Jawatan kosong kerani kaunter & posmen Sarawak 2015 (Borang permohonan disertakan)

By | October 15, 2015

iklan-borang-permohonan-kekosonganjawatan-posmalaysiaberhad-ker

Maaf ye! Agak lambat sedikit untuk kongsikan maklumat mengenai jawatan kosong kali ni. Kekosongan jawatan ni untuk yang tetap dan sambilan, di Kuching & Sibu (Sarawak) – Ikut keperluan semasa.

Gaji:

  1. RM800.00 – RM1785.00 (POSMEN TETAP)
  2. RM1000.00 – RM2205.00 (KERANI TETAP)
  3. RM42.00 SEHARI (KERANI & POSMEN SAMBILAN)

Syarat-syarat kelayakan memohon:

POSMEN

  • Lelaki
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun.
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang diiktiraf setaraf dengannya (Lulus Bahasa Malaysia,SPM)
  • Memiliki lesen B2 (Kelebihan kepada calon yang memiliki Lesen GDL/E)
  • Boleh bertugas dengan baik dengan pengawasan yang minima, sanggup menerima beban kerja dan boleh bertugas lebih masa.
  • Mempunyai sikap yang positif, berdedikasi dan semangat kerjasama yang tinggi.
  • Calon juga mestilah bebas dari sebarang kes jenayah atau dadah.

KERANI

  • Lelaki atau Perempuan
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun.
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang diiktiraf setaraf dengannya dan
  • Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) dan Lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya dan
  • Kepujian salah satu daripada matapelajaran Matematik, Prinsip Akaun, Perdagangan dan Ekonomi pada peringkat SPM.
  • Keutamaan dipertimbangkan kepada calon-calon yang mempunyai asas dalam mengendalikan komputer serta aktif dalam sukan mewakili Daerah / Negeri.
  • Calon mesti bebas dari sebarang kes jenayah atau dadah.

Calon-calon yang berminat dan memenuhi kriteria di atas, sila kemukakan permohonan menggunakan borang permohonan beserta salinan kad pengenalan, sijil-sijil kelayakan, dokumen yang berkaitan dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) sebelum 23 oktober 2015 kepada:

SUMBER MANUSIA, PEJABAT PENGURUSAN NEGERI POS MALAYSIA BERHAD,

JALAN TUN RAZAK, 93670 KUCHING, SARAWAK

P/s: Sila hantar permohonan menggunakan sampul pos ekspres yang boleh didapati di pejabat pos. Nyatakan jawatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat. Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Segala perbelanjaan ditanggung sendiri oleh pemohon.

KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN (dalam format zip)

Apapun, semoga berjaya kepada semua calon. Ok, tu je.

Yang benar,

Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *