dlm bidang pengurusan pejabat….

    Reply
  12. Anne

    haii saharol .. kalo intrview utk kerani pjbat pos mini sahaja mcm mna . ttap sma kha proses dia??

    Reply
  13. amani

    Salam shahrol.. nak tanye ujian kmputer mcm tulis essay tu.. kne buat sndri ke atau die bgi? trse neves plakk.. dh la BI pn cukup2 makan jerr.. ?? skadr mencube nsib je.. aduhh

    Reply
      1. amani

        Terima kasih shahrol myakinkan sye…. harap2 ade rezeki saye… amin..

        Reply
      2. amani

        Shahrol.. boleh sye mintak soalan bocor x? ??? kalau di tnye.. ape yg anda thu tentang kerani pos malaysia ?? hehee.. ape yg ptut sye jawab spye boleh myakin kn dyorg ea??

        Reply
        1. admin (saharol) Post author

          @amani, kerja kerani kaunter (NC1) ni melibatkan kerja frontier / barisan hadapan. Peranan kerani kaunter ni cukup besar dalam memastikan operasi berjalan dengan lancar, dan perkhidmatan yang diberikan mampu melahirkan rasa kepuasan maksimum di hati pelanggan dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

          Sebab tu;

          1. Ianya satu kelebihan bagi yang mempunyai pengalaman / kemahiran dalam berhadapan dengan pelanggan, fasih dalam beberapa bahasa sekurang-kurangnya BM & BI, dan kemahiran asas dalam penggunaan teknologi seperti komputer. Kerja menjadi lebih cekap, cepat dan lancar..

          2. Dalam pekerjaan yang melibatkan “face to face” dengan pelanggan, basic courtesy front linear (BCFL) perlu diamalkan. Ianya merupakan adab yang perlu dijaga, diamalkan sepanjang masa untuk membuatkan pelanggan rasa dihormati dan kedatangannya ke pejabat POS dihargai dan dialu-alukan, serta menjaga hati mereka agar terus menggunakan perkhidmatan POS M’sia Berhad di masa akan datang. BCFL melibatkan perkara yang biasa diajar dalam moral / agama seperti mengucapkan selamat datang, memberi salam dan senyuman, memberi / mengajar pelanggan cara urusniaga dilakukan dan mengucapkan terima kasih / datang lagi selepas urusniaga selesai.

          3. Sebagai petugas kaunter, sikap mudah untuk bekerjasama dalam pasukan sangat penting dalam melancarkan operasi syarikat. Tinggalkan sikap pentingkan diri kerana ianya akan mengundang masalah di tempat kerja.

          4. Tahap kesabaran kena tinggi kerana tugas melayan karenah pelanggan bukan sesuatu yang mudah, kadang-kala rasa menjengkelkan, tetapi jangan lupa, ada sebab kelakuan mereka sebegitu rupa. Mungkin hari tersebut tidak begitu baik untuk mereka, seperti baru dimarah bos, terpaksa menunggu lama untuk urusan yang semudah membeli setem sekeping. Bayangkan diri anda ditempat mereka, anda akan rasa apa yang mereka rasakan. Dan perlu ingat, pelanggan tidak faham kenapa prosedur yang ada kalanya dirasakan terlalu bodoh atau membuang masa, ada tujuan disebalik pelaksanaannya.

          Sebagai contoh, bagi pejabat pos yang menggunakan sistem QMS (no.giliran), pelanggan hairan kenapa perlu ambil no.giliran sedangkan tiada pelanggan lain pada waktu tersebut. Tujuannya, sebaik sahaja no.giliran diambil, mesin akan mengira masa yang diambil oleh kerani kaunter untuk memanggil no. pelanggan tersebut, berapa lama masa yang diambil untuk menyelesaikan urusan pelanggan sebelum no.giliran seterusnya dipanggil dan berapa ramai pelanggan berurusan pada hari tersebut.

          Fungsinya, untuk memastikan / memerhati kecekapan petugas kaunter dalam menyelesaikan urusan, dan untuk tujuan promosi bila masa yang sesuai untuk mempromosikan produk tertentu, serta mengelakkan masa menunggu yang terlalu lama bagi setiap pelanggan (untuk menjaga kepuasan hati pelanggan), lagi cepat selesai urusan, lebih bagus.

          5. Budi bicara / multi tasking – Seperti yang dinyatakan (no.4), petugas kaunter perlu ada budi bicara sewaktu berurusan dengan pelanggan, contohnya, jika ada pelanggan hendak membeli sekeping setem, boleh juga menjualnya tanpa perlu pelanggan tersebut mengambil no.giliran, tetapi lihat keadaan pada waktu tersebut. Sentiasa utamakan pelanggan orang tua (yang kelihatan uzur), berkerusi roda, pelanggan hamil dan yang membawa bayi. Contoh, sambil menunggu roadtax sedang diprint, boleh memberikan borang pada pelanggan yang memerlukan, atau menjawab soalan pelanggan lain. Melakukan urusniaga untuk pelanggan yang sarat mengandung tanpa perlu menunggu giliran, dll. Sebab tu kerjasama dalam pasukan sangat penting.

          Itu jelah kot. Ni yang aku belajar dari pengalaman. Harap membantu, rasanya lebih kurang sama je dengan pekerjaan frontier yang lain. KNOWLEDGE IS POWER. ;D

          Reply
  14. leya

    as salam..sharul nk tnya utk mohon job ne kna sertakan cover letter skli kew..sjil3 yg d mntk cuma spm jew..perlu ke yg diplma smua…tq

    Reply
  15. Ekin

    Hai salam saharol?Saya dapat iv pos malaysia pada 27.2.2017 ni, yang temuduga guna computer tu, skrg pun still ada ke? Kena buat essay tu dia bagi or kita ke reka?
    And, interview dalam english or malay?

    *harap sudi reply* urgent!!

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Ekin, wkslm. Tak pasti. Sebab tu semua bergantung kepada HQ. Ada yang kena, ada yang tak. Apa-apa buat je persediaan. Essay biasanya dia bagi tinggal kita taip semula. Bahasa, bergantung kepada penemuduga tersebut. Semoga berjaya! ;D

      Reply
      1. Ekin

        Apa je soalan yg diorg tanya pasal pos malaysia dulu eh? Reply pls??? esok 27 dahhh???

        Reply
    2. Anne

      Salam…. boleh x nk tahu lanjutan psal intrview hari tu?? Masih mengekalkan menaip essay atau tidak? Intrview bm atau english??

      Reply
  16. deeba

    hai assalam, haritu saya dapat panggilan temuduga 13hb nanti tapi tak diberitahu jawatan apa. Kalau penemuduga tu tanya skop kerja, saya nak jawab apaaa. wuwuuwuwu. Btw, thanks! banyak info saya dapat disini.

    Reply
  17. Khairul

    Saharol nk tya bpa lama kptusan temuduga dari tarikh kita dh ditemudga?

    Reply
      1. MuhdFaizIsmail

        SALAM ..Saharol . nak tanya .. pos yg bawak van kecik tu kurier ye? kalau takde lesen GDL boleh mohon tak? saudara Saharol kerja pos mana ye?

        Reply
        1. admin (saharol) Post author

          @MuhdFaizIsmail, wkslm. Rasanya boleh kot asalkan ada kekosongan. Tapi kalau ada lesen GDL biasanya diorang bagi keutamaan.

          Reply
      2. Azie

        Nak tanye saya dah pos lepas iv kerani pos mnggu lpas, skrg ni kalau nak tahu keputusan macam mana ye? ada ke no telfon yg boleh kita contact?

        Reply
  18. Tan siew yen

    Slmt petang saharol…minggu depan ni nak interview pos malaysia dah dekat kota kinabalu..nak tanya, berapa org yg akan interview kita? Pastu ujian menaip tu akan ada org yg tgk jg ke? Berdebar2 la rasanya…hantar resume je hari tu, tak sangka lak kena panggil interview..huhuhu..lepas tu, kerani pos ni jawatan tetap ke kontrak saja?

    Reply
  19. ery

    hai bro. Ahad ni ery ada interview sebagai kerana pos malaysia. Biasanya kalau interview sebagai kerani pos, akan ditanya pasal apa ya?

    Reply
    1. zue

      ery, mcm mana inteview? sy pun dpt tp esok 21/5 inteview

      Reply
  20. NURUL

    hai.. saya nak tanya berapa lama nak tunggu tempos keputusan temuduga pejabat pos yea? TQ..

    Reply
  21. Husna

    Nak tanya, berapa lama nak tunggu dia bagi jawapan lepas interview ye?

    Reply
  22. siti

    Nak Tanya bulan lima lepas.saya pergi interview dah kerani pos.kawan2 ckap masa dalam dua minggu dyeorg akan kol.tapi sekarang xdgar pun.kalau xdapat dyeorg akan hantar Surat bila? Selepas interview

    Reply
      1. shahmi rushid

        nak tnya sikit..nak mintak pos kita walkin terus ke pejabatpos ke?.atau kene tggu diorang buat interview kerja baru boleh ke pejabat pos.tq

        Reply
  23. shahmi rushid

    nak tnya sikit..macam mana nak mintak posmalaysia?kita walkin terus ke pejabat ke? atau pon tggu diorang buat interview? tq

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @shahmi & @Fitriya, wkslm.

      Biasanya interview. Hantar resume apabila ada notis jawatan kosong, kemudian dipanggil temuduga jika layak.

      Reply
  24. naim

    hai bro..mau tanya la, pos ni dia pakai sistem apa ek..x silap sy sekarang dua sistem kan… PANTAS dan apa satu lagi sy x ingat…awk tau x apa nama panjang dua sistem tu?thanks bro…

    Reply
  25. Fazilah

    Assalamualaikum, sy dpt tawaran iv untuk kerani kaunter pos arrahnu.. Sama tak dgn kerani pos malaysia? Sy kurang tahu skop kerja. Mohon trgkan ?

    Reply
  26. mieraaa

    hi saya nak tanya la. sekirannya takad spm. just ad pmr je. dorang amek ke? untuk kerani poslaju

    Reply
  27. Catriona Medina

    Hi. Saya baru lepasan degree in business admin boleh tak minta sebagai kerani di pos office. Bila tgk kelayakan, dorng nak spm dan yg setaraf dgnnya. Tq.

    Reply
  28. jaa

    hi admin..saya dapat interview untuk SL1M di pos malaysia..soalan saya, interview in english or can use bm?? what question they will ask for SL1M candidate?? i hope u can reply my question..t.q very much..

    Reply

Leave a Reply to admin (saharol) Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *