Setelah setahun jagung menghilangkan diri. Hehe. Diriku muncul kembali tetapi kali ni nak cerita pasal jam tangan pulak. Ye, jam tangan. Takkanlah jam dinding pulak. Apahal? ;D
Anyway, berbalik kepada cerita asal. Jam tangan ni memang disukai dan digunakan oleh kebanyakkan kaum lelaki mahupun perempuan sejak azali lagi. Maklumlah, fungsinya cukup penting untuk membolehkan pemiliknya mengetahui setiap detik waktu pada ketika ia melihat jam tangannya. Kecualilah jam tangan tu habis bateri. Nasiblah kan?
Dan bagi yang suka bergaya, salah satu aksesori terpenting tak lain tak bukan jam tangan. Jam tangan ni kalau korang perasan mempunyai dua paparan iaitu klasik & digital. Terpulang kepada citarasa masing-masing asalkan gembira. Jangan tersengih-sengih sorang-sorang dah.
Nak beli jam tangan pun tak macam dulu sebab boleh je beli online. Banyak blogshop & laman web yang menjualnya dengan pelbagai koleksi rekaan, jenama, keluaran tempatan dan antarabangsa. Dah tak perlu lagi nak bersusah-payah untuk pergi ke kedai jam yang nun jauh di sana merentasi panas terik matahari, hujan mahupun ribut taufan.
Persoalannya? Jam tangan mana yang paling sesuai. Haaa! Kat sini ada dikongsikan beberapa tips terbaik pilih jam tangan lelaki yang sangat berguna untuk korang. Selain tu, ada beberapa tips lain kalau nak beli jam tangan lelaki, pastikan: (*tips ini khas bagi awek yang ingin menghadiahkan jam tangan kepada teman lelaki, suami. Hohoho)
- Harga berpatutan dan mengikut bajet. Kalau tak, macamana nak beli kalau duit tak cukup. Takkan nak masuk buku 555 pulak? ;D
- Rekaan & paparan sesuai mengikut kehendak & keperluan. Maksudnya beli ikut bentuk paparan yang disukai dan sesuai dengan keperluan. Contohnya, kalau jam tangan tu untuk dipakai sewaktu bekerja di pejabat, jam tangan berbentuk sport memang tak sesuailah. Dapat tangkap tak maksud yang cuba disampaikan? Apa? tak dapat tangkap? Itulah. Kuat makan semut. *gurau je. ;D
- Saiz jam tangan yang sesuai. Yang ni penting. Ibarat memakai jam dinding di tangan, nampak sangat kelakar dan tak sesuaikan? Pilihlah saiz ukuran jam tangan dan lilitan mengikut pergelangan tangan masing-masing.
- Selesa digunakan. Walau cantik mana jam tangan tu kalau tak selesa nanti, korang juga yang rasa tak selesa. Kesimpulannya, keselesaan diutamakan.
- Selebihnya. google je. Melambak. Betul. Percayalah cakap beta.
P/s: Bagi yang belum pernah membeli secara online, cubalah. Sebab kebanyakkan jam tangan yang dijual secara online jauh lebih murah berbanding di kedai. Ada bermacam-macam rekaan. Jaga-jaga! Boleh rambang mata dibuatnya! Sekian.
Yang benar,
Admin