Kursus Pengurus Cawangan 2013

By | March 8, 2013

Pada 4 Mac 2013 – 6 Mac 2013 yang dah ber lepas, aku di goda minta untuk turut sama mengikuti Kursus Pengurus Cawangan yang berlangsung di Hotel Merdeka Palace, Kuching. 3 hari berturut-turut, dan macam2 yang diajarkan. Tersumbat rasa saluran pundi kencing nih. Hahaha. Sebab apa yang diajarkan memang 90% benda baru bagi aku.

Aku tengok kebanyakkan yang lain ok je la. Senang nak faham, pasal diorang dah pernah merasa jadi Ketua Pos, aku je yang lagi terkial2. Tapi, rasanya takde masalah. Nota & slide presentation aku dah siap kopi & pasta, jadi memang boleh jadi rujukan di masa hadapan.

Harap2 je la mungkin kursus yang akan datang kitorang diberi praktikal berbanding setakat mendengar & bertanya soalan je. Sebab kerja kat pejabat pos ni memang lebih mudah untuk difahami & diingati bila diterangkan & dilakukan sendiri oleh setiap peserta. Teringat pulak aku, waktu bekerja. Terkial2 pelanggan mengisi borang kiriman wang, borang saham, dll. Nak tak nak kena la terangkan cara mengisi borang tu. Baru selesai masalah.

Tak boleh nak salahkan diorang, pasal aku pun sama je dulu. Tenung je borang tu lama2, memikirkan apa je lagi nak kena isi nih. Especially, bila pertama kali isi borang tu. perghh. Cakap owang putih.. Kadang2, walaupun dah pernah isi 2-3 kali, boleh pula ragu2 lagi. Kui3. Pasal apa, banyak sangat bahasa yang canggih2 dalam borang tu, maksud aku canggih ni kira perkataan baru bagi yang tak biasa atau baru pertama kali mendengarnya. Seperti peribahasa, indah khabar dari rupa. *Aku tahu ianya takde kaitan, tapi suka hati aku la. nak tulis jugak. Nak jugak, nak jugak.*

Tapi, aku cuma nak cakap. Aku masih berpuas hati ada jugak kursus macam ni, sekurang2nya walaupun aku tak boleh nak ingat semua apa yang diajarkan, ada jugak pendedahan serba sedikit cara kerja dilakukan. Dan yang paling penting, aku dah tahu lingkungan kerja sebagai pengurus cawangan, bukannya sesenang mata yang melihatnye pun. Tapi, kerja apa je yang senang? Tidur pun susahkan? So, tabik spring kat boss2 atasan. ;D

Lupa nak mention, 3 hari makan makanan sodap2.. Percuma lak tu. Wahahaha. Saja, nak kasi korang jeles. Lalalala.. Moral of the story, aku cuma nak bagitau masa kursus ni memang ada je yang spoiler. Kena selesema yang takde burung, hasil dalam negeri boleh tahan waktu tu. Susah nak fokus, tambahan pula aku pun tak tahu apasal, mungkin suasana Hotel tu kot yang buat aku rasa nak tidur je. Hahaha

isi-borang-waktu-kursuspenguruscawangan-macamjawabexam kursus-pengurus-cawangan-pos-bahagiansarawak

P/s: Semua ni poyo je, pasal gambar aku je aku letak. Gambar korang buat pe? Buat semak je. Hahaha

Yang benar,

Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *