Blog Perniagaan & Informasi Harian

Rangkaian Penuh Berinformasi, Free lagi..

Archive for the ‘Lain-Lain’ Category

Anda ingin belajar menembak?

without comments

Anda ingin belajar menembak?

Kalau dulu masa kecil-kecil, Mak! “Belikan saya pistol mainan”. Kalau tak dibelikan, mulalah buat muka masam macam cuka. [Mengada-ngada betul].. Bila dibelikan, gembira tak terkata! Apa lagi, masa tu bila sudah ada pistol air di tangan, terus tembak kawan guna pistol air kemudian lari sambil ketawa berdekah-dekah. Hehe. ..Itu cerita masa lalu, apa pula cerita masa sekarang?

Pernah tak anda terfikir untuk belajar menembak guna pistol betul? Kalau pernah, tahukah anda di mana tempat untuk mempelajarinya?  Maklumlah, bidang menembak ini bukannya semudah yang di sangka! Perlu juga tahu cara untuk menembak, jenis pistol, dan bermacam-macam lagi!

Jadi, di mana anda boleh belajar menembak?

Dengar cerita City Square Shooting Gallery ada menawarkan kelas belajar menembak secara profesional. Tak kisahlah samada anda masih baru ataupun yang sudah berpengalaman dalam bidang ini dengan harga yang cukup murah. Bagi lelaki di luar sana, inilah masanya untuk anda beraksi! Boleh “show-off” sikit bila sudah pakar depan si - dia.  Hehe..

P/s: Amaran! Kalau sudah pakar dalam bidang menembak, jangan pula tembak orang lain, anjing liar dan sebagainya sesuka hati. Tak baik tau! Hehe.. Apapun, tonton video di bawah terlebih dahulu, orang belajar menembak dengan cara yang betul.

Ok, Sudah bersedia untuk menembak?

Klik sini untuk belajar menembak .. Peng!! Peng!!

Share/Save/Bookmark

Written by admin

February 26th, 2011 at 10:07 pm

Jangan membazir!! Tak Baik!

without comments

Jangan membazir!!

Kita sering mendengar perkataan ini disebut bahkan tidak terkecuali diri kita sendiri menyebutnya. Namun, kebiasaannya ianya dikaitkan dengan masa & makan/minuman. Tentang masa, sememangnya & sebolehnya janganlah dibazirkan sebab masa kita di dunia ini tidak termasuk tidur sangatlah singkat.

Kalau tak percaya, cuba buat kajian sendiri. Tulis berapa lama anda tidur hari ini. Lepas tu, cuba darab dengan 365 [1 tahun]. Lihat berapa banyak masa yang telah anda habiskan untuk tidur & buat tahi mata. Itu baru tidur, masa anda bermain, lepak, termenung sorang-sorang sambil tersengih-sengih, macamana pula?

Mengikut kiraan saya sendiri, andai kata dalam sehari kita tidur  8 jam [Jumlah masa tidur yang disyorkan] dalam masa tiga hari sama dengan 24 jam. Dalam erti kata lain, 2 hari daripada 3 hari kita bangun dan 1 hari pula tidur. HUH? Dahsyat kan? Mungkin ramai yang masih tidak sedar akan hal ini, sebab itulah dengan selamba melepak sambil buang masa.

“Saya bukanlah hendak mengatakan tidur itu membuang masa kerana tidur itu sendiri sememangnya diperlukan tubuh & minda. Apa yang cuba saya katakan di sini hanyalah untuk menunjukkan masa yang kita ada sewaktu di dunia ini tidak termasuk waktu tidur sebenarnya sangat singkat.. Jadi, hargailah ia..”

Pasal makan & minum pula. Sila baca,

Adengan waktu makan yang sengaja di-olah:

Saya sedang makan nasi ayam penyet. Sebahagian besar telah saya makan tetapi saya sudah merasa kenyang dan berhenti makan. Kemudian, kawan saya menegur : Ish!! Ko ni. Makan tu biar habis. Jangan membazir !!!

Saya balas dengan selamba : Nah, ambillah! Aku dah kenyang. Makanlah sampai habis. Jangan membazir !!  Haa, bayangkan sisa makanan saya macam dalam gambar dibawah. Ada berani nak habiskan? Hahaha…

jangan-membazir

[Itulah caranya untuk kenakan kawan yang menegur kita yang tak habis makan]

Sebenarnya, anda perlu ingat! Kita bukanlah satu-satunya makhluk ciptaan Tuhan yang hidup di muka bumi ini. Ada kalanya bila difikirkan semula tentang makanan & minuman yang dibuang atau dibiarkan begitu saja sebab dah kenyang itu seakan-akan membazir. Namun, hakikatnya tidak.

Sisa makanan & minuman kitalah menjadi sumber rezeki makhluk Tuhan yang lain seperti Kucing, Anjing, lalat dan sebagainya. Jadi, nasihat saya usahlah terlalu taksub tentang ini. Contohnya, bila kawan tak habis makan makanan dia, terus kita kata “Ko ni suka membazirlah, cuba habiskan makanan tu. Eh, ko tak tahu ke membazir tu perangai syaitan?”

Bayangkan! Silap haribulan putus kawan. Tak pun, dia mengamuk lagi-lagi kalau kawan anda tu yang agak sensitif dengan kata-kata sebegitu. Daripada kita mengatakan sesuatu yang mungkin menyebabkan dia sakit hati, lebih baik kita cari jalan macamana untuk elak daripada membazir.

Antaranya:

  1. Bila nak makan, ambil sedikit sahaja nasi, lauk pauk. Bila dah habis, baru tambah lagi.
  2. Bila makan kat luar, ajar kawan yang kuat makan. Bila kita tak habis makan, biar dia tolong habiskan. Hohoho..

Jangan membazir…


Tahukah anda?

Andaikata kita membuang makan/minuman yang haram seperti daging babi & arak, tidak pula boleh dikatakan membazir [Bagi Umat Islam]. Maka, berhati-hatilah sewaktu menggunakan perkataan jangan membazir, silap haribulan anda yang kena sindir balik.

Fikir-fikirkan & selamat beramal!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share/Save/Bookmark

Written by admin

July 1st, 2010 at 6:24 pm