Lawak kentut bersahaja *Aku berani jamin korang gerenti gelak!*

By | April 18, 2013

 

Aku masih teringat cerita yang aku tonton semalam, ianya berkaitan tentang sepasang suami isteri yang baru sahaja berkahwin. Sewaktu diorang dua ni tidur, tak semena-mena si isteri terkentut dengan kuat sehinggakan si suami terjaga dari tidurnya. Dengan mimik muka yang terkejut akibat terdengar bunyi kentut yang amat kuat, ternampak pula bentuk gelembung yang terhasil pada permukaan selimut. Di tambah lagi aroma bau kentut yang hebat. Si suami berkata, oh tuhanku.  Busuk betul. *Si suami lalu cuba menyambung tidurnya.

Tidak lama kemudian, satu das lagi kedengaran “prooott” dan si suami terbangun dalam keadaan terkejut seperti situasi yang sama baru sekejap tadi, sambil menahan bau kentut yang terlalu hebat itu. Dia pun berkata, “really”? Akibat tidak tahan dengan bau tersebut, dia pun membuat keputusan untuk bangkit dan mengambil spray pewangi yang ala2 “air wick” sambil2 menyembur seluruh ruang bilik tidur mereka. Dan disebabkan si suami geram sangat, dia pun menyembur pada bahagian punggung si isteri.

Baru je disembur, satu das lagi kentut kedengaran dan terbentuk gelembung pada permukaan selimut. Dan si suami tidak lagi tahan lalu ketawa terbahak2 sambil kata “it’s alive!”. Aku pun gelak je la tengok gelagat dia. Pastu si suami sambil gelak2 dia pun blah sambil bawa bantal, cadang nak tidur di ruang tamu kot pasal tak tahan lagi dengan karenah si isteri yang kentut dalam tidur. Baru sahaja si suami melangkah keluar dari pintu bilik, tiba-tiba.. Prooot~ Dan cuba korang teka apa si suami berkata? Dia kata “I heard that!”. Dan tak pasal2 sakit perut aku sebab ketawa berdekah2. adui, sapa punya idea buat cerita macam nih. ;D

P/S: Cuba tonton dulu video di atas ni… Baru diupload pada 15.08.2014.  Dah lama baru nak upload.  Hehe

Yang benar,

Admin

2 thoughts on “Lawak kentut bersahaja *Aku berani jamin korang gerenti gelak!*

  1. samdol

    apa kebenda nie?x lawak langsung…xde rasa mcm nk ketawa…bosan….

    Reply
    1. saharol Post author

      @samdol, baru je upload videonya. Mungkin setakat baca tak rasa lawak sangat, sebaiknya cuba tonton sendiri. ;P

      Reply

Leave a Reply to samdol Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *