Apa yang menarik di ronaldmohoni.com

By | May 25, 2012

Aku tak tahu lah korang pernah singgah ke blog tersebut atau tak, kali ni aku cuma nak review apa yang menarik kat sana & juga sedikit tips yang mungkin.. Mungkin boleh memberi manfaat kepada blog tersebut dan sebagai tanda penyertaan aku dalam Pertandingan Review Blog Ronaldmohoni.com.

Bila aku fikirkan sedalam2 lubang kubur -nya, banyak juga kelebihan buat pertandingan review ni. Selain dari pemilik blog yang mengadakan pertandingan dapat berkongsi rezeki dengan blogger lain, dapat mewujudkan rangkaian/pautan link ke blog yang mengadakan pertandingan [bagus dari segi seo & menaikkan page rank].

Peserta macam aku bolehlah belajar & memperbaiki cara/kaedah review diberikan & yang paling penting ianya menjamin pelawat yang ramai dalam masa yang cukup panjang. Bahkan, dari komen & review yang diterima, boleh digunakan untuk memperbaiki kekurangan dalam blog tersebut.

Setakat ni, sewaktu aku baru nak menulis review ni, ada 4 pro blogger dah selesai komplen review blog Ronaldmohoni.com.Ā  Dan aku pun dapat tengok perubahan di blog tersebut selepas kena komplen, makin cepat “load”. Hohoho. Memandangkan ramai yang dah komplen, tiba pula giliran aku. Hehehe

Apa yang menarik di blog Bro Nal [ronaldmohoni.com] ?

  1. Kalau korang pencinta wanita Nuffnang, korang gerenti suka dengan blog ni sebab banyak cerita pasal BE & ada juga tips panas untuk buat duit dengan nuffnang. Tapi, kalau korang tak cinta, apa boleh buat. Cinta tak boleh nak dipaksa ;0
  2. Bro Nal selaku pemilik blog mudah & cepat membalas komen yang ditinggalkan. Jadi, bagi korang yang ada 1001 persoalan pasal nuffnang, blogging dan sebagainya, tanya je. Tak perlu bayar. Walaupun masuk tandas pun kena bayar 20 sen. Biasanya, dalam hari yang sama dia akan balas komen korang.
  3. Banyak juga artikel berkaitan handphone terbaru, kalau yang nak beli handphone baru, bolehlah datang singgah untuk mendapatkan maklumat terkini & jadikannya sebagai rujukan.
  4. Bagi yang nak pergi jalan2 di Sabah, bolehlah minta pendapat Bro Nal, sebab dia sendiri orang Sabah. Ada jugak geng korang nanti kalau pergi Sabah, tanya je mana tempat best. No problemo.. boleh je Bro Nal cadangkan. ;p

Apapun, kita semua pun tahu, takde satu benda pun dalam dunia ni yang sempurna. Blog pun sama juga. Dah banyak benda orang lain komplen pasal blog Bro Nal ni. Jadi, aku tak nak komplen benda yang sama, kalau sama pun lain sedikit penerangan aku.

Header title & blog description

– Rasanya,bagi yang pernah belajar seo, memang tahu pasal kepentingannya. Sebab, inilah salah satu faktor yang menjamin blog berada di page pertama carian mengikut kata kunci tertentu di google.com .Lihat saja contoh dibawah, bagaimana blog ni berada di tangga ke-4 untuk kata kunci BELAJAR BLOG.

belajarblog-teknikseo-header-deskripsiblog

– Walaupun aku bukannya pro dalam bab seo, tapi mungkin disebabkan blog ni menggunakan .com & menggunakan platform wordpress, ianya memudahkan lagi blog ini diindex & berada di tangga ke-4 walaupun kadar saingan mencecah 57.5 juta. Menggoda kan? ;p

– Jadi, agak rugi sebab Bro Nal tak menggunakan sebaik mungkin kelebihan header title & description ni. Tak kisahlah kata kunci apa yang digunakan, asalkan mempunyai kadar carian yang tinggi & berkaitan dengan kebanyakkan artikel yang ditulis, itu sudah cukup memadai supaya tak dicop sebagai keyword spamming.

Penggunaan banner dalam blog

– Kalau korang perhatikan blog ni, aku sendiri tak guna banner. Sebab nak design pun tak terer, bila nak letak banner lak dalam blog ni, melibatkan html lagi. adui. -.-”

– Kalau dilihat, ramai orang suka gunakan banner. Tapi, ramai juga yang silap dalam penggunaan banner dalam blog. Buat aku rasa geram bila pergi ke blog diorang. Lama betul nak “load”. Kalau bukan disebabkan aku ni penyabar orangnya *Kata dalam hati sambil tangan di bahu, mata pandang atas* & kepopularan blog tu, dah lama aku tutup/tinggalkan je. Hehehe

– Tapi, aku masih sarankan penggunaan banner untuk tujuan mempercantikkan blog & nampak lebih profesional. Aku pun bercadang nak guna nanti. Tak tahu la bila. Kalau Bro Nal nak letak banner dalam blog, aku sarankan buat seperti saudara Smartzul di smartusaha.com [Tengok contoh di bawah]

 

contoh-banner-smartusahadotcom-simple-terbaik

– Cuma Bro Nal perlu pastikan:

  1. Saiz, warna banner sesuai dengan rupa bentuk blog & gunakan format jpg (supaya cepat load & elak pembaziran disk space hosting). Format .gif pun takde masalah, asalkan berat dalam 1-200KB. Lebih dari tu, tak digalakkan.
  2. Letak banner bawah Title & description blog. Tapi, kalau banner jenis yang tidak menganggu tulisan & description blog, boleh dicantumkan saja [Banner sebagai latar belakang title & description blog].
  3. Elakkan saiz banner yang terlalu besar & berbentuk gif yang beranimasi (bergerak2). Ni betul2 membuatkan blog makin lambat load & kadang2 sampai browser lag “not responding”. Selalu dah kena ni. -.-“

Gaya penulisan?

– Tiada masalah. Cuma kalau boleh, bagi info yang lebih mendalam bila menulis topik yang tengah panas. Tapi untuk topik yang hot & spicy je, kalau tak, kang tertidur2 kitorang baca artikel tu. -.-”

Maklumat blog

site-blog-info-alexa-ronaldmohonidotcom

– Sebagai contoh, banner yang menunjukkan pagerank google & alexa sebaiknya diletakkan di laman/page lain. Sebab, fungsi banner ini lebih kepada untuk menarik minat orang beriklan di blog tersebut. Paling sesuai diletakkan di laman Hubungi saya / Iklan di sini. Ini secara tak langsung akan membantu mempercepatkan lagi loading blog. Nampak macam leceh, tapi masih memberi impak yang ketara. [Tips ni dari pemerhatian aku kat denaihatidotcom] . Bagi aku, ianya nampak profesional.

Setakat itu je la, nak komplen panjang2 pun tak boleh. Sebab blog ini lagi sadis. Bak kata pepatah, “Paku dulang paku serpih, sibuk komplen blog orang blog sendiri lagi hampeh”. ;p

Oh, terlupa hampir *Meniru cara shin chan bercakap [ayat terbalik]. Kalau korang nak tahu macamana rupa Bro Nal, ni dia gambarnya..

shahrukhkhan-pelakonbollywood-hindustan

Opps.. Silap, ni Shah Rukh Khan..

ronalmohoni-bro-nal

ini dia Bro Nal. [Bagi yang berkenan, sila ke blog Bro Nal untuk sesi kenal-mengenal. ;p]

P/s: ā€œPertandingan ini dianjurkan oleh Ronaldmohoni.Com, dan ditaja oleh Ronaldmohoni.Com, ArtisMalaysiaTerkini.Com dan Ohsukan.Comā€ Untuk maklumat lanjut, korang boleh rujuk di sini: Pertandingan review blog ronaldmohoni.com

Yang banyak komplen,

sah

9 thoughts on “Apa yang menarik di ronaldmohoni.com

    1. saharol Post author

      @cik tom, banner tu merujuk kepada gambar atau grafik yang kebiasaanya beranimasi (bergerak2), dan dah jadi kebiasaan orang menggunakannya untuk tujuan mempercantikkan blog, iklan dan ada juga gunakan untuk exchange link atau sekadar meletakkan kod banner blog untuk pelawat ambil & letak di blog masing2. Header tu pulak merujuk kedudukan atas blog. ;0

      Reply
  1. Pingback: Pemenang Pertandingan Review Blog Ronaldmohoni.Com | Ronaldmohoni.com

  2. Pingback: Hadiah dah mashyuk…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *