Lapor diri kali pertama – kerani c2

By | July 16, 2012

Lapor diri kali pertama

16-07-2012 – Isnin

kaki-ku-bukan-kakimu-saharoldotcom-sewaktu-balik-dari-kolej

Hari ni merupakan hari yang dinanti2-kan. Hari pertama bekerja sebagai kerani c2 (di kaunter) pejabat pos satok, Kuching, Sarawak., dan aku bakal mencatat pengalaman pertama bekerja & lapor diri. Waktu melapor pada jam 8.00 pagi, dan aku tiba 15 minit sebelum jam 8 pagi.

Melapor diri ni tak macam temuduga, cuma sewaktu aku melapor diri.. Aku terus diberi kerja. Terus ke kaunter. Alamak! Rasa macam nak gila pun ada. Satu benda pun tak tahu lagi ni. Dalam otak aku, macam2 dah aku fikir.. Macamana ni? Apa nak buat ni? Apa benda ni? *Tiba2 terasa macam bayi yang baru lahir ke dunia, tak tahu apa2.

Sesekali, aku lihat bahagian luar (tempat pelanggan menunggu giliran). Bagi aku, di luar (tempat pelanggan menunggu giliran) seperti syurga, sebab ada air-cond,tempat duduk & hanya perlu menunggu giliran masing2, tapi aku yang kat kaunter nih rasa macam kat neraka walaupun ada air-cond & tempat duduk yang selesa. Hahahaha.

Kalau korang tengok pekerja di kaunter tu macam rilek je, serius aku katakan ia jauh menyimpang dari akal fikiran korang. Mana taknya, bukan senang nak jaga bahagian kaunter, macam babun tul. Hehehe. Setiap transaksi semua perlu ditaip menggunakan komputer dan sistem yang digunakan untuk komputer di sana seperti F12 sewaktu korang baru on laptop/pc.

Kan ada screen biru tu, lebih kurang macam tu la. Menggunakan kod (nombor) untuk membezakan setiap transaksi. Serius aku katakan keje ni macam kerja orang di bank2. Beza dia, kitorang urus lagi bermacam2 transaksi, insurans, bayar bil elektrik, air, streamyx, court mammoth,dll.

Dalam erti kata lain, korang kena tahu la macam2, pasal JPJ, JKR, Astro, ASB, dll walaupun korang tak pernah kerja atau pelajari pasal semua tu. hmmm.. Aku ingat senang je kerja ni, sekali dah berdepan & diajar sendiri, tersumbat rasa saluran darah ke otak ni.

Hahaha. Banyak betul kena ingat.

Itu belum lagi, ada bahagian paling sadis, ada pelanggan marah2 sebab apa aku pun tak ingat. Yang penting dia tak dapat nak selesaikan urusan dia di pejabat pos ni, kena gi tempat lain sebab ada yang perlu diselesaikan. Kesian Cik Su (salah seorang pekerja kaunter di sana) kena marah percuma2 je gara2 tu.

Walaupun bukan salah dia, aku masih ingat ayat pelanggan tu bila dia minta maaf sebab tak dapat nak selesaikan urusan pelanggan tu “Apa sori2, menyusahkan orang je, Ingat senang ke…….. bla.bla.bla” dan dengan selamba rock je pelanggan tu blah.

Lepas tu, seorang lagi senior di sana, kak C (penjaga kaunter juga), selamba berkata “Ni la kerja kaunter di pejabat pos, benda yang bukan salah kita pun kena marah”. Dah tu, Cik Su pulak sambung, “biasa la tu, kena sabar je. Jangan marah2, customer is alway right”..bla.bla.bla..

Aku lak, dalam otak aku fikir “Right la sangat.. ;p”. Tapi bila aku fikir2kan balik, aku rasa aku faham kenapa dia marah2, walaupun memang tak kena pada tempat, ye la. Dari jauh dia datang nak selesaikan urusan dia, ambil no.giliran, tunggu punya tunggu giliran dia (waktu tu ramai orang), sampai kaunter terus penjaga kaunter kata tak dapat nak tolong.

Kena pergi situ, bla3.. Jumpa ni…bla..bla.bla.. Kalau aku kena wat gitu pun memang rasa nak mengamuk pun ada, tapi tu la. Inilah realiti, kena fikir secara mendalam/meluas & terima secara terbuka apa2 masalah yang dihadapi. Tu semua memang ambil masa, bagi aku kalau perkara macam ni terjadi kat aku lak esok, lusa.

Mudah2an aku boleh bersabar dan berfikir secara positif supaya aku tak kena komplen, letih2 kerja kena komplen, mencantikkan reputasi aku je nanti di depan boss2 besar. Wahahaha

P/s: Nanti lagi aku sambung cerita pasal kerja2 kerani pos c2 ni, mungkin kalau berkesempatan, aku nak ajar sekali cara membuat pembayaran contohnya menggunakan western union dll. Sekarang tak dapat nak ajar apa2, aku baru nak mula belajar. Hahaha.

Sekian.

Yang benar,
Admin

31 thoughts on “Lapor diri kali pertama – kerani c2

  1. nor

    nak tanya kerani pejabat pos kerani NCI tu untuk jawatan sebagai apa?

    Reply
    1. saharol Post author

      @nor, kerani NCI di pejabat pos merupakan nama baru bagi pangkat kerani c2. Dalam erti kata lain, kedua2-nya merujuk pangkat/tugas yang sama sahaja.

      Reply
  2. nor

    ok terima kasih atas info yang diberi, saya baru saja lepas temuduga untuk jawatan tu.

    Reply
    1. Aniqah

      salam nor,cmne interview? ada pape tips x? sbb besok saya de interview gak,nerbes nyaaa…huhu

      Reply
      1. nor

        salam Aniqah, interview hari tu ok, tapi ramai sgt org lebih kurang 50 org, masa nor kena ada 4 panel, dari 50 org di bahagikan kepada 4 panel, soalan banyak berkaitan pejabat pos, pengetahuan agama, Aniqah dapat interview dekat mana?

        Reply
  3. nor

    nak tanya selalu selepas temuduga keputusan temuduga dapat tahu bila?

    Reply
    1. saharol Post author

      @nor, ianya tak menentu. Mungkin seminggu, dua minggu, sebulan atau mungkin juga 3-6 bulan. Dalam kes saya sendiri, selepas dua minggu, saya diminta untuk melapor diri.

      Reply
  4. zalie

    aku baru je dapat keje ni..kat area jalan song kuching….bulan 9 start…macam mane ko skrang owkey ke???

    Reply
    1. saharol Post author

      @Zalie, Ok la gak sebab kat sini staff2 dia bukan jenis yang menengking, ok je cuma bila buat silap, memang macam nak telan orang je rupa diorang. Hahaha. Seram2 ;p

      P/s: Tapi yang spoiler, pc/mesin kat kaunter selalu buat hal. Bikin panas tul. ==”
      Oh, tak lama lagi tu. Bulan 9, siap sedialah. Banyak nak belajar tu, kat jalan Song tu lagi Pusat Pos Laju kalau tak silap aku, lagi banyak pelanggan dan urusan kot. Entahlah, tak pernah pergi ke sana. Kalau ada masa, meh datang lagi kat sini lawat2 blog nih. Nanti aku nak update pasal kerja ni, lagi2 cara mengurus urusan JPJ,dll. Banyak oo.. Nota jangan lupa bawa masa lapor diri, memang terus ke kaunter kalau macam aku kot. Hati2 kira duit, aku dah sort Rm500 dah. Ganti cash! -.-”
      Ok, tu je.

      Reply
  5. ayu

    hai, nak tny, apa soalan ye yg kena tny time intervew?
    nak intrvw hari selasa ni la..huuu
    thanks..

    Reply
    1. saharol Post author

      @Jerul & @ ayu, waktu aku temuduga dulu, soalan yang dia tanya kenapa minta kerja ni? Aku kata la aku minat berniaga, nak belajar membiasakan diri berdepan dengan pelanggan. Selain tu, diorang ada tanya kenapa mesti diorang ambil aku bekerja? Apa kelebihan aku? Yang ni pandai2 korang la nak fikir jawapan apa. Aku pun tak ingat apa yang aku cakap sebelum ni. Hahaha.

      Dah tu, diorang ada tanya apa yang aku tahu pasal pekerjaan ni. Jadi, nak tak nak korang kena buat kaji selidik pasal background syarikat, siapa orang penting dalam syarikat dll. Buat nota ringkas cukup la, yang penting waktu korang menjawab tu jangan menampakkan korang menghafal. Tapi lebih kepada seakan2 korang berbual dengan penemuduga.

      Waktu temuduga nanti, lagi2 macam aku ada 2 orang sekali menemuduga aku, memang korang akan rasa nervous, tapi untuk hilangkan nervous tu, cuma pastikan korang fokus pasal salah seorang penemuduga dalam suatu masa. Kalau tak mampu bertentang mata, tengok hidung diorang cukup la. Hahaha ;p

      Lagi satu, jangan sesekali diam apabila ditanya soalan. Katakan secara jujur, kalau macam korang kurang yakin dengan jawapan korang, boleh katakan macam ni. “Saya kurang pasti samada apa yang saya bakal katakan ni tepat, tapi setahu saya…….”. Lebih kurang macam tu la.

      Reply
  6. cikinto

    hi,

    mgu dpn saya pun akan temuduga jawatan ni. nak tanya, klu awak tak kisah, gaji dia dalam linkungan berapa yer?

    thanks utk info2 diatas. boleh guna nnt 🙂

    Reply
    1. saharol Post author

      @cikinto, Tanggagaji bagi kerani NC1/C2 dalam Rm1000-Rm2100.00 (Tidak termasuk elaun).

      Reply
  7. mira

    saya akan dapat interview next week..nervous pulak..pasal kerajaan malaysia ada diorg tnya x?pos berhad bukan company GLC kn?
    under kementerian apa erk??

    Reply
  8. miera

    saya ada interview next week sebagai kerani nc1 jgak..nervous jugak..pasal kerjaan & menteri2 malaysia diorg byk tnya x?pos berhad bukan GLC kn?under kementerian apa erk??

    Reply
    1. nor

      salam, miera dapat interview dekat mana.? nor hari tu belah utara, pejabat pos mereka isi kekosongan mengikut staf yang berpencen, bila ada staf pencen baru depa ambil orang baru, nor ada tel tanya pejabat pos hari tu.

      Reply
  9. nur

    salam,
    nak tanya.. kalau dah 4thn kerja sbg kerani kaunter, jika tiada kenaikan pangkat, adakah gred masih sama, iaitu NC1?..
    agak2 brp gaji org yg dhkerja 4thn d jwtn yg saman?
    kerja d pos ada pencen x?
    apa jenis2 elaun yg diberikan?
    di mana boleh rujuk ttg tangga gaji sbg kerani kaunter pos?

    Reply
    1. saharol Post author

      @nur, k.

      Gred memang akan tetap sama, walaupun dah 4 tahun bekerja. Kalau inginkan kenaikan pangkat, selepas tiga tahun bekerja kalau saya tak silap, boleh mengambil ujian kerani. Pasal gaji lak, saya sendiri dah tanya senior. Gaji setiap tahun bertambah, tak pasti berapa banyak yang ditambahnya.
      Elaun yang disediakan antaranya, elaun teller, elaun operasi, elaun rumah, elaun kawasan, elaun khas, dan elaun kehadiran.

      P/s: Sila rujuk dengan orang yang lebih lama telah bekerja sebagai kerani kaunter kalau nak tahu lebih lanjut pasal gaji dan kenaikan pangkat. ;D

      Reply
  10. natasha

    shahrol..sory byk sgt btnya..huhu..gaji kalau msok kerja kuar same time cm org laij tak or delay?

    Reply
    1. saharol Post author

      @natasha, bergantung. Kalau diconsider sebagai pekerja sambilan, tarikh keluar gaji berlainan la.

      Reply
  11. natasha

    ouh..mcm sy rito msok kerja 28 ribulan..maksud tak sama timing la kan ^_^

    Reply
    1. saharol Post author

      @natasha, bukan timing masuk tu yang dilihat, tapi jawatan sekarang tu dikira sebagai pekerja sambilan atau tak. Kalau dikira sambilan, lain la tarikh terima gaji.

      Reply
  12. wannieys

    Salam baru terima surat twrn pgln temuduga dkt pejabat pos bsr ipoh..
    rbu mgu hdpn..nervous pon ada..
    mcm2 persoalan yg bermain di fikiran ni..

    Reply
  13. wannieys

    Saya Memerlukan pengalaman dn pndpt kalian2 smua mgenai jwtn kerani NC1 ni..
    Jika kalian berminat utk share dgn sy..
    blh ws sy 01129588620

    Reply
  14. nadia

    @wannieys sama laa . saya pun ade dapat jugak interview kat pejabat pos ipoh . tapi saya interview hari khamis mggu depan .
    @saharol saya nak tanya , waktu kerja dia cmne ehh ? office hour or shift ye ?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @nadia, waktu kerja pejabat macam biasa, kerja shift tu kalau kerja kat UTC, dll. Bergantung kepada tempat bekerja gak.

      Reply
  15. nadia

    @saharol satu lagi soalan saya nak tanyaa . if kita interview kat situ , tak pasti lagi kan dpat kat tmpat yg sama ? hritu awak dpat intrview kat mana & skg awak kerja dimana ye ? tq saharol ?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *