Blog Perniagaan & Informasi Harian

Rangkaian Penuh Berinformasi, Free lagi..

Archive for the ‘Tips blogging’ Category

Perlu sentiasa kemaskini blog (panduan seo)

with 2 comments

Perlu sentiasa kemaskini blog (panduan seo)

Salah satu elemen penting bagaimana untuk mengekalkan kedudukan anda di dalam enjin carian ialah sentiasa mengemaskini blog [update]. Ramai yang tersilap mentafsirkan makna sebenar mengemaskini blog. Mereka beranggapan mengemaskini [update] blog bermaksud perlu sentiasa menaip artikel baru dan menerbitkannya.

update-blog-panduanseo-kemaskiniblog

Mereka silap! Mengemaskini blog tidak semestinya anda perlu menaip artikel baru tetapi sekadar mengubah template, tag, kategori, kedudukan banner dan apa sahaja di dalam blog anda juga termasuk di dalam kategori mengemaskini blog. Namun begitu, saya sarankan anda sekurang-kurangnya memasukkan artikel baru selang 2-3 hari. Ini kerana pelawat sukakan blog yang sentiasa dikemaskini dengan artikel yang baru dan menarik sebagai rujukan & bacaan mereka.

Sebenarnya, anda tidaklah semestinya perlu menaip artikel baru, anda boleh juga memasukkan artikel dari blog lain ke dalam blog anda asalkan anda dapatkan keizinan dari penulis artikel. Kebiasaannya, cukup sekadar anda meletakkan link di akhir artikel tersebut. Link tersebut merujuk kepada di mana anda menyalinnya. Mudah bukan?

Apa lagi yang anda tunggu? Kemaskini blog anda sekarang. Itu sahaja panduan seo untuk kali ini. Semoga bermanfaat kepada anda semua!

Share/Save/Bookmark

Pengenalan - Website Baru Saya Dah Berjaya Dibuat!!

with 2 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terima kasih sebab sudi menjenguk ke blog ini. Baru je dibuat semalam. Mula-mula berjalan dengan lancar tetapi tiba-tiba satu benda terjadi dimana file di dalam bahagian public_html hilang dari hosting saya. Haha.. Terdelete kot.

Tapi, syukur ada live support. Rasanya tak sampai 10 minit. Selesai masalah.. Memang bagus support dari web hosting Netkl.com . Tak menyesal menyewa hosting dari mereka. :D

tahniah,congrate,congratulation

Untuk pengetahuan anda,

Saya sebenarnya telah lama blogging tetapi jarang-jarang update blog. Sebab rasa jemu menggunakan blogspot. Teringin nak ada website sendiri. Sehingga lah sekarang, wujud juga akhirnya website saharol.com ni.

Atas bantuan Pakej Lengkap Blogger yang saya beli, baru saya tahu, dari membeli domain + hosting, mengupload + download website, themes, dan cara menggunakan fungsi2 yang terdapat di dalam wordpress tak sesusah seperti yang saya fikirkan. Boleh selesaikan dalam sehari tu je.

Sekarang, cuma perlukan masa untuk membiasakan diri menguruskan blog ini.  Diharap kewujudan blog ini memberi manfaat kepada setiap pengunjung ke laman web ini. :D

Sekian..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share/Save/Bookmark

Written by admin

June 9th, 2010 at 7:17 pm