8 Fakta kenapa renew insurans kenderaan / motosikal di pejabat pos lebih bagus?

By | May 28, 2013

 

8 Fakta kenapa renew insurans kenderaan / motosikal di pejabat pos lebih bagus?

Aku bukanlah nak poyo sangat pi sibuk promosikan insuran kenderaan / motosikal di pejabat pos, cuma sekadar nak berkongsi pendapat dan pengalaman selama aku kerja di pejabat pos. Kali ni cerita pasal renew insuran kenderaan lak. Dan aku harap apa yang aku tulis ni dapat membantu korang berjimat dari segi masa dan tenaga, kurangkan stress dll. 1. Insuran tidak wujud / sah! Pernah tak korang datang ke pejabat pos untuk urusan renew cukai jalan/roadtax. Waktu tu korang memang dah siap beli insuran kenderaan / motosikal korang dengan ejen di luar sana.  Memang happy giler dah pasal dah nak settle problem, tinggal nak renew roadtax je lagi dan tak pasal-pasal bila dah di kaunter, kerani yang bertugas mengatakan insuran tiada? Benggang tak korang? Ok aku faham. Pasal dalam anggaran aku, 10 orang yang datang untuk urusan perbaharui cukai jalan, mesti dalam 3-4 orang hadapi masalah yang sama. Kalau pelanggan yang faham tu takpe lah, yang tak faham-faham bahasa memang kena maki-hamun la kerani yang bertugas. Pernah dah kena marah pasal benda macam nih. Tadi pun ada seorang pelanggan marah2 gara2 benda ni. Senior aku pun pernah kena maki gara-gara benda macam ni. Bukan salah dia mahupun ibu yang mengandung, tapi korang sebagai pelanggan perlu tahu. Bezanya kalau korang perbaharui insuran di pejabat pos, maklumat tentang insuran kenderaan yang korang baru perbaharui akan dihantar terus ke pihak JPJ. Kalau kat agen luar, kadang2 tu aku pun tak pandai nak terangkan, pendek kata memang ada yang sangkut la. Paling sadis aku tengok runnerlah, bukan running man ok. -.-”

P/s: Runner = orang yang bawa roadtax dalam jumlah yang banyak untuk diperbaharui. Bila insuran belum ada, terpaksa diorang call lagi pihak bank, tunggu lagi giliran, bla3…

2. Harga yang berpatutan Aku pernah dengar pasal 10% markup harga insuran sebagai komisen pejabat pos, tetapi korang jangan keliru lak sebab komisen tu memang dah termasuk dengan harga asal insuran. Bukan tambahan caj, faham tak? Macam korang pergi kfc, kalau korang perasan contoh beli burger harga Rm6, tetiba kena bayar Rm6.60 *ni contoh je ek*, so yang 60 sen tu cukai kerajaan. Kira kalau korang anggap je burger tu insuran, so harga insuran tu memang RM6.00 *dah termasuk komisen 10%*. Macam ni boleh faham tak??

3. Pilihan yang lebih banyak & menggoda! Menggoda? Perggh. Ayat.. Tak boleh blah. Hahaha. Kat pejabat pos sekarang ni *sewaktu artikel ni ditulis*, ada 9 je syarikat insurans yang korang boleh pilih kat pejabat pos. Antaranya, RHB, MMIP, Allianz, Etiqa takaful, Uni. Asia General, Zurich/MAA, Kurnia insuran, Takaful M’sia dan Multi-purpose. Kenapa pentingnya ada banyak pilihan syarikat insurans? Ok, bagi yang masih baru atau tak tahu, tidak semua syarikat insuran menerima permohonan perbaharui insuran kenderaan/motosikal korang, ianya bergantung kepada jenis kenderaan, jenis insuran samada 1st party, 3rd party atau TPFT – Kebakaran dan kecurian dan paling penting usia kenderaan korang. Cuba bayangkan korang pergi ke ejen luar dan ingatkan dah boleh selesaikan urusan perbaharui insuran tetiba petugas bagitahu syarikat diorang dah tak terima kenderaan / motosikal tersebut disebabkan usia dll. Kan ke buang masa?

4. Dua dalam satu, atau lebih! Macam coffeemix, 3 in 1. Kenapa nak susahkan diri pergi perbaharui insuran kenderaan di luar sana kemudian bila dah selesai, kena pergi JPJ atau pejabat pos untuk perbaharui cukai jalan pulak? Sedangkan kat pejabat pos boleh buat dua-dua sekali. Paling cepat aku tengok kalau roadtax & insuran motosikal boleh settle dalam 5 minit. Kan jimat masa korang? Tapi, jangan pergi saat *peek hours orang bilang*, sebab yang buat korang lama kat pejabat pos ialah menunggu giliran dan ianya bukanlah sesuatu yang best. ;D Sambil2 renew roadtax dan insuran, boleh bayar bil, pinjaman, ambil surat, hantar barang, beli topup, western union, hantar duit guna iemo atau kiriman wang, beli wang pos, pos ekspress..Setem lagi. Wakakaka. Panjang berjela2. Nasiblah kat pejabat pos takde buat urusan jual makanan macam mee kolok, satay dan seumpamanya. Kalau tak, nayo la kitorang. Dah la aku terer memasak *cakap sambil tangan pegang bahu sendiri dan tengok atas*… Hahaha

5. Lebih selamat.. Ok, aku tak nak mengutuk atau bercakap tanpa bukti mahupun menuduh dan seumpamanya. Kebanyakkan aku dengar cerita baik dari kawan, pelanggan, dan dari rakan blogger lain ada sesetengah *kena remark ni nanti jadi isu, sesetengah which mean bukan semua, sebilangan kecil sahaja*penjual insuran kenderaan di luar sana mewajibkan pengambilan PA – Personal Accident, meletakkan nilai diinsurankan yang lebih tinggi dll yang mana akan menyebabkan harga insuran korang melambung tinggi. Kat pejabat pos macam aku dah bagitau, ada banyak pilihan, ada yang wajib ambil PA, ada yang tak. Nilai diinsurankan pula juga berbeza mengikut syarikat, takpe. Kalau korang ragu2, boleh tanya je kat sini. Nanti aku bagitau. Dengan itu, kita dapat berjimat dan duit selebihnya boleh guna untuk berjoli atau belanja aku kfc. Hehe. Gurau je.

6. Boleh berkenalan dengan kerani yang comel lote! Teringat lak aku waktu kerja, ada sorang pelanggan yang membuat urusan di kaunter senior aku *perempuan*, siap ajak keluar makan lagi. Hahaha. Tapi apakan daya, bak kata senior aku “diriku sudah ada yang punya”. Wakakaka. Tak boleh blah. ;D

7. Pembayaran boleh dibuat secara tunai atau kad kredit!

Kalau korang tak bawak wang tunai yang mencukupi, bolehlah menggunakan kad kredit sebagai alternatif. Tapi awas, tanya terlebih dahulu samada kat pejabat pos tersebut menerima pembayaran kad kredit atau tidak. Khuatir buang masa korang pulak. Caj bagi penggunaan kad kredit untuk pembayaran insuran ialah sebanyak 1.8% dari harga insuran.

8. Fakta yang no.8 nanti aku fikirkan. *Macam ni pun boleh ka?* Hahaha

P/s: Tiada jaminan apa yang dikongsikan dalam artikel ini 100% benar dan korang dinasihatkan agar merujuk pejabat pos yang terdekat untuk maklumat yang lebih tepat dan muktahir. Sekian, sama2. Yang benar, Admin

140 thoughts on “8 Fakta kenapa renew insurans kenderaan / motosikal di pejabat pos lebih bagus?

  1. Pak Macho

    Salam, Bagus Artikel kamu ni. Insurans aku pun dah mati. Nak buat online, TAC pulak buat hal.
    Buleh la aku try kat pejabat pos pulak. TQ Bro.

    Reply
  2. sky8men

    Salam abg pos..hehe…nak renew insurans & roadtax kt pejabatpos..kena ada geran ori ke..?yang salinan xboleh..?

    Reply
    1. saharol Post author

      @sky8men, wkslm. Nak renew insuran sebenarnya boleh je kat pejabat pos tanpa bawa geran asli. Cuma kalau nak guna geran fotostat pastikan yang terkini dan bawa sekali polisi insuran lama. Tujuannya untuk dirujuk dan elak berlaku masalah seperti insuran tak sah samada disebabkan tarikh tak selari, dll. Tapi kalau nak renew roadtax sekali, memang dah prosedur walau kat pejabat jpj sendiri mesti bawa geran original. Tiada kompromi. Hehe

      Reply
  3. haidar

    Saya beli motor cash dekat kedai thun lps..skrg ni rdtax dgn insurans da mati da,sbb x sedar..haha..nk tnye la,mse beli moto dlu,sye xtaw polisi insurans ape sume tu sbb kedai yg settle kn..so mcm mane eh?boleh ke pegi je renew dgn bwk geran aje,tnpa polisi tu?atau wajib dptkn gak?thx

    Reply
    1. saharol Post author

      @haidar, boleh je renew insuran walaupun tanpa ada/bawa polisi lama, tapi geran asli jangan lupa bawa lak. Boleh terus renew roadtax. 🙂

      Reply
  4. MYroadtax.com

    Bank Negara Malaysia telah meluluskan kenaikan insuran kereta untuk tahun 2014. Ia telahpun memberi kebenaran kepada PIAM dan MTA untuk menaikkan harga insuran kereta dan motosikal pada 15 Februari 2014.

    Sebenarnya jangan tunggu sampai 15 Feb 2014. Pemilik kenderaan boleh perbaharui cukai jalan seawal 2 bulan iaitu 60 hari. Jika anda bernasib baik dan cukai jalan akan mati sebelum 15 April 2014, boleh terus perbaharui cukai jalan dan insuran kenderaan. Jika rasa amaun 15% tu tak tinggi boleh duduk senyap sahaja 🙂

    Baca sini utk maklumat lanjut kenaikan:
    http://www.myroadtax.com/2014/02/04/semakan-premium-insuran-kenderaan/

    Reply
  5. eyra

    Salam . saya nk tny . bole tak kalau pertama kali road tax tamat terus renew di kedai luar?

    Reply
    1. saharol Post author

      @eyra, wkslm. Boleh je renew insuran di luar selain pejabat pos, tetapi macam alang2 pulak sebab kat pejabat pos boleh buat sekaligus dengan roadtax.

      Reply
      1. Firdaus

        Sya nk minta abg pos bg thu harga insuren untk proton iswara 1.5 sbb sya bru j tkar nama.insuran pn dh surender kt jpj..penama bru tk pernah bli insuran kreta pn..BRAPA HARGA SKALI DGN ROADTAX TUK 1THUN

        Reply
  6. apip

    Moto sy dh mati roadtax dlam sepuluh thun. Mcm mana nak settle masalah ni ye??

    Reply
  7. Hidayat

    Salam..nk tnya, klu utk moto, insurans mane ye yg bgus? Klu bole nk yg takaful..tq

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Hidayat, wkslm. Tak pasti motokar atau motosikal yang dimaksudkan, tapi boleh cuba insuran etiqa takaful atau takaful malaysia. welcome.

      Reply
  8. Noor

    Bgus,,,,bernas info ni,baru thu pjbat pos leh buat renew insurans…nk tnya,sy x sure,insurans sy Dh siap atau belum,sebelum ni mintak org proton yg jual kereta uruskan….so,kena tggu tempoh setahun lagi ke,bila insurans Dh mati,bru leh renew lagi?mksud sy,sy nak renew insurans lain…selain yg Dh Ada..

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Noor, yang tu kena confirmkan dengan pihak penjual kenderaan tu dahulu, tapi biasanya diorang akan tolong renewkan kalau cik request / bayar terlebih dahulu. Insuran dan roadtax boleh diperbaharui dalam tempoh 2 bulan (60 hari) sebelum expiry. Boleh je renew guna insuran lain. Kat pejabat pos banyak pilihan seperti Allianz, ETIQA Takaful, Takaful M’SIA, RHB INS, ZURICH, MPI GENERALI (aka Multi-purpose), Liberty ins (Uni-Asia) dll. Cuma perlu bawa geran original, dan polisi insuran lama (jika masih ada).

      Reply
  9. insanbiasa

    nk tanya keta sy dh 2 thn x renew rodtax insurans…soo kena bawak pi jpj n puspakom kan….sblm bawak puspakom kena beli insurans dlu…boleh ke buat kat pejabat pos insurans tu?

    Reply
  10. ingintahu

    Salam. Apa2 moto boleh renew roadtax+insurance dkt pos ke? aku pya dah expire 10 bulan, boleh lg? mmber ckp moto xhabis bayar xboleh la.. moto baru xboleh la.. makin poninggg.. Atau member aku bt2 kepala tau..

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @ingintahu, wkslm. Ya, boleh sahaja. Namun, bagi kenderaan yang masih dalam loan, kena tengok juga dalam agreement ada tak diwajibkan renew insuran dengan pihak penjual/bank tersebut. Kalau tiada, takde masalah.

      Reply
  11. Yusri

    Salam. Saya tiap tahun renew rtax dgn insurans kat pejabat pos. Tp petugas di kaunter tu x pernah pulak tanya saya nak insuran etiqa ke, AIA ke, Allianz ke dll.. Petugas bagi ikut suka dia jer. Macamana tu? Mmg pemilik boleh pilih ke insuran ape nak amik?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Yusri, wkslm. Maaf lambat reply. Kalau ikutkan Encik Yusri boleh memilih mana-mana syarikat insuran yang encik mahukan, tapi kena ingat tak semua syarikat insuran terima permohonan tu. Boleh je tanya petugas kaunter, tapi biasanya pelanggan kebanyakkannya tak kisah atau ambil peduli pasal syarikat insuran apa yang digunakan. Yang penting murah. Haha. (Realiti)

      Pendek kata, kalau encik tak setuju atau berkenan dengan insuran tertentu, bagitau je kepada petugas kaunter tersebut. End of story. Harap tips ni dapat membantu encik. 😀

      Reply
  12. as

    Salam en,insuran ape yg murah skit utk motor kt pjbt pos?motor nilai thn lepas rm3.5k.xnk renew kt tmpt asal.mahal.ingat nk cari dalam rm200 kebwh..tq

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @as, wkslm. Well, soalan ni soalan femes yang hari-hari orang tanya. 😀

      1. Bermula pada 15 feb 2014, harga insuran kenderaan dinaikkan dan pada masa yang sama sekarang ni gst pula telah pun dilaksanakan, pendek cerita semua harga insuran naik. Loading (tambahan bayaran premium) atas faktor usia pemandu dan kenderaan, under sum insured dan NCD turut main peranan dalam penentuan harga insuran yang perlu dibayar.

      2. Tak pasti kalau motosikal tu dah capai brapa ncd (non claim diskaun), utk nilai motosikal 3.5k rasanya harga untuk perlindungan insuran motosikal (1st pt) memang dalam RM100+ – RM200 dan ke bawah. Yang membuatnya mahal sebenarnya perlindungan kemalangan diri (perlindungan tambahan). Harga untuk setiap syarikat insuran biasanya sama sahaja, kalau ada beza pun mungkin dalam beberapa ringgit sahaja. (Sentiasa berubah). Dengar cerita mungkin bulan 4.2016 ni akan naik lagi. Tak tahu betul atau tak. Khabar angin.

      3. Boleh cuba insuran zurich (MAA), AXA AFFIN GENERAL, ALLIANZ. Nasihat saya, pilihlah syarikat yang senang berurusan (pejabat syarikat insuran dekat dengan rumah ke dll) dan ambillah perlindungan kemalangan diri, sebab semahal2 motosikal tu boleh dibeli atau direpair. Semahal2 nyawa tu je satu tiada ganti. Kalau masuk tandas pun 20 sen, ketahuilah realiti sekarang nak mengurus jenazah paling kecil pun dengar2 kos dalam rm1k. Biarlah belanja lebih beberapa puluh ringgit, untuk kesenangan diri sendiri atau waris di masa hadapan.

      Ur welcome. ;D

      Reply
      1. admin (saharol) Post author

        Oh, sebagai tambahan. Bukan nak menakut2kan, tapi kadar kemalangan setiap tahun meningkat lebih2 lagi bagi penunggang motosikal. Sebab tu perlindungan kemalangan diri penting, jika berlaku kematian atau cacat kekal disebabkan kemalangan, sekurang2nya ada insuran boleh membantu dalam membiayai pengurusan jenazah atau waris yang ditinggalkan (untuk kegunaan perbelanjaan harian, meneruskan hidup).

        Reply
  13. Mohd Yusof ZUlkifli

    Salam Admin,

    Sy dah renew roadtax kat pejabat pos, pejabat pos pakai Alliance insuran.
    pastu agen ckp dia dah beli insuran untuk moto sy, cam dah ada 2 insuran skrg.
    so skrg sy nk buat camna ya?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Mohd Yusof Zulkifli, wkslm encik. Kalau masa encik buat insuran di pejabat pos takde ganggu ncd%, roadtax pun dah siap, rasanya agen tu belum buat lagi insuran untuk moto encik. Sebabnya, sistem akan automatik kesan jika insuran telahpun dibuat.
      Bagitahu je la agen tersebut insuran dan roadtax dah siap. Tak perlu nak renew lagi. ;D

      Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @soffie, sesetengah syarikat insuran mewajibkan all rider, sesetengah pula tak. Boleh rujuk kerani yang bertugas untuk maklumat lanjut. ;D

      Reply
  14. daus

    salam encik..nape insuran moto sy mkin lama mkin mahal?insuran allianz..ape mksud loading?sy tgk taun lepas 95% tahun ni naik 130%..moto wave 100cc je..n sy xpenah eksiden..

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @daus, wkslm. Harga insuran tahun ni naik juga disebabkan gst, loading tu pula ada tambahan caj disebabkan usia pemandu / kenderaan, rekod tuntutan dll.

      Reply
  15. nurul

    Maaf sye nk tnya,sye bru lepas tukar nama…kereta kancil,tahun 2004….jadi nk buat rotex dn insuran pertama kali….buat kat pejabat pos,first patty pnye berapa ea?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @nurul, untuk kali pertama insuran kena buat di ejen luar. Roadtax boleh je di pejabat pos. Rasanya dalam rm300+-rm400. Tak pasti pulak. ;D

      Reply
      1. MOHAMAD SAIFULNIZAM BIN ZAINAL

        SALAM BOLAH SAYA TAHU KALAU INSURANS MOTO SAYA DAH LAMA MATI 23/11/2011 BOLAH TAK NEK RENEW KAT PAJABAT POS ATAU KENA BAWA DI JPS BOLAH SY TAHU TQ

        Reply
        1. admin (saharol) Post author

          @MOHAMAD SAIFULNIZAM BIN ZAINAL, wkslm. Kena bawa ke JPJ untuk renewal. Kalau kat pejabat pos memang tak dapat, sebab block dalam sistem. 🙂

          Reply
  16. Anne

    Bole ke renew roadtax and isurance pada hari sabtu di pejabat pos? TQ

    Reply
  17. shi

    Insuran motor saya telah expired pada 23/06/2014. Boleh ke saya renew di pejabat pos? Motor saya nouvo – 114 tahun 2008, anggaran dalam berapa RM insuran dikenakan ? Seeloknya guna party yang mana ?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @shi, renew insuran takde masalah, tapi roadtax kena buat kat JPJ (terus buat inspection chasis & no. enjin) sebab dah lebih setahun tak renew. Sedia je bajet rm150-rm200 untuk 1st party. Boleh cuba sum insured rm2000-3000. 3rd party tak digalakkan sebab kalau berlaku kecurian dan kemalangan, tak dapat buat sebarang tuntutan.

      Reply
  18. radin yahaya

    Assalam dn SHR Eidulfitri..nak tanya tuan. Kenderaan perdagangan insurannya boleh amik kat pej pos? Cukai jalan boleh buat kat situ juga?

    Reply
  19. mohdhusaini

    Assalamualaikum. Nak tanya kalo insuran dah mati 2 tahun boleh tak hidupkan dekat pejabat pos?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @mohdhusaini, wkslm. insuran boleh je takde masalah, tapi kalau kereta/motosikal dah lebih setahun tak renew, kena bawa pergi puspakom kecuali motosikal terus ke jpj untuk pemeriksaan. Dan roadtax cuma boleh dibuat di jpj.

      Reply
  20. kherol

    salam..nak tanya dekat pejabat pos bleh buat insurans 3rd party kereta ke?

    Reply
  21. Nazrin

    Salam, info yg menarik, saya nk tanya, betol ke pejabat pos hanya boleh buleh renew first party insurance kalau moto kurg 10 tahun? Sebab saya nak buat third party tapi kak kaunter ckp diaorg xbuat utk motor 10 tahun ke bawah

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Nazrin, wkslm. Bila cerita tentang insuran ni, masalah yang paling kerap terjadi ialah apabila pelanggan ingin mengambil insuran 3rd pt sedangkan usia kereta / motosikal di bawah 15 tahun. Pertama risikonya tinggi sebab ramai dikalangan pelanggan hanya memikirkan situasi bajet sekarang berbanding bajet jika berlaku sesuatu yang tidak diingini dalam tempoh 1 tahun perlindungan kenderaan mereka. Benda macam ni yang akhirnya banyak menimbulkan masalah seperti menyalahkan petugas kaunter bila mereka gagal membuat tuntutan dll.

      Kedua, seperti yang dinyatakan dalam fakta no.3, syarikat insuran masing-masing mempunyai underwriting guideline yang berbeza dan ada masanya berubah bila2 masa. Misalnya, RHB Insuran hanya menerima 1st pt untuk kereta usia bawah 11 tahun dan tidak menerima 1st party untuk motosikal.

      P/S: Sebaiknya cadangan saya kalau Nazrin ingin ambil 3rd party juga, boleh juga rujuk ejen lain di luar sana atau sekurang-kurangnya ambil 1st party (letak jumlah insuran bawah harga pasaran), tetapi tak digalakkan sangat.

      Reply
  22. Ajak

    Salam admin.. Nak tanya.. Sy punye roadtax dan insurans habis 23/8 lepas.. Sbb kan budget sy nak renew 29/8 esok.. Boleh ker? Sbb insurans dan roadtax dah mati 6 hari.. Dan salinan Polisi insurans takaful sy hilang.. Boleh ker renew just bawa geran ori shj.. Thanks

    Reply
  23. Amin

    Salam admin yg handsome. Saya nk tya, berapa eh amount agak2, insurans mtor dgn road tax , kt pjabat pos? Saya pkai motor scrambler demak 200cc,
    Dan brp lma ya nk siap? Boleh ke htr wakil buatkan? Sebab saya kerja tkleh nk dtg opis hour, thank you admin

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Amin, wkslm Amin yang handsome juga. Hehehe. Nak bagitau harga ni ada susah sikit, sebab nak tahu gak sum insured brapa, motor tu kat Semenanjung atau Sabah/Sarawak, 1st pt or 3rd pt, ncd 25% ke belum sebab benda ni beri kesan pada harga insuran motor.

      Biasa ambil masa dalam 5-10 minit (insuran & roadtax), Wakil boleh je takde masalah. Cuma sekarang prosedur renewal roadtax sempena penggunaan VOC, wakil atau owner perlu membawa ic sendiri. Kalau wakil yang datang, ic wakil je perlu dibawa. Jangan lupa bawa geran lama atau VOC (tak kisah mana satu yang digunakan), polisi insuran lama jika masih ada. Itu je la. Oh ye, duit sekali. Pasal takleh masuk buku 555. ;D

      Reply
  24. Aiman Halim

    Terima kasih bro atas maklumat yang dikongsi. Saya baru tahu kat Pejabat Pos pun boleh renew insurans motosikal.
    Saya nak pergi pejabat pos sekarang. ???

    Reply
  25. amin

    assalam
    nak tanya.sy ada beli motor baru dan motor lama jual dngn kwn. mslhnya skrg tokey jual motor tu dh hilgkan sy punya polisi asal motor lama. so bila mnt polisi utk motor baru.ncd sy tidak ditolak dgn ncd lama.atas alasan polisi lama dah hilg.
    mana sy nk dptkan salinan polisi mtr lama sy? sy xigt syrkt mn. sy buat di pejabat pos thun lps.
    apa yg perlu sy buat?
    tlg sy kwn2 urgent
    pls wsapp 0193590309

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @amin, wkslm. Saya sarankan pergi ke pejabat pos (tempat renewal insuran tahun lepas) untuk membuat rujukan insuran apa yang digunakan tahun lepas. Mungkin mereka boleh membantu.

      Reply
  26. aizie

    assalamualaikum, saya baru beli motosikal c70 tahun 1984 cc70. saya nak renew insurance sekali dengan roadtax.. insurance apa yang paling murah untuk 3party?

    Reply
  27. Zati

    Assalamualaikum, saya nak tanya. Kalau roadtax dan insurans dah mati. Tak sampai 3 bulan. Boleh tak renew roadtax dan insurans dekat pejabat pos jugak? ke mmg perlu ke JPJ ? Then kalau nak tambah nama driver dlm insurans tu kira tambah bayar eh? And mcm mana nak tahu insurans yg kita bayar tu 1st ke 3rd party?

    Reply
  28. Rizal

    Mana kos yang mahal utk renew roadtax insuran samada di pejabat pos atau agen insuran di luar

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Rizal, selagi namanya agen, premium sama sahaja. Yang membezakan sekadar berapa jumlah diinsurankan, 1st party atau 3rd party, ncd %?, dan tambahan perlindungan yang lain2 seperti P.A., windscreen dll. Melainkan Rizal pergi ke syarikat insuran itu sendiri, mana2 syarikat insuran memang ada memberikan rebat 10%, bukan agen insuran la. Tapi, jangan disebabkan nak sangat 10% sampai lupa kira duit minyak, masa diambil untuk menyiapkannya. Nanti lebih besar belanja melainkan betul2 dekat dengan tempat kerja dan seumpamanya. ;D

      Reply
  29. Dzul

    Hi nak tanya ni kalau baru renew insurance kereta and nak tambah driver lagi boleh tak ? Thanks ?

    Reply
  30. shila

    slm admin, nk minta pendapat… sy ambil kereta alza , nama tak tukar , sambung byr , owner kereta ambil kerta second lain… skrg dia nk ambil ncd dri kereta alza tu, letak kat kereta yg dia ambik… jd sekarang sy kena buat insuran baru lah , camne situasi sy skrg… boleh tak tlong jelaskan . insuran mati bulan depan… nama tk tukar..

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @shila, wkslm. Ok, nasihat saya buat pertukaran nama terus untuk mengelak kesulitan sewaktu buat tuntutan insuran jika berlaku kemalangan, lagipun lebih baik mulakan insuran atas nama sendiri kerana bila ncd telah dipindahkan ke atas kereta lain, ncd yang ada kembali 0 (sama seperti bagi orang yang baru buat pertukaran nama @ pertama kali beli insuran). Agak rugi kalau dibiarkan atas nama owner lama, sebabnya nak kumpul ncd ambil masa 6 tahun kalau tak silap untuk mencecah 55% maksimum (bagi kereta).

      P/s: Tukar nama di JPJ dan beli insuran baru dengan ejen luar (untuk kali pertama, di pejabat pos tak dapat nak buat). Kalau perlukan bantuan untuk menguruskan insuran, boleh hubungi kawan saya yang juga ejen insuran untuk Allianz & Zurich (jika mahu), cuma perlu bagitahu situasi macamana, dan nyatakan nama saya untuk mempercepatkan proses tersebut. Biasa dalam hari yang sama boleh selesai, tetapi nama dalam geran perlu ditukar terlebih dahulu di JPJ.

      Rujuk sini untuk bantuan insuran (jika mahu): http://saharol.com/produk-perkhidmatan/khidmat-perbaharui-insuran-kenderaan-allianzatauzurich/

      Harap dapat membantu. 🙂

      Reply
  31. Ridzuan

    boleh tak renew insuran motorsikal pacific orient dekat pejabat pos?

    Reply
  32. Yusmirul

    Salam..bang kalo beli moto baru cash kat kedai pastu roadtax ngan insurance nak buat sendiri kat pjbt pos bleh ke..kalo kedai tolong buat maybe harga ada markup skit kot..

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Yusmirul, wkslm. Untuk owner baru, tahun pertama je kena buat kat luar. Biasanya pihak kedai akan sediakan sekali perkhidmatan renew roadtax dan insuran sekaligus. Harga bagi ejen sepatutnya sama saja, yang membezakan sekadar dari segi 1st pt @ 3rd pt, perlindungan tambahan lain seperti kemalangan diri jika diambil (kena bayar extra cash la, tapi lebih baik ambil untuk kebaikan diri sendiri. Sebab sekarang ni banyak kes langgar lari).

      Reply
  33. Suzanah a aziz

    Eemm.. Roadtax sy pun nk tamat bln 5 ni, harga insurance dkt pjbt pos sma ke insurance dluar, insurance apa yg bagus? Klu mhu buat prlu roadtax ori dn insurance lama bawak sekali.

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Suzanah a aziz, Selagi namanya ejen, harga sama sahaja (yang membezakan harga mungkin dari segi perlindungan tambahan seperti windscreen, perlindungan kemalangan diri dll). Sebaiknya, bawa geran / voc ori dengan polisi insuran tahun sebelumnya, kalau tak pun cukup sekadar geran / voc ori atau fotostat, atau polisi insuran lama (yang lengkap dengan maklumat kenderaan), yang ni tak digalak sangat sebab khuatir ada perubahan maklumat kenderaan. Nanti tak dapat proses dalam sistem.

      Kalau nak takaful, boleh cuba Zurich Takaful. Kalau nak yang ada menyediakan perlindungan tambahan seperti towing percuma selama setahun sejauh 450km dll, boleh cuba insuran Allianz. Setiap insuran ada kelebihan dan kekurangan sendiri, sebaiknya pilihlah yang mana senang untuk dicari jika berlaku kemalangan dan seumpamanya seperti pejabat insuran dekat dengan tempat tinggal dll. Sekadar pendapat.

      Reply
  34. Nas

    Saya nak tanya harga insurance termurah untuk motosikal berape eh? Dan apa bezanya first and third party tu… Saya baru renew sendri dulu bapa yg renewkan haha..

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Nas, 1st pt: Boleh claim kalau berlaku kemalangan / kecurian terhadap motosikal tersebut.
      3rd pt: Tak dapat claim apa2. Hangus macam tu je. Cuma kalau diri melanggar orang lain, orang tersebut boleh claim atas insuran kita.

      Reply
  35. Fendy

    Assalam admin..nak tanya berkenaan kredit kad bole atau tidak digunakan untuk urusan renew roadtax dan insuran motor..tq

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Fendy, wkslm. Buat masa sekarang, pembayaran insuran je boleh menggunakan kad kredit atau debit. Untuk urusan Roadtax, tunai sahaja. Harap membantu.

      Reply
  36. Taufiq

    Salam bro..nak tnya ckit..sblm ni renew kat pjbt pos diorg pkai insurance kurnia..hrga rm 189..baru2 ni renew dkat pjbt pos jgk diorg tkar pulak pkai insurance allainz..hrga rm 189 + rm 24.. rm 24 ni cas ape??kalo tkar insurance kena cas x?? Tq..

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Taufiq, wkslm. Tukar insuran tu takde caj apa. Rasanya rm24 tu Personal Accident (P.A). Sebab insuran Allianz sekarang ni memang mewajibkan pengambilan P.A..

      Reply
  37. kee

    hi, sy nak tahu boleh ke nak buat insurans baharu dekat pejabat pos sahaja?
    sy baru beli motor 2nd terus dari owner lama, roadtax motor dah mati lebih dari setahun. Urusan tukar nama dekat jpj dah buat dah, inspection motor dekat puspakom pon dah settle jugak, tinggal nak beli insurans baru je sebelum hidupkan roadtax motor tu dekat jpj.
    persoalannya, boleh tak sy beli insurans baru tu dekat pejabat pos sahaja? dan syarikat insurans mana yg ada menyediakan 1st party insurans unutk motor yg dah lebih 10tahun? (motor sy tahun 2005)

    Reply
  38. Reff

    Hi, ERM.. Mcm ni bah, sy pakai kreta baru yg suda mnjagkau 1 taun usia tapi Blum bayar insurans & renew roadtax. Ni baru trkial2 fikir cara2 nk byr. Sy cuma ada copy Geran tu, yg ori kna dpatkan d bank tmpat loan tu kn? Utk yg 1st time, 1st year renew insurans/roadtax ni bole ka buat d pjabat post sja ?? Hellpp

    Reply
  39. Reff

    Hiii, utk yg 1st time byr insurans/roadtax utk tahun prtma bole x buat d pjabat pos? Geran asal masih ada pada pihak bank. Cuma ada copy saja..

    Reply
  40. William kee

    Bang,nak tanya roadtax saya dah mati lebih setahun..Puspakom dah pergi..tinggal beli Insurans dan renew roadtax..boleh x buat kat pos office je..malas nak gi jpj

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @William kee, insuran takde masalah nak proses. Tapi roadtax wajib juga renew di JPJ sebab dalam sistem memang automatik block kalau dah lebih setahun tak renew roadtax. Kena rajinkan dirilah nampaknya. 😛

      Reply
  41. Sam

    Salam Admin yg bijaksana…
    Maaf sye nk tnya…
    Sye bru lepas tukar nama unt kereta.
    Jadi nk buat Roadtax dng Insuran pertama kali….
    Buat kat Pejabat Pos boleh ke…?
    Kasi Tips sikit hensem..

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Sam, wkslm. Untuk yang baru buat pertukaran nama, insuran tak dapat dibuat di pejabat pos. Kalau Sam perlukan bantuan, boleh hubungi admin untuk renew insuran secara online.

      Reply
  42. ator

    salam admin.. PA sebenarnya penting atau tidak..?? sebab dia cover pemilik nama motosikal itu sahaja kan..?? jika orang lain yg bawa n berlaku kemalangan tetap tidak boleh claim kan..

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @ator, wkslm. PA memang penting untuk memberi perlindungan kepada penunggang & penumpang motosikal (bergantung kepada polisi). Kebanyakkan P.A. motosikal memang sekadar melindungi pemilik motosikal itu sendiri sahaja namun @ator boleh mendapatkan polisi RHB POS SHIELD P.A. di pejabat pos yang mana menawarkan perlindungan kepada siapa sahaja penunggang yang dibenarkan walaupun bukan owner & penumpang sekali serendah RM19.10 setahun.

      Reply
  43. Sara

    Slmt sejahtera, nk tanye abg..
    Semlm i ambil insurance and roadtax dh settle tetapi kakak i pun beli insurance kt tempat lain…
    Skrang ada 2 insurance atas 1 motor… nak potong insurance and refund….boleh tak?any solution.

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Sara, slmat sejahtera.

      Bagi insuran kenderaan, setelah polisi dikeluarkan, jika polisi cuba dikeluarkan untuk kali kedua bagi kenderaan yang sama, ianya tidak valid (wajib dibatalkan pihak insuran, sebab bertindih). Rasanya belum diproses kot. Cuba hubungi syarikat / ejen insuran tersebut untuk kepastian.

      Reply
  44. @ezienaufalezackiy

    salam admin.. sy ingin brtnya klu sy ad insurance axa affin , blh ka sy renew roadtax kt pjbt pos jea.. 1 lg berapa yee hrga renew roadtax motor?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Fatima Az-Zahara, wkslm. Roadtax adalah cukai jalan. Cover kemalangan untuk kenderaan kalau ambil 1st party, cover untuk pemandu / penumpang kalau insuran tu ada serta sekali perlindungan kemalangan diri.

      Reply
  45. Mas

    Salam nk tanya ok ke buat insuran dgn pos opis or syrikat honda utk kerta baru 1 thun?

    Reply
  46. Arifmhmd

    Salam admin yg hensem.. sy nak tnya roadtax motor sy dah mati 28 julai tahun lepas, kalau nak renew roadtax n insurans boleh ke buat di pejabat pos?? Atau kene pegi jpj juga?? Kat jpj boleh renew insurans sekali ke?? Sy pakai lc135 tahun 2013 agak² berapa bajet utk insurans motor sy ekk?? Maaflah sy first time renew sndri roadtax ngn insurans ni.

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Arifmhmd, wkslm. Haha.
      Roadtax kalau dah genap setahun tak renew memang kena renew kat JPJ, cek enjin & chasis skaligus. Kalau nak tahu sebut harga insuran, boleh whatsapp admin. Takpe, malu bertanya sesat jalan.

      Reply
  47. zalikha

    hi admin yg gojes , sy nk tanya , ada yang gtaw kena reniew dulu dekat tmpat ins, br boleh pergi pejabat pos , mcm sy rhb , pergi rhb dlu br pergi pejabat pos , betul ke ? lagi 1 , betul ke kalau kta buat sendiri lgu km murah dri agent ?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @zalikha, hi. Haha. Untuk owner yang baru, memang kena renew dengan ejen luar / cawangan syarikat insuran tu sendiri. Tahun kedua terpulang pada diri sendiri nak renew di mana. Harga ejen semua sama je sebenarnya, yang membezakan sekarang sistem detarif ada mengenakan caj premium agak berbeza mengikut kawasan. Kalau kawasan tu kira black zone (banyak kes curi dan seumpamanya) kadar caj lebih mahal, umur dll juga memberi kesan pada harga premium yang dibayar. Dan tak lupa juga kalau ada ambil perlindungan tambahan seperti kemalangan diri, ada caj extra gak. 😛

      Reply
  48. Siti

    Salam nak tanya rodtax insurans saya expired 22 sept ni motor model ego s2 first time expired agak2 berapa yaa jumlah yang perlu dibayar ?

    Reply
  49. AZMIR ABDUL AZIZ

    Salam admin. Baru tadi hari ni (26/9/2017) cuba untuk perbaharui roadtax dan insurans motorsikal di pejabat pos. Kerani kaunter kata perlukan geran kenderaan untuk dapatkan nombor chasis dan enjin. Saya pernah renew roadtax kat tempat sama tahun lepas, so macam mana yang kata tak gunakan geran kenderaan untuk renew roadtax dan insurans?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @AZMIR ABDUL AZIZ, wkslm. Pelanggan ramai yang keliru sebenarnya dengan iklan yang mengatakan roadtax boleh direnew tanpa geran. Tapi bagi kes yang nak renew insuran sekali memang perlu bawa geran / voc samada ori atau fotostat atau sekurang-kurangnya polisi lama yang lengkap dengan maklumat kenderaan. Kalau insuran memang dah renew, memang tak perlu bawa. Sekadar maklumkan no.plat kenderaan & no.ic owner & bawa ic sendiri (tak kisah memang owner asal atau sekadar wakil).

      Reply
  50. HAROON

    salam admin,
    sebelum ni (2016) saya guna insurans kurnia utk motosikal LC135Es.. dan renew di pejabat pos.
    untuk tahun nie(2017), saya renew roadtax & insurans di pejabat pos UTC.. & pihak pejabat pos di UTC telah menukar kepada insurans Allianz.. dengan alasan kurnia insurans tiada,
    kalau saya nak convert ke kurnia insurans semula lepas ni bolehkah berbuat begitu di pejabat pos?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @HAROON, wkslm. Setiap syarikat insuran ada underwriting guideline masing-masing, boleh bertukar bila-bila masa. Ada sesetengah kenderaan memang mereka tak terima, maaf saya tak hafal semuanya. Tapi boleh cuba bertanyakan petugas kaunter terlebih dahulu sewaktu renewal nanti. Insuran Kurnia memang boleh didapati di pejabat pos.

      Reply
  51. Cik Og

    Tadi dengar iklan kt radio..ade lebih 14 pilihan insuran di Pejabat Pos,tanpa geran asli..tu yang terus goggle dan jumpe artikel ni..tq admin

    Reply
  52. Aja

    Assalamualaikum.. Boleh ke renew roadtax dahulu.. Kemudian baru renew insurance..

    Reply
  53. Siti Sarah

    salam bro. saya nak tya pasal NCD.. kalau saya xpenah xcden..pastu nk renew roadtax insuran pastu nak NCD 55%..boleh ke nk buat kt pos ofis..nak bgtau mcm mna kt kaunter..kete kancil tahun 2002.

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Siti Sarah. wkslm. Selagi mana tuntutan tidak pernah dibuat, selagi tu sistem akan kesan & gunapakai ncd mengikut kelayakan sehingga maksimum 55% bagi motokar. Tak perlu bagitau sebab sistem automatik kesan & melakukan tolakan pada caj premium. 🙂

      Reply
  54. aira azzahra

    assalamualaikum.kereta saya dah 13tahun usianya.kalau buat roadtax insurans dkt pjbt pos boleh ke?buat 3rd party boleh tak?

    Reply
  55. Aina

    Salam admin,
    Boleh ke nak renew insurans dan roadtax motor yg pemiliknya dah meninggal.? Boleh renew sampai bila2 ke walaupun nama tak tukar2?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Aina, wkslm.
      Roadtax & insuran bagi pemilik yang telah meninggal dunia masih boleh diperbaharui selama 3 tahun (tempoh maksimum). Dalam tempoh tersebut, roadtax hanya boleh direnew setiap 6 bulan manakala tempoh setahun bagi insuran. Selepas genap 3 tahun, urusan pembaharuan diblock dalam sistem. Tiada cara lain melainkan membuat pertukaran nama hak milik.

      Reply
  56. lili

    hi admin, saya nak tanya,jika rotax insuran da expired 8 bulan boleh ke renew di pejbt pos?
    kereta kancil 1997..geran ada di kedai sewabeli.

    Reply
  57. jhon

    hai, nak tanya klu renew insurans motosikal 3rd party kt pos, klu x nak ambil PA bole x?..just basic

    Reply
  58. Norul Asyiqin

    Assalamualaikum.. Nak tanya, renew hari sabtu boleh ke? Atau hanya isnin hingga jumaat? Tq in advance

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @syah, boleh je takde masalah selagi mana office buka expecially UTC dan bagi negeri yang ditetapkan hari ahad sebagai hari bekerja. 🙂

      Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Ang, wkslm.
      Syarikat insuran Liberty memang ok, 3rt party saya tak galak sebab kalau berlaku kemalangan, kecurian atau kebakaran memang tak dapat tuntut apa-apa kecuali bagi kenderaan yang berusia 15 tahun ke atas. Sebaiknya ambil 1st party selagi dapat. 🙂

      Reply
  59. Dayang

    Salam, saya nak tanya blh ke beli insurans kt sarawak tp kereta kat semenanjung?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Dayang, wkslm. Takde masalah. Cuma sewaktu pembelian kena maklumkan kenderaan di semenanjung. Harga insuran di semenanjung & sabah sarawak berbeza. 🙂

      Reply
  60. Fiza

    Assalam admin.Saya nak tnya boleh ke kita renew roadtax insurans dkt pjbt pos jika kereta kita pernah kemalangan.Dan boleh ke kita pilih insurans semasa renew.Terima kasih admin.

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Fiza, wkslm. Seperti yang saya telah maklumkan melalui whatsapp (untuk rujukan pembaca lain), boleh je renew roadtax dan insuran di pejabat pos walaupun kereta pernah terlibat dalam kemalangan dan Fiza boleh memilih syarikat insuran yang dimahukan tetapi kena rujuk dalam sistem terlebih dahulu kerana tidak semua syarikat insuran akan menerima permohonan anda. Petugas kaunter akan memaklumkan insuran apa yang boleh terima. Sama2. 🙂

      Reply
  61. Sabariyah Saipul

    Hai admin yang baik hati 😁 nak tanya insurance apa yang paling bajet untuk motor nouvo lc 135 S.P? Dan termasuk harga P.A? Motor dah berusia dalam 7 tahun macam tu. Elok ambik 1st party atau 3rd party?

    Dan sekarang motor suami yang bawa, bolehkah nama suami dimasukkan sekali dalam insuran tersebut? Tapi suami pakai pasport?

    Terimakasih admin kalau sudi tolong jawap. 😁

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Sabariyah Saipul. Hi.
      Boleh cuba allianz insuran. Sebaiknya first party kerana jika berlaku kemalangan atau kecurian ke atas motosikal tersebut, tuntutan insuran boleh dilakukan untuk kerja baikpulih atau gantirugi bagi motosikal tersebut. Nama bagi insuran motosikal hanyalah atas nama pemilik, namun boleh maklumkan petugas kaunter untuk mengambil all rider (membolehkan orang lain selain pemilik membawa motosikal tersebut) walaupun pakai passport.

      Sama-sama. Harap membantu. 🙂

      Reply
  62. Amir

    Author. Sy baru tukar nama kereta. Aveo 1498cc 2005. Agak2 berapa kos nak buat insuran dia ya? 1st pt & 3rd pt. Harga paling bajet

    Reply
  63. adrianabdrahim

    salam bos, nak tanya untuk motor cc125 kalau taknak amik first party punya boleh ke? mahal sangat saya kena 500. moto dah lebi 2 tahun tapi geran ori dekat kedai. geran copi ada dengan saya, untuk 3 party boleh buat ke

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @adrianabdrahim, wkslm. Bagi motosikal biasanya kalau masih baru 2-3 tahun jarang insuran nak cover guna 3rd party sebab terlalu berisiko, bahkan akan menyusahkan adrianaabdrahim sendiri bila berlaku kemalangan atau kecurian. Boleh cuba mohon kurangkan jumlah yang diinsurankan, sekurang-kurangnya masih ada perlindungan berbanding tiada langsung. Tapi, harga biasanya memang tak jauh beza sangat. 🙂

      Reply
  64. samat hj pairan

    assalam boss..boleh kah beli insuran motor dan cukai jalan guna nama anak sebab anak yang guna motor tu..geran motor tu atas nama saya..

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @samat hj pairan, wkslm. Tak boleh melainkan pertukaran nama hak milik telah dibuat. Biasanya bagi motokar boleh saja letak nama pemandu kedua, manakala bagi motosikal ambil yang all rider, maksudnya sesiapa saja boleh membawa motosikal tersebut. Nama insuran pula kekal atas nama encik. 🙂

      Reply
  65. AkagamiNoShanks

    Berapa pulak cas klau nk renew insurans dan rotax di pejabat pos untuk motor 120 cc . Sbb sy tak tahu baru nak buat sendiri .

    Reply
  66. Taim bin Amat

    Moto masih dalam loan kedai/aeon.boleh tak renew kat p.pos?

    Reply

Leave a Reply to admin (saharol) Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *