Cerita hantu – Gangguan semasa berada di Jerudung Park (JP) Brunei

By | May 30, 2012

Cerita hantu – Gangguan semasa berada di Jerudung Park (JP) Brunei

Aku dan 4 orang kawan sudah merancang dari awal lagi untuk pergi ke JP bersama2, tapi disebabkan diorang selalu sibuk dengan kerja, banyak kali dah tangguh. Sampailah suatu hari, kami semua ada masa lapang. Cuti la katakan. Cun pulak esoknya hari jadi salah seorang kawan aku ni. Tanpa berfikir panjang, kami pun pergi ke sana kononnya untuk hilangkan tekanan kerja dan sekaligus menyambut hari jadi kawan kitorang yang sorang ni.

jerudong-park-brunei-cerita-hantu

Kami semua memang dah sedia maklum, malam tu malam Jumaat, tapi disebabkan jadual kerja kami padat, kami semua sepakat pergi je JP malam tu jugak. Aku masa tu, rasa kurang setuju, tapi memandangkan yang lain setuju, aku angguk je la. Kami pun bertolak awal, sebab terfikir kalau pergi awal, balik pun awal. Hehehe.

Kami sampai ke JP kira2 pukul 5.30 petang, sampai di sana sibuklah kami membeli tiket, minuman. Ada juga kawan aku yang buat hal, sempat lagi pergi melabur saham[di tandas]. Jam waktu tu hampir menunjukkan 6 petang, kami mula bermain. Awalnya, kami berjalan2 dulu keliling JP untuk melihat permainan apa yang ada dan melihat suasana di JP ni. Maklumlah, lama dah tak ke situ.

Sampai saja kami berlima di kawasan “go kart” yang melintasi jambatan, kami terus duduk di sana sambil melihat orang lain bermain. Jam menunjukkan 6.45 petang. Kami pun rasa macam tak nak main sebab dalam pakej tiket yang kami beli tak disenaraikan permainan go kart. Hehehe. Lepas puas tengok orang main,ย  kami kembali semula ke kawansan “bumper car”. Waktu dalam perjalanan ke sana, aku ingatkan ada lampu jalan, rupanya langsung tiada.

Aku melihat jam waktu tu menunjukkan 7.05 malam. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih, kami berlima memberanikan diri untuk meneruskan perjalanan. Waktu tu, tak kelihatan orang lain kecuali kami berlima. Aku terpaksa menggunakan “flash light” hp aku sebab kawasan tu memang gelap gelita. Dalam hati aku berkata “Kalau aku sorang je, memang aku pun tak berani nak lalu kawasan ni”.

Sewaktu kami melintasi tandas yang memang gelap gelita di sebelah kiri kami, tiba2 aku ternampak sesuatu di atas atap tandasย  tu. Mulanya, aku tak nak bagitahu kat kawan aku yang lain sebab aku tahu ada yang penakut tahap kritikal dikalangan kami. Badan aku waktu tu terketar2, meremang bulu roma. Rasa nak menjerit pun ada waktu tu. Tapi, disebabkan aku tak nak diorang ternampak apa yang aku baru nampak tadi, aku pun kata kat diorang “Jalan lurus je, jangan toleh ke belakang lagi, jangan panik!”.

Selepas je aku cakap macam tu kat diorang, diorang pun terus diam. Tak lama kemudian, makin laju pulak diorang ni berjalan. Nak kata berlari tak juga, berjalan tak juga. Rasa nak ketawa pun ada waktu tu. Tapi bila teringat balik benda yang aku nampak baru kejap tadi, aku pun ikut berjalan selaju kawan2aku yang lain. Kemudian, aku terdengar pulak bunyi macam ada sesuatu jatuh dari atas atap tandas tadi.

Aku pun menoleh ke belakang, Ya Allah! Aku pun dah panik giler waktu tu, tak sanggup lagi rasa nak berjalan. Aku terus berlari sambil berteriak suruh yang lain ikut lari cepat2. Kami berlari sehingga sampai ke sebuah pondok dekat dengan “Playground” sebab di sana kawasannya agak terang kerana ada lampu. Kami terus duduk sambil nafas masih tercungap2 di pondok tu. Diorang ni terus tanya aku : “Ko ni, tadi suruh kitorang jangan panik, tapi ko sendiri berlari sekuat hati. Apa yang ko nampak tadi? Meremang bulu aku dibuat ko ni”.

Aku tengok waktu tu, diorang semua tercungap2 sambil buat muka yang macam ada 1001 soalan. Aku pun bagi tahu diorang, “Jom la kita balik sekarang. Aku dah rasa lain semacam ni, kalau tak nak balik sekarang, kita pergi la ke tempat lain. Yang penting, aku tak nak berada di sini lama2”. Diorang pun rasanya faham maksud aku, lalu kami pun balik ke rumah kawan yang nak sambut hari jadi ni. Tumpang tidur di rumahnya beramai2 malam tu.

Keesokkan harinya, baru aku ceritakan semuanya kat diorang. Sebenarnya, benda yang aku ternampak atas atap tandas mula2nya satu lembaga berambut panjang hingga mencecah atap tandas tu, berpakaian putih, tiada mata, dan bertaring panjang. Di tangan kanan lembaga tu ada sebilah pisau, kemudian lembaga tu menjilat pisau dengan lidahnya yang panjang sambil mengalirkan darah. Lembaga tu tengok ke arah lain, bukan kat kitorang. Aku masa tu mula membaca surah2 yang aku tahu, tapi sekejap je. sebab lembaga tu hilang secara tiba2.

Cuma yang paling seram waktu aku menoleh kebelakang sebab terdengar bunyi sesuatu jatuh dari atas atap tu. Dan aku nampak lembaga tu memotong anggota badannya sedikit demi sedikit menggunakan pisau termasuk kepalanya sendiri. Sempat juga aku terlihat, lembaga tu memotong kepalanya dan terus menghumban kepalanya ke atas atap, dan anggota badannya yang lain satu demi satu.

Disebabkan kejadian tu, 3 hari aku minta cuti & terus kena demam. Nasib takde apa2 lagi muncul selepas tu.

P/s: cerita hantu ni aku jumpa kat google, bukan aku nyer cerita. Aku cuma ceritakan balik je.

Yang suka baca cerita hantu,

Admin

12 thoughts on “Cerita hantu – Gangguan semasa berada di Jerudung Park (JP) Brunei

  1. cik tom

    hehe..ingatkan kisah betul penulis blog ni..
    best jgk cerita seram ni..tp kl describe antu tue lg detail lg seram kot.. ๐Ÿ™‚

    Reply
    1. saharol Post author

      @cik tom, saya ni tak berapa pandai dalam bab2 bercerita. Kadang2 bila cerita yang seram2, entah macamana hilang pulak seramnya. Hahaha ;p

      Reply
    1. saharol Post author

      @akhiyy, Kalau bab ternampak “benda tu” tak pernah la. Tapi, ada beberapa kali mengalami peristiwa kena kacau tapi setakat dengar2 bunyi je. Nanti saya ceritakan. ;p

      Reply
  2. sentosa

    Pengunaan bahasa yg kurang memuaskan…sorry ye..saya suka part akhir what he saw/what the creature did tapi lebih seram kalau bahasa nya lebih tersusun dan jelas ๐Ÿ™‚

    Reply
  3. Black

    A little advice .. hahaha kn ckp malaysia kah bahasa melayu.. bektah usai lgi bahasa atu.. penggunaan bahasa yg salah boleh membosankan cerita yg d sampaikan..ok

    Reply

Leave a Reply to sentosa Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *