TEMUDUGA TERBUKA POSMEN / KURIER / PEMANDU VAN PENEMPATAN SELANGOR APRIL 2018

By | April 8, 2018

Temuduga-terbuka-posmen-kurier-pemanduvan-posmalaysiaberhad-12-april-2018

Asalamualaikum. Harap korang semua sihat walafiat sentiasa. Hari ni nak kongsi satu berita baik bagi yang tinggal di Selangor dan yang sedang mencari pekerjaan.

Tarikh Temuduga : 12 APRIL 2018 (KHAMIS)

Masa : 9.00 pagi hingga 3.00 petang

Lokasi Temuduga : PUSAT POSLAJU BANDAR BARU BANGI, NO 40, JALAN P10/21 TAMAN INDUSTRI SELAMAN, 43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN.

Gaji + Elaun : RM1300.00++

Syarat & kelayakan :

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Lelaki, berumur antara 18 tahun hingga 30 tahun pada tarikh lantikan.
  3. Sekurang-kurangnya lulus Bahasa Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), atau
  4. Lulus Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan mempunyai sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman sebagai despatch & pemandu Van/lori.
  5. Wajib memiliki lesen kenderaan penuh kelas B2. Keutamaan akan diberikan kepada yang memiliki lesen kelas GDL atau E.
  6. Had umur maksima boleh dilanjutkan sehingga 35 tahun bagi calon yang memiliki lesen GDL/E.
  7. Bebas dari saman lalu lintas dan tidak mempunyai rekod jenayah.
  8. Boleh mula kerja dengan segera.

Faedah:

  1. Taraf jawatan tetap.
  2. Cuti tahunan.
  3. Caruman kwsp, perkeso dan bonus (mengikut kelayakan).
  4. Uniform & kemudahan rawatan perubatan (pekerja, pasangan & anak-anak yang sah).
  5. Pembangunan kerjaya.
  6. Pinjaman komputer, kenderaan, perumahan (mengikut kelayakan).

Calon-calon yang berminat dan memenuhi kelayakan seperti di atas dijemput hadir pada tarikh yang dinyatakan dengan membawa bersama resume beserta dokumen asal & salinan kad pengenalan, lesen memandu, sijil-sijil akademik (SPM & PMR), dokumen yang berkaitan dan 1 keping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan).

P/S: CALON MESTILAH BERPAKAIAN KEMAS. JEANS & BAJU T-SHIRT ADALAH TIDAK DIBENARKAN.

Semoga bermanfaat & dan semoga berjaya dalam temuduga ini! 🙂

 

Yang benar,

Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *