*copy paste dari fiqriezack.com untuk bacaan bersama.
Assalamualaikum semua! 🙂
Sempena hari jumaat yang mulia ini, pihak kami sekali lagi ingin berkongsi sedikit ilmu mengenai insuran kenderaan. Topik yang akan dibincangkan kali ini ialah APA ITU WINDSCREEN?Â
Windscreen merupakan perlindungan tambahan biasanya ditawarkan bersama insuran komprehensif (1st party) kereta sahaja, fungsi utamanya hanya untuk melindungi cermin kenderaan anda, kecuali side mirror. Jika perlindungan ini diambil, apabila tuntutan dibuat ianya tidak akan menjejaskan ncd kenderaan anda. Namun, ada beberapa perkara anda harus ingat:
- Jika jumlah tuntutan melebihi jumlah perlindungan windscreen yang diambil, anda perlu tambah secara tunai jumlah yang kurang.
- Jika jumlah tuntutan tidak melebihi jumlah perlindungan windscreen tersebut, maka baki selebihnya itu sahaja yang boleh dituntut jika berlaku tuntutan seterusnya untuk kes cermin pecah (dalam tempoh setahun perlindungan).
- Jika tiada perlindungan windscreen diambil atau sebelum ini telah dibuat tuntutan, tuntutan yang seterusnya masih boleh dibuat namun NCD anda akan berkurang atau kembali 0% (hanya untuk perlindungan insuran komprehensif/1st party).
Kadar caj bagi perlindungan windscreen adalah berbeza mengikut model kenderaan, dll.
Semoga bermanfaat!
Rujukan;
gambar –Â https://cdn.newsapi.com.au/image/v1/5705bc218d41abeb1c47e8bd662a932e