*copy paste untuk rujukan bersama*
Assalamualaikum pelanggan yang dihormati. Diharap sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera. Dalam artikel kali ini, pihak kami fiqriezack ingin berkongsi mengenai apa itu perlindungan kemalangan diri atau dalam bahasa inggerisnya personal accident (PA).
Perlindungan kemalangan diri merujuk kepada polisi insuran yang menyediakan pampasan kepada ahlinya sekiranya berlaku kematian, hilang upaya dan kecederaan yang disebabkan kemalangan. Definisi kemalangan ialah kejadian yang bersifat ganas, namun tidak disengajakan serta berbentuk luaran dan jelas kelihatan.
Ianya boleh didapati dalam bentuk perlindungan secara individu atau keluarga / sekumpulan orang. Kebiasaannya, sewaktu anda ingin memperbaharui insuran kenderaan, pihak insuran akan menawarkan perlindungan ini sebagai perlindungan tambahan. Untuk pengetahuan anda;
- Harga bagi perlindungan kemalangan diri adalah berbeza bagi setiap pelan dan syarikat takaful / insuran.
- Jumlah pampasan perlindungan juga berbeza.
- Sesetengah syarikat takaful / insuran turut memberikan manfaat tambahan lain seperti elaun bermalam di hospital, perbelanjaan pengebumian dll.
- Majoriti perlindungan kemalangan diri bagi insuran motosikal hanya melindungi pemilik kenderaan sewaktu membonceng / menunggang.
- Tidak kurang juga ada sesetengah syarikat insuran mewajibkan pengambilan insuran perlindungan kemalangan diri samada disebabkan risiko jenis kenderaan yang selalu hilang dll.
- Perlindungan kemalangan diri yang ditawarkan beserta insuran / takaful kenderaan biasanya hanya melindungi pemilik kenderaan & penumpang sewaktu menaiki kenderaan tersebut.
Nota admin : Seperti yang dinyatakan pada no.2, sesetengah syarikat insuran contohnya Allianz memberikan perkhidmatan towing (bukan disebabkan kemalangan) & bantuan kecemasan lain seperti membaiki kereta di tengah jalan – rosak (semuanya dalam satu produk – beserta PA). Semoga bermanfaat. 🙂