Cerita hantu limbang – Bapak dah pesan, jangan main sampai waktu maghrib!

By | June 6, 2012

Cerita hantu yang bakal aku ceritakan ni terjadi kat diri aku (admin) sendiri. Gara2 tak nak dengar cakap bapak aku, percuma aku kena kacau! Rasanya korang pun selalu kena nasihatkan jangan bermain atau keluar ke mana2 waktu2 maghrib ni. Tapi, aku ni entahlah! Jenis yang susah nak dengan cakap orang. Hahaha

hantu-pocong-sesat-cerita-hantu

Lama dah kejadian ni, beberapa tahun yang lepas. Aku tak ingat berapa umur aku waktu tu.  Tapi, nak di jadikan cerita, aku ni suka bermain dengan anak jiran dan selalu je balik lewat. Dalam jam 6 petang, dekat2 nak maghrib. Kat Sarawak, memang awal masuk waktu maghrib. Jadi korang jangan konfius pulak.

Ada la sekali tu, aku balik lewat. Bapak aku marah, dia kunci pintu tak bagi aku masuk. Hahaha. Padan muka aku! Aku dapat dengar dengan jelas suara dia marah2 tu dari luar rumah. Kalau korang nak tahu, aku ni tinggal kat flat bomba Limbang (blok a). Sebabnya, bapak aku kerja dia pegawai bomba.

Memandangkan tempat tu flat bomba, jadi aku rasa segan lak kalau ada orang lain yang tinggal di flat ni ternampak aku, lalu aku pun buat keputusan untuk duduk di tangga di tingkat dua. Rumah aku kat tingkat 1 je. Waktu aku menunggu kat sana, memang macam sial! Punyalah seram. Lampu kat tingkat 1 dan 2 memang rosak. Di tingkat 2 memang ada orang tinggal, tetapi waktu tu seakan2 tiada orang.

Kalau korang tengok, pintu rumah kan ada ruang kecil di bawahnya. Jadi, biasa kalau ada orang bukak lampu, mesti nampakkan cahayanya. Tapi, masa tu langsung takde! Memang aku yakin waktu tu sorang pun takde dalam rumah masing2. Paling koman pun, mungkin masih tidur.

Gelap gelita time tu. Tapi gara2 tak nak orang nampak keadaan aku sekarang, terpaksalah aku beranikan diri. Tunggu punya tunggu, hujan mula turun. Lebat pulak tu. Siap ada guruh + kilat. Dahlah kat belakang flat ni hutan! Korang agak2 bertapa seramnya aku rasa. Aku sempat lagi terdengar sayup2 bunyi azan berkumandang sebelum terjadi sesuatu yang aku tak sangkakan.

Tak lama kemudian…

dalam samar2 sebab bunyi hujan merintik terlampau kuat, aku terdengar bunyi pinggan pecah! Yang tu ok lagi, tapi yang gilernya ada orang ketawa pulak lepas aku dengar bunyi pinggan pecah. Entah makhluk mana yang ketawa gara2 pinggan pecah, benggong je.

Aku waktu tu memang dah berdebar2 rasanya, sebab dari mana pulak bunyi pinggan pecah + ketawa ni datang? Lama-kelamaan bunyi ketawa tadi berubah jadi bunyi mengilai pulak! Aku waktu tu gegar lutut dah, aku tengok kiri kanan, atas, depan aku, belakang (dinding tempat aku bersandar). Langsung tak nampak apa! Aku cubalah bawak2 nak baca surah pe je yang aku tau.

Lagi2 tiga qul. Tapi yang lawaknya takde satu pun yang betul. Hahaha. Memang bercampur2 dah surah2 tu. Tunggang-langgang dah bacaan aku. Aku dulu, bukan jenis yang suka gi mengaji. Skip2 tu ada la. Sebabnya, aku langsung tak faham apa yang diajarkan kat sekolah. Dan ada banyak sebab lain tapi aku tak nak ceritakan kat sini. Sambung balik cerita…

Lepas cubaan aku untuk baca surah pe je aku tau gagal, aku pun makin gelabah. Aku berkata dalam hati: “macamana ni? Apa benda yang mengilai ni? Mana mau lari ni? Atas atau bawah? Atau mahu tunggu je kat sini, tapi aku rasa takut sangat mau tunggu di sini”.. Akhirnya, tanpa berfikir panjang lagi, aku terus berlari ke bawah dan sembunyi pulak kat bawah tangga!

Fuh!!! Syukur kat bawah ada jugak lampu yang terbuka. Tak la gelap sangat. Aku tak pasti berapa lama aku sembunyi kat bawah tangga tu sampailah aku terdengar suara bapak aku yang suruh adik2 aku cari aku, suruh balik!

Nak balik rumah pun waktu tu takut2, tapi nak tunggu kat luar lagilah aku takut. Akhirnya, aku balik juga ke rumah. Sempat lagi aku cerita kat adik-beradik aku yang lain apa yang aku alami kejap tadi.. Tapi, syukur gak aku tak terkencing dalam seluar sebab ketakutan. Kalau tak, memang habislah kena ketawakan. ;p

P/s: Nasib juga aku terdengar je, bukan ternampak benda tu. Kalau tak, arwah pengsan aku dibuatnya. Maaflah, mungkin cerita hantu yang aku alami ni tak berapa seram bagi korang, kena alami sendiri baru dapat rasa seram dia macamana.

Yang benar,

Admin

5 thoughts on “Cerita hantu limbang – Bapak dah pesan, jangan main sampai waktu maghrib!

    1. saharol Post author

      @cik tom, tu la. Nasib baik tak terkencing. Hahaha ;p

      Reply
  1. akubiomed

    Saya pernah bertugas di Sarawak. Kerap juga melawat ke hospital Limbang.

    Kalau sudah seram hendak pergi buang air kecil pun takut. 🙂

    Reply

Leave a Reply to saharol Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *