IKLAN JAWATAN KOSONG – KERANI TETAP / SAMBILAN POS MALAYSIA BERHAD (SARAWAK)

By | October 28, 2016

kekosangan-jawatan-kerani-kuchingsibudanbintulu-tetapatausambilan-oktober2016

Berita gembira bagi korang yang tengah mencari pekerjaan, POS MALAYSIA BERHAD menawarkan jawatan kosong kerani bagi zon KUCHING, SIBU DAN BINTULU, samada sebagai pekerja tetap / sambilan. Daripada korang menanam anggur a.k.a. mengganggur, bolehlah cuba mengisi borang permohonan yang turut disertakan di dalam artikel ni.

TANGGA RUMAH AKU GAJI:

  1. RM1,100 – RM2,100 (TETAP)
  2. RM47.00 sehari (kerani sambilan)

Syarat-syarat permohonan;

  1. LELAKI atau PEREMPUAN.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun.
  3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang diiktiraf setaraf dengannya.
  4. dan Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  5. dan Kepujian salah satu daripada matapelajaran Matematik, Prinsip Akaun, Perdagangan dan Ekonomi pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  6. Keutamaan dipertimbangkan kepada calon-calon yang mempunyai asas dalam mengendalikan komputer serta aktif dalam sukan mewakili Daerah / Negeri.
  7. Calon-calon juga mestilah bebas dari sebarang kes jenayah atau dadah.

 

P/s: Calon-calon yang berminat dan memenuhi kelayakan di atas sila kemukakan permohonan menggunakan borang permohonan berserta salinan kad pengenalan, sijil-sijil kelayakan, dokumen yang berkaitan dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) sebelum 06 NOVEMBER 2016 kepada:

 

SUMBER MANUSIA,

PEJABAT PENGURUSAN NEGERI POS MALAYSIA BERHAD,

JALAN TUN RAZAK, 93670 KUCHING SARAWAK.

Setiap permohonan mestilah menggunakan pos ekspres yang boleh didapati di pejabat pos. Sila nyatakan jawatan dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat. Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Segala perbelanjaan ditanggung sendiri oleh pemohon.

Akhir kata, aku ucapkan semoga berjaya, k bye. ;D

Download borang permohonan di sini:

 

Yang benar,

Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *