Hari ni baru aku dapat online, semalam tak dapat sebab kena “limited access” mende tah. Baru je tahu apa puncanya, rupanya penyedia wifi kat tempat aku menyewa nih tukar password baru. Siut je. Patutlah dari semalam cuba online, tak dapat2.
Waktu aku nak tidur semalam pun boleh tahan seramnya. Sebab pe? Waktu aku dah nak terlelap, tiba2 badan aku tak boleh nak bergerak seolah2 ada orang tengah tahan/pegang seluruh badan aku, aku nak bercakap pun hampir tak dapat sebab aku terasa macam ada orang tengah cekik aku, suara aku yang keluar pun cuma macam suara orang berbisik.
Aku bawa baca ayat Qursi, dah selesai baca, beberapa saat lepas tu baru badan aku rasa pulih semula. Waktu aku tak dapat nak gerak langsung tu, aku ada terdengar seakan2 ada orang membaca2/membisik sesuatu tapi entah apa, jampi serapah ke mende, entahlah. Pandangan aku pun kabur2 je waktu tu.
Yang pentingnya, aku tak ternampak benda yang pelik2 atau menakutkan, kalau nampak pengsan kot. Wal’hualam. Dan kalau korang nak tahu, ada lagi yang lebih seram. Apa dia? Aku baru perasan…. Semalam, ialah malam jumaat! -.-“
P/s: Ni kisah betul, aku tak reka2. Baru je jadi semalam, hari ni baru aku ceritakan. Apapun, aku harap tak terjadi benda yang pelik2 macam ni lagi. Seram ooo. Dahlah sorang2 kat bilik sewa nih. -.-“
Yang benar,
Admin