Tutorial perbaharui insuran kenderaan / motosikal di pejabat pos!

By | February 26, 2013

 

Pasal ramai yang bingung dan pening kepala bab2 insuran termasuk aku, Wahahaha.

Ni nak habaq sikit cara korang nak renew insuran kenderaan korang kat pejabat pos.

Pertama korang perlu tahu di Pos Malaysia terdapat 14 buah syarikat insuran kenderaan seperti Etiqa Takaful, Takaful Malaysia, Zurich Takaful, Zurich General, Allianz, MPI Generali, RHB dll.

compare_the_market_car_insurance5-tutorial-renew-insurans

Kedua, untuk perbaharui insuran kenderaan ni senang aje. Pastikan korang bawa polisi insuran lama kenderaan / motosikal korang. Kalau takde atas sebab hilang atau tak ingat mana dah, kena culik oleh tikus ratatuile kot. Tok sah pening kepala, boleh je renew insuran. Bawa jugak geran/ green card korang. Dah tu, pi la tanya kerani yang bertugas, bagitau yang korang nak renew insuran. Kalau disuruh ambil no.giliran, ambil, jangan tak ambil. Kalau tak ambil, korang aku jual. Wakakakaka

Kemudian, bagitau insuran mana yang korang nakkan. Pastikan korang faham betul2 bahagian pertama kat atas tu. Sebab bukan semua syarikat insuran akan terima permohonan perbaharui insuran kenderaan korang. Ia bergantung pada umur kenderaan & jenis insuran yang korang nakkan samada 1st party atau 3rd party atau 3rd party (fire & theft).

Biasanya, benda yang akan ditanya oleh kerani ialah berapa nilai yang ingin diinsuranskan, alamat korang *masih guna alamat sama atau tidak*, no.telefon korang *Pasal no.telefon ni, aku sangat2 sarankan korang bagi pasal kalau ada sebarang perubahan & lain2, senang pihak syarikat insuran hubungi korang* dan samada korang nak tambah PA atau tidak.

Kalau ada sebarang penambahan dari segi perlindungan korang tanya la kerani yang bertugas, tapi korang kena faham la, lagi extra pulus la kena keluarkan. Ada juga kura-kura ura-ura yang mengatakan yang harga insuran kenderaan/motosikal lebih mahal jika diperbaharui di pejabat pos berbanding renew dengan ejen luar. As far as I know, “pergghh..cakap oang putih..,” sama je harganya. Bahkan, jauh lebih bagus korang renew terus kat pejabat pos, boleh renew roadtax terus. Nanti aku ceritakan di artikel yang akan mai.

Pasal, ramai sangat dah komplen pasal renew insurans kat luar. Banyak masalah. Songehnya many2. Dah tu, aku pula yang kena marah oleh pelanggan masa dia nak renew roadtax. Pasal apa? Pasal insuran dia bermasalah. Entah apa dosa aku? ok, fine. Aku ngaku selama aku hidup dalam dunia ni memang banyak dosa. *Mende aku merepek ni*. Balik ke topik asal.

Nanti ada masa aku kongsi pulak serba sedikit pasal insuran kenderaan yang aku faham, contohnya sum insured, apa tu 1st party, 3rd party, dll. Pasal, aku pun tak berapa nak faham sangat. Kereta pun aku takde, setakat kereta dalam game laptop tu, insya’Allah. Wahahaha ;p

Sedikit tambahan:

  1. Di pejabat pos, insuran hanya boleh diperbaharui setahun sahaja. bagi kes yang tidak cukup insuran, korang kena pergi ke syarikat insuran yang korang ambil. Kalau tak tahu, cuba tanya kerani yang bertugas. Mungkin diorang tahu. Mungkin aa. Aku pun tak tahu. ;p
  2. Bagi kes insuran masih belum online/masuk dalam sistem JPJ, dan roadtax korang masih tak dapat direnew, korang kena jugak rujuk balik ejen penjual insuran (tempat di mana korang beli insuran tu, minta diorang tolong selesaikan & lakukan pembetulan jika ada kesilapan).
  3. Boleh je kalau korang tolong renew insurans kereta orang lain. Takde masalah.

P/s: Sila rujuk otai2 bab insurans untuk maklumat lebih lengkap, padat dan muktahir. Sekian, sama-sama. *Maksud aku, terima kasih* dan wabilahitaufiq, walhidayah, wassalamuaikum, warahmatullahi, wabarakatuh. Chalo betty. Mungkin korang berminat nak baca pasal apa itu insuran? klik link bawah ni!

*http://bubu-babah.blogspot.com/2012/10/apa-yang-anda-perlu-tahu-pasal-insuran.html*

Yang benar,

Admin

79 thoughts on “Tutorial perbaharui insuran kenderaan / motosikal di pejabat pos!

  1. Pingback: Tutorial renew roadtax / perbaharui cukai jalan di pejabat pos | Belajar Blogging & Niaga Online

  2. nur

    bagusnya!!! suka entri ni dan roadtax tu..bagus bagi org yg baru nak dewasa dan berdikari ni. nak renew roadtax pun kena google nak tny org nanti org kata yg tu pun hang tak tau..

    Reply
  3. zul

    mcm mana kalau owner dh meninggal? klu nk renew mcm biasa kt pejabat pos boleh? tp still guna nama owner sbb kenderaan belum pindah milik.. nk buat yg setahun atau setengah tahun? tq..

    Reply
    1. saharol Post author

      @zul, bagi owner yang dah meninggal dunia, biasanya kalau nak renew roadtax cuma dapat buat setengah tahun sebab sistem dah memang diset macam tu. Kat pejabat pos lak untuk insuran tak dapat renew setengah tahun, kena renew kat luar la jawabnya. Tapi sebaiknya terus buat pertukaran hak milik untuk memudahkan proses claiming jika berlaku kemalangan dan terus renew insuran dan roadtax untuk setahun.

      Reply
  4. Fairuz

    Sy ada memiliki sebuah kereta berusia dlm 16thn.. Baru2 ni sy pergi post office utk renew insuran. Sbb kereta mmg parking jer kt rumah, sy try nk renew 3rd party insuran. Tp kerani kt kaunter tu ckp cuma kereta usia atas 20thn jer layak utk 3rd party. Boleh bg pencerahan??

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Fairuz, kebiasaannya ya untuk 3rd pt kebanyakkan syarikat insuran meletakkan syarat umur kenderaan mestilah 20 dan keatas. Lagipun, walaupun kereta jarang dipakai, lebih digalakkan mengambil first party untuk memudahkan Fairuz sendiri di masa hadapan jika berlaku kecurian, dll terhadap kereta tersebut.

      Reply
  5. abdullah

    boleh ke kalau kita nak renew insuran motor tapi geran tak ada,sebab motor dh habis bayar tapi syarikat motor tue tak bagi lagi

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @abdullah, boleh memang boleh sebab sekurang-kurangnya perlu bawa polisi insuran tahun lepas.Cumanya, kadang-kadang tak diterima untuk mengelakkan berlaku perkara seperti tarikh insuran dan roadtax tak selari,dll. Sebaiknya minta terlebih dahulu geran dari syarikat yang jual motor tu dan bawa sekali dengan polisi insuran. Itu yang terbaik dari ladang. ;D

      Reply
  6. amira

    saya nak tanya kalo cam sy kan… sy first time nak renew roktax tp polisi xtaw p letak tang mana, sy ada copy geran saja.. boleh ke? original still dekat bank

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @amira, fotokopi geran je tak dapat. Sebaiknya pergi ke bank untuk pinjam geran original. Kalau takde polisi insuran lama takpe, yang penting geran original tu kena bawa. duit pun jangan lupa. XD

      Reply
  7. billa

    Salam. Sy baru first time nk renew road tax n insuran motor. Kalau bwk geran terus g pejabat pos boleh ke? Sbb sy taktahu yg sebelum ni guna polisi insuran ape. Nak suh kedai motor buatkan tp dorg markup harga lebih.

    Reply
  8. Adi

    Salam, sy first time nak renew insurans ngan roadtax ni kt area alor star. Sblom ni abg sy yg slalu renew kan utk sy dekat gemas (n9) sbb motor beli cash dekat segamat. Skrg roadtax dah mati ogos thun lepas, sy nk renew dekat cni…agak2 nk g pos ofis bwk geran motor saje nk cakap dekat kerani tu tuk renew insurans first party ker? sbb xfaham lg 1st party, 3rd party nie..lagi satu, kalo amek first party, brpe ratus hrga insurans tu? takaful.

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Adi, wkslm. Di pejabat pos ada menyediakan kedua-duanya iaitu 1st pt & 3rd pt. First pt biasanya dibeli untuk kenderaan yang masih dalam loan, baru dan di bawah umur 15 tahun. Melindungi pemilik kenderaan dan pihak ketiga yang terlibat (jika berlaku kemalangan, kecurian). 3rd party pula tidak melindungi kenderaan pemilik, cuma melindungi pihak ketiga. Maksudnya jika berlaku kemalangan, pihak yang dilanggar boleh membuat tuntutan dari syarikat insuran melalui insuran kita. Tapi bagi pemilik kenderaan yang menggunakan insuran 3rd pt terpaksa tanggung sendiri risiko kerosakan, kecurian,dll. Itu serba sedikit perbezaan antara keduanya.

      Kalau tak pasti nak ambil insuran first atau third party, bolehlah meminta pandangan kerani yang bertugas. Cerita pasal harga ni tak pasti pulak, mohon pergi ke pejabat pos terdekat untuk rujukan.

      Reply
  9. asfira

    Salam. en.admin, sy nk dptkn clarification. situasi sy camni:
    road tax keta saya mati mac 2015. tp skg sy ngh study kat overseas n sy py geran tu bahagian bayaran dh penuh. Jadi nnt sy kena renew geran kat jpj dl kan baru leh renew road tax kat pejabat pos? or sy bleh je terus renew road tax kat jpj? thank you in advance ^_^

    p/s: pakai keta nak tp xsuka deal psl keta *ughh*

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @asfira, wkslm. bahagian bayaran (printing) di belakang geran dikira penuh apabila bahagian atas dan bawah geran telah digunakan sepenuhnya. Boleh juga tukar geran baru & renew roadtax pada masa yang sama di JPJ. Kalau masih ada ruang, boleh terus renew di pejabat pos.

      P/s: Your welcome to the club. LOL. Biasalah, leceh rasanya kan? kan kan… ;D

      Reply
  10. tengku

    salam nak tanya, baru ni sy tukar nama geran dan jpj tu cakap roadtax dia matikan terus. so, boleh tak pergi pejabat pos nak beli insurans & renew roadtax?

    Reply
  11. zul

    salam tuan,

    roadtax sy expired bln 8/2015..lg 2 bln genapla setahun x renew roadtax.. so, perlu ke sy pergi ke syarikat insurance terlebih dahulu untuk renew tambahan 6 bln ataupun boleh je buat both insurance + roadtax kt pejabat pos?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @zul, wkslm tuan. Jika roadtax tuan zul expiry bulan 8/2015 bukanlah bermaksud sudah hampir setahun tak renew roadtax sebabnya roadtax tu masih aktif.

      Contohnya; roadtax expiry bulan 08/2014. Barulah hampir setahun tak direnew. Untuk penyambungan / tarikh luput insuran hanya perlu dilakukan jika insuran tidak mencukupi untuk renew roadtax atau dalam erti kata lain tarikh tak selari di antara roadtax dan insuran. Kesimpulannya, boleh je buat kedua-duanya terus di pejabat pos.

      Reply
      1. ridzuan bin taib

        tuan saya mau tanya saya 3 bulan lepas saya da tukar nama geran dan jpj masa tu,kerani tu cakap roadtax dia matikan terus. so, boleh tak pergi pejabat pos nak beli insurans & renew roadtax lepas 3 bulan lebih saya tukar nama geran….?

        Reply
        1. admin (saharol) Post author

          @ridzuan bin taib, Untuk yang baru buat pertukaran nama hak milik, urusan insuran wajib dibuat dengan ejen luar sebab kat pejabat pos memang tak boleh proses sebab hanya ejen insuran luar ada kelebihan untuk membatalkan insuran owner lama. Boleh je renew roadtax di pejabat pos, asalkan roadtax xlebih setahun tak direnew.

          Reply
          1. admin (saharol) Post author

            Dalam erti kata lain, tahun ni sahaja buat insuran di ejen luar, tahun depan boleh je buat insuran di pejabat pos jika mahu. ;D

          2. ridzuan bin taib

            roadtax masih hidup lgi ..ada 5 bulan ja lgi nk mati 5/7 nie….mkna nya roadtax ni dah mati la??? dah 3blan lbih saya x beli insurans..kalu lpas sy tukar nama geran,…dan xbeli insuran adakah saya akan dikena tindakan???????/?

          3. admin (saharol) Post author

            @ridzuan bin taib: Maaf, soalan encik terlalu mengelirukan sebab sebelum ni encik bagitahu roadtax telah dimatikan, pastu sekarang masih hidup lagi. Sewaktu pertukaran nama hak milik, pihak JPJ biasanya akan meminta pemilik baru membuat insuran bagi kenderaan tersebut atas namanya sendiri (hanya ejen luar boleh buat) dan pada masa yang sama batalkan insuran pemilik lama. Jika roadtax masih belum expiry sewaktu pertukaran nama dilakukan, akan berlaku ketidakselarian tarikh luput antara roadtax dan insuran baru (dalam kes saya sendiri, sewaktu pertukaran nama hak milik, pihak JPJ tak membatalkan roadtax lama). Di mana saya kena menunggu ianya expiry sebelum ianya boleh diperbaharui untuk 6 bulan, dan 6 bulan selebihnya kena tambah jumlah hari (insuran) yang tidak mencukupi.

          4. ridzuan bin taib

            haa…soalan ini lah saya nak tanya encik shahrol……tq info skrang ni saya bawak ja moto tu xdak insuran…tpi roadtax masih hidup…..mkna nya kena bawah insurans pemilik asal tu beri pada ejen luar la..kk..tq tq

  12. zul

    silap2..sbnarnya dh expired bln 8/2014 tp skrg br nk renewed balik..so boleh je la bt dua2 kt pejabat pos..tq tuan atas info

    Reply
  13. namia

    Assalamualaikum. Saya first time nk renew insuran dan roadtax motor yamaha lc125. Saya noob bab2 ni. Yang ada kat saya geran motor sahaja. Nak buat kat pejabat post. Macam mana eh??? Harga minimum berapa kena bawa dlm tangan??

    Reply
  14. miko

    salam, bagaimana ya hendak renew insuran motokar atas nama orang lain? sebab saya ad beli kereta dgn cash tapi belum tukar nama atas geran sobuat masa ni saya hendak renew sahaja insuran dan roadtax atas nama owner lama

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @miko, wkslm. Maaf lambat balas. Prosesnya sama sahaja. Bawa green card original & polisi insuran lama kalau ada. Cuma sebaiknya tukar nama hak milik secepatnya untuk elak benda yang tak diingini berlaku seperti kesukaran membuat tuntutan insuran jika berlaku kemalangan atau owner lama re-claim balik kereta dan kata itu miliknya walaupun dah beli bayar cash (kecuali ada black & white/bukti).

      Reply
  15. salyza

    assalamualaikum,
    1st nk bgtau baguslah info yg saudara saharol share ni.byk ilmu dpt dikongsi.tkasih 🙂

    kt sempatan ni nk tnya.kalo kite g post office nk renew insuran tu mcmana kite nk tau insuran mana yg offer 3rd party ya? adakah kerani pej pos tu dpt bantu utk bg info insuran yg mana..

    thanks

    Reply
  16. ahmad

    Salam. Saya baru bayar muka moto dan akan uruskan tukar nama geran dan insuran. Boleh ke uruskan semua tu tanpa lesen?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @ahmad, Wkslm. Maaf lambat sangat reply. Rasanya boleh, sebab sebelum ni saya sendiri membeli motosikal second hand dari orang lain tanpa memiliki lesen. Tapi, nak lebih selamat mohon rujuk dengan pihak JPJ. Mereka lebih pakar dalam hal macam ni. ;D

      Reply
  17. sigutung

    salam ada masalah sikit. mcm ni. sblm saya ke pejabat pos utk renew roadtax saya dah beli insurance dulu. roadtax saya dh lama mati tahun lepas bulan 5 lepas tu tahun ni bulan 1 saya dh beli awal2 insuran pada 24/1 dan insuran tu bermula 28/1. kemudian saya pegi pejabat pos pada tarikh 26/1 nak renew tp kerani pos kata rekod insuran masih tak wujud dan kena datang pada pada masa 28/1 bila mana tarikh insuran berkuatkuasa. betol ke mcm tu.

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @sigutung, wkslm. Ya, pada 28/1 baru boleh renew sebab tarikh insuran bermula lewat dari tarikh pergi renew. Tak dapat proceed dalam sistem.

      Reply
  18. almanzo

    kalo moto da lebih dari 3 tahun tidak renew, mcm mana tu yea… kalau terus nak buat insuran di pejabat pos bole ker, atau kene pg jpj atau puspakom check moto dulu, dan nak tanya la berapa harga insruran Motorcycle Third Party tahun ini yea. TQ admin

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @almanzo, jika roadtax motosikal dah lebih setahun roadtax tak direnew, automatik diblok dalam sistem (tak boleh renew roadtax di pejabat pos). Insuran boleh je renew takde masalah. Kalau motosikal masih dalam keadaan baik, boleh je renew terus insuran di pejabat pos, cumanya sambungan tarikh insuran sebaiknya mengikut tarikh bila almanzo bercadang untuk pergi JPJ (untuk urusan check-up motosikal). Tak perlu pergi puspakom kecuali motokar.

      Bila semuanya ok, boleh terus renew roadtax di JPJ. Sedia je bajet dalam RM100-150. Sebab di pejabat pos ada banyak pilihan perlindungan kemalangan diri. Ambil lah untuk kemudahan sendiri atau waris di masa hadapan jika berlaku kematian / kehilangan upaya kekal. Lagipun, kalau memang bercadang nak ambil third party, risikonya memang tinggi.

      Boleh baca artikel ni untuk faham serba sedikit mengenai insuran kenderaan:

      http://saharol.com/belajar-insuran/insuran-kenderaan/apa-itu-insuran-kenderaan-bahagian-1/

      Reply
  19. zura

    salam, sya nak tanya ni first time kna renew roadtax sendiri. Patutnya roadtax motor expired 27/3..tpi sebab xdpt cuti saya kna delay minggu depan. saya kna pergi pejabat pos bwa geran ke mcm mna? pastu boleh ke renew roadtax motor secara online? kalau renew roadtax kereta ada la…

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @zura, wkslm. Cukai jalan (road tax) boleh diperbaharui dalam tempoh 60 hari sebelum tamat tempoh (expiry). Begitu juga dengan insuran. Ya, untuk renew roadtax dan insuran, perlu bawa sekurang-kurangnya geran original (green card) dan polisi insuran lama (jika masih ada).

      Sekarang ada perkhidmatan seperti MYEG, tapi kalau dah renew insuran di pejabat pos, tak perlulah susahkan diri nak renew roadtax secara online. Buat je dua2 sekaligus. kalau cik ZURA sibuk, boleh wakilkan sesiapa sahaja untuk renewal insuran dan roadtax. 😀

      Reply
  20. Mohd Shafii bin Abdul Manap

    saya ingin membaharui cukai jalan kereta saya. Sebelum ini saya ambil insuran third party sahaja (MMIP) belum ada GST dan umur kerata saya dah cecah lebih 20 tahun.Dah kira tarikh mati road tax belum sampai satu tahun. Baru-baru kawan saya ambil road kereta dia….umur kereta dah 15 tahun …kerani pos kata takde third party dah……paling murah kena ambik third party & thief …..harga dia RM440.00 bro..bgai nak pingsan..nasib baik ada NCD 45%….Jadi kereta honda saya bol .ehkah ambil Third party sahaja….bukan Third party & thief

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Mohd Shafil bin Abdul Manap, sejak pelaksanaan GST, jualan insuran MMIP di pejabat pos dihentikan, dan walaupun ianya murah, tapi sangat tak digalakkan. Sila baca artikel ini:

      Apa itu insuran kenderaan?

      Namun, kalau encik masih juga nakkan yang murah, insuran MMIP masih boleh dibeli di ejen luar. Atau jika encik berminat nakkan insuran 3rd party fire & theft, saya sarankan ambil insuran ZURICH (MAA) dengan sum insured paling rendah RM5000 tapi wajib ambil PA sekali.

      Reply
  21. Dede

    Salam nk tnya , sy nk renew insurns krta tapi nama x tukar lgi owner lama . And sy xtau dia guna insurans apa yg lama . Bleh x sy bawa je geran ke pjbat pos ?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Dede, wkslm. Boleh je takde masalah, yang penting bawa geran original supaya boleh renew roadtax sekaligus. Cuma, insuran masih guna nama owner lama.

      Reply
  22. hamidah dbs4860

    sy nk tnya,kalo roadtax kereta dh 3 thn x renew.. mcm mner prosedur ye?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @hamidah dbs4860, bawa kereta tersebut untuk pemeriksaan di puspakom, jangan lupa bawa ic, wang (xpasti berapa caj jika ada) dan geran original. Bila lulus, renew insuran terlebih dahulu (samada ejen luar atau di pejabat pos), cumanya roadtax wajib buat di JPJ, kalau cuba renew roadtax di pejabat pos, biasanya blok dalam sistem. Memang tak dapat. Tahun depan baru boleh renew kedua2nya sekali di pejabat pos.

      Reply
  23. Ai

    Salam nak tanya.
    1. Boleh ke kita nak batalkan insuran tanpa pemilik asal kenderaan?

    2. Macam mana nak batalkan insuran kalau pemilik asal duduk jauh?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Ai, wkslm.

      1. Rasanya takde masalah asalkan geran original dah ditukar nama pemilik baru.
      2. Kalau boleh bawa polisi insuran lama dan geran original ke mana2 ejen luar untuk pembatalan insuran lama dan renew insuran baru atas nama owner baru. Yang ni kena rujuk ejen luar. Kurang pasti prosedurnya. Last time saya buat, owner asal tak perlu pergi sekali untuk pembatalan insuran lama.

      Reply
  24. Lokman

    Assalam tuan, masa saya beli motor dulu (motor second hand aje) tokei kedai yang uruskan insurans dan road tax. Insurans yg digunakan ialah Pacific Insurans (third party), soalan sy, sebab syarikat tu xde dlm senarai syarikat insurans di pejabat pos, mcm mana sy nk renew insurans nanti, boleh ke kalau sy beli insurans yang baru aje kt pejabat pos tu. Kalau boleh tukar syarikat lain, perlu ke sy tunggu insurans sedia ada untuk expired dahulu?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Lokman, wkslm. Pacific insuran baru saja join venture dalam Pos Malaysia Berhad sebagai salah satu syarikat insuran yang tersenarai dan boleh didapati di pejabat pos. Namun, kalau encik Lokman mahu menukar ke syarikat insuran lain, tiada masalah atau gangguan pada ncd dll. Insuran & roadtax boleh diperbaharui 60 hari sebelum expired. Boleh je renew awal. ;D

      Reply
  25. Fina

    Salam, tumpang tanya boleh, tuan?

    Roadtax saya mati 28/5/2015 (tahun lepas) dan xrenew… kemudian kalu nak renew tapi lagi beberapa minggu genap la setahun (2016), saya kena pergi Puspakom cek dulu atau boleh terus je renew kat Pejabat Pos (insurans + roadatax sekali) sebelum cukup setahun? Kalu kereta ada sedikit pecah cermin depan (dalam 10cm je), kena repair dulu ke sebelum buat insurans di pejabat pos? Mohon penerangan tuan sangat2… xtau nak rujuk sape dah… D;

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Fina, wkslm. Boleh, takde masalah.

      Sebab sekarang ni dah masuk bulan 6, sepatutnya dah setahun tu. Kena pergi puspakom terlebih dahulu. Tapi kalau nak renew insuran, boleh je di pejabat pos. Roadtax je kena rujuk JPJ selepas selesai urusan di puspakom.

      Kalau ada kerosakan pada cermin, takde masalah nak renew insuran, cumanya nak cek di puspakom lepas tak nanti? Sebaiknya baiki terlebih dahulu. ;D

      Reply
  26. adam

    salam, tunmpang tanye tuan,

    sy nak renew roadtax & insuran di pjabat pos, tapi sy tak bawa Green card(Geran kenderaan).
    boleh ke saya renew tanpa bawa Green card(Geran kenderaan) ? atau pun Green card(Geran kenderaan) wajib ada utk renew roadtax?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @adam, wkslm. Wajib bawa green card untuk renew roadtax. Sekarang ni bagi pelanggan yang sudah menukar geran asal kepada VOC (sijil pemilikan kenderaan), buat masa ni hanya boleh membuat renewal di JPJ sahaja..

      Reply
  27. Sha

    Salam,nak tnya,for the firstime nak renew insurans n road tax… Boleh kah,buat dua2 di pejabat pos? Macam Mana prosudernya…? Sebab ada org cakap kena pergi beli insurans dlu kt mana2 agen,Pastu Baru leh renew roadtax di pjbt pos..tolong plezzz,jelas kan

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Sha, wkslm. Untuk kali pertama, ya memang kena buat kat mana2 ejen luar. Sebab kat pejabat pos hanya boleh buat renewal sahaja. Tahun depan baru boleh renew insuran di pejabat pos, tetapi roadtax boleh je renew di pejabat pos.

      Reply
  28. may

    Salam,motor sy rxz nombor pendaftaran wbh..mnggu lepas dh kne rembat dengan penyagak…boleh tak sy nk buat claim insuran..tp nme geram owner lame..mntak tolong mcm mne,pliss..syg lah moto bnyak hbis dh restore full ori part.

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @may, wkslm. Kalau motosikal tu masih atas nama owner lama, hanya owner lama yang boleh buat claim atas insuran tu. Sebab tu sebaiknya kalau beli motosikal dari orang lain, terus buat pertukaran nama hak milik. Boleh cuba rujuk dengan syarikat insuran yang berkenaan untuk maklumat lanjut.

      Reply
  29. azi

    salam..nk tnya..if moto tu dh lepas check kt puspakom..insuran blh buat kt pjbt pos kn..lps tu roadtz br buat kt jpj..cma sy nk thu kos rm brpe yea insuran & roadtx ni ..

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @azi, wkslm. Ya, Puspakom -> Insuran (pejabat pos dll ) -> Roadtax di JPJ

      Kalau nak cerita kos insuran tak dapat pula nak cakap berapa. Caj untuk roadtax, boleh lihat pada bahagian tengah geran (kalau masih menggunakan geran lama) atau bahagian belakangnya.

      Reply
  30. NADZRUL Hamizi

    As Salam, saya mahu renew roadtax online , biasa nya saya akan buat min rm10,000(value kereta saya rm55,000).kereta mmg dah lama habis bayar dan kereta ni pun saya hanya guna sekali sekali, dkt dkt je.. Tp knp skrg saya mahu renew, dia tulis min xkrg dr 10% dr market value.
    Tq.

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @NADZRUL Hamizi, wkslm. Mungkin underwriting guideline dah bertukar kot. Maksudnya syarikat insuran tersebut tidak lagi membenarkan jumlah yang diinsurankan terlalu rendah dari harga pasaran.

      Reply
  31. Penanya Jalanan

    Assalamualaikum tuan. Kalau saya baru beli motosikal terpakai dan sudah tukar nama di geran dgn jpj, boleh ke saya buat roadtax dan insuran baru di pejabat pos? Atau kene buat dekat jpj? Terima kasih.

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Penanya Jalanan, wkslm tuan. Untuk kes yang baru tukar nama pemilik perlu buat insuran di luar atas nama tuan sendiri, roadtax takde masalah kalau nak renew di pejabat pos atau JPJ. Kalau perlukan bantuan untuk menguruskan insuran, boleh hubungi rakan saya untuk transaksi secara online sahaja. Buat insuran online (Allianz atau Zurich)

      P/s: Nyatakan nama saya supaya urusan dicepatkan, itupun jika tuan mahu. Semoga membantu. ;D

      Reply
  32. Jojo

    Asalam tuan sy nk tnye…sy bru bli krete s.hand nama siap tuka dn dpt geran bru..mse nk tuka nme pmilik…jpj sruh bli insuran tok owner bru…sy mse tu tngh pokai…jpj sruh sy cabut roadtax lama dn serahkn kt die…skrang da 1 bulan blum bli insuran dan roadtax…bole bg tnjuk ajar x cara nk beli insuran baru dan roadtax baru…harap admin blas cmment ni ye…tq admin

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Jojo, wkslm. Untuk pemilik baru (tahun pertama sahaja), pembelian insuran mesti dilakukan dengan ejen luar (selain POS M’SIA). Kalau perlukan bantuan, boleh hubungi rakan saya (ejen berdaftar untuk insuran Allianz & Zurich), dia boleh buatkan secara online sahaja:
      http://saharol.com/produk-perkhidmatan/khidmat-perbaharui-insuran-kenderaan-allianzatauzurich/ , atau pergi ke mana-mana syarikat insuran di luar sana.
      Selesai insuran dibuat, boleh terus ke JPJ untuk renew roadtax. Boleh juga pergi terus ke pejabat POS (jika nama pemilik telahpun ditukar di dalam geran / VOC). Semudah itu! Pastikan dokumen yang berkaitan disediakan, mungkin akan diminta oleh syarikat insuran untuk tujuan pemprosesan.

      P/s: Bagi motokar kalau tak silap kena buat inspection terlebih dahulu di puspakom. Motosikal tidak perlu.

      Rujukan di blog lain:
      1. http://www.blogamir.com/2015/12/cara-mudah-nak-tukar-nama-geran-kereta.html
      2. http://www.geoffreystephen.com/2015/10/cara-tukar-nama-hak-milik-motorsikal-di.html

      Semoga membantu! ;D

      Reply
      1. Jojo

        Ohhh oke tq admin…lupe nk bgtau puspakom da settle owner lama buat mse nk tukar nme aritu…

        Reply
  33. hey

    saya baru beli motor ..insuran dah tamat tapi roktax masih lagi hidup .macam mana eh nk reniew balik .tlg jelaskan ..tapi nknreniew balik insuran tidak tahu.nama belum tukar lagi.macam mana eh tolong jelaskan pliss

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @hey, kalau kes nama belum tukar, kena pergi balik syarikat insuran lama untuk buat “extension” insuran. Tambah tempoh insuran untuk selarikan dengan tarikh roadtax.

      Reply
  34. hey

    tarikh tamat insuran 6.1.2016.. roctax mati 2018..ape perlu saya buat .pening ni kepala pikir sebab owner kerja kat autralia .ape perlu buat ni tlg saya

    Reply
      1. Danial

        Salam admin.klau roadtax sye baru mati 2/11/2016.skang ni baru 4 bulan tk renew road tax n insurans. Klau renew kat pejabat pos boleh ke atau dah kne jumpe jpj sbb dah 4 bulan?thnk u

        Reply
  35. Dania

    Mcm mana saya nak tahu sama ada saya punya insurans motor 1st party ke 3rd party ye? Sebab saya tak tahu pun motor tu didaftar ataa syarikat apa. Baru 1st time nak renew ni. Ada sesiapa boleh bantu?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Dania, kalau tak tahu takpe. Yang penting kalau nak renew insuran yang terbaru ni digalakkan untuk ambil 1st pt bagi kenderaan yang 0-15 tahun ke bawah, 3rd pt bagi yang 15 tahun ke atas. Bezanya 1st pt boleh buat tuntutan jika berlaku kemalangan, tetapi 3rd pt tidak boleh. Boleh juga minta petugas kaunter untuk hubungi syarikat insuran untuk pertanyaan.

      Reply
  36. Addrian

    Selamat malam tuann…
    Nak tanya, sy ada beli motor secondhand dan owner tu kata moto tu xde masalah. Moto tu dah tukar geran dan insuran atas nama sy. Geran moto ori sy dh ambik, insuran yg original owner tu blum bgi dan hanya copy insuran ada tempat sy, disebabkan sy blum abis byar (RM200) pada owner. Setelah seminggu moto tu sy pakai, dh xbleh start pula. Sy dh bincang dngan owner, sama ada dia Nak repair atau sy yg repair sendiri dngan syarat RM200 tu kira dh terbayar. So owner tu setuju untuk sy repair sendiri. Owner tu dh janji nak post insuran ori tu. Tapi sampai skng xde. Persoalan sy, bolehkah owner tu batalkan insuran tersebut sedangkan insuran tu sudah tukar atas nama sy? Sbb insuran ori tu ada pada owner asal. Takut kalau2 owner tu bleh batalkan insuran motor sy???

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Addrian, selamat. 😛
      Jika hak milik kenderaan telah dilakukan, hanya penama insuran tersebut yang boleh mohon pembatalan ke atas insuran tersebut. Jadi tak perlu risau. Kalau polisi original takde, takde masalah. Tanya je syarikat insuran apa yang digunakan, kemudian pergi ke branch insuran tersebut untuk mohon salinan polisi.

      Reply

Leave a Reply to azi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *